18/11/2025
Salam Dato Hafeez serta semua staff Nazreen,
Saya ibu kepada Syazwan, bagi pihak keluarga Syazwan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Nazreen Catering Services.
Penghargaan khusus ditujukan kepada Puan Zalina dan Encik Ghasali yang telah memberikan kerjasama terbaik serta sanggup memenuhi segala permintaan saya. Tidak dilupakan juga kepada Pak Cik Samad yang sentiasa memastikan hidangan sentiasa mencukupi serta membantu keluarga saya sepanjang proses pengemasan. Ucapan terima kasih juga kepada seluruh kru yang bertugas pada 16/11/2025 di Novotel Kitchener.
Sebahagian besar tetamu turut menyampaikan pujian atas kelazatan hidangan yang disajikan. Kami amat menghargai mutu perkhidmatan yang diberikan dan dengan penuh yakin akan mengesyorkan Nazreen Catering kepada rakan-rakan.
Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya dalam urusan perancangan ada keterlanjuran bahasa atau kelakuan yang kurang menyenangkan.