27/04/2026
Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri P__P sempena ulang tahun ke-80 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencatat kutipan lebih RM21.6 juta dalam tempoh lima hari sahaja.
Antara nombor paling mahal, P1P dibida sehingga RM1.1 juta diikuti P9P (RM1.07 juta), manakala P8P, P6P dan P2P turut mencecah ratusan ribu ringgit dengan penyertaan lebih 19,000 pembida.
Menurut Anthony Loke Siew F**k, hasil bidaan ini akan dimanfaatkan semula kepada rakyat termasuk program lesen percuma B40 serta inisiatif keselamatan jalan raya, selain memperkukuh perkhidmatan digital seperti aplikasi MyJPJ.
Sumber: Berita Harian
Gambar: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia