08/09/2015
Untuk memulakan sesuatu acara/program di luar bangunan (outdoor), apa yang diperlukan adalah khemah dan peralatan yang berkaitan.
Sebelum memulakan pemasangan khemah, kita perlu membuat marking atau tanda sebagai asas untuk menaikkan binaan/ khemah itu tadi.
Proses ini memerlukan pembentangan layout yang telah ditetapkan kiraannya. Berdasarkan layout, marking dibuat oleh para pekerja dan ditandakan dengan besi yang dipacak di sekitar padang .
Proses yang mungkin agak remeh dan tidak memakan masa yang lama, namun besar gunanya apabila binaan didirikan. Bertujuan untuk menghindarkan kesilapan di masa akan datang. Apa guna dah siap dirikan khemah, sekali salah tempat pasang. Tak ke huru-hara hidup jadinya.
Begitu juga dengan diri kita. Untuk menjadi insan yang berjaya, berguna dalam hidup, kita perlu ada tanda atau panduan untuk meneruskan haluan. Jika sekadar hidup untuk makan dan tidur sahaja, itu kambing pun boleh buat tanpa perlu diajar.
Dari mana nak dapatkan tanda / marking itu tadi? samada dari ilmu akademik atau ilmu agama (maaf jika silap perbandingan). Itulah tanda yang diperlukan oleh kita sebagai panduan dan rujukan agar tidak tersilap langkah membina binaan yang salah.
Kenapa marking dibuat awal? kenapa tak buat last sekali?
Kerana, sebelum segala-galanya terlambat, eloklah diberikan panduan terlebih dahulu agar binaan yang dibina mengikut landasan yang benar dan tidak salah.
Begitu juga dalam soal kehidupan. Ajaran perlulah diterapkan dan diberi kepada anak-anak sejak mereka dari kecil lagi. Jika tidak, masakan akan keluar pepatah seperti 'melentur buluh biar dari rebungnya', 'sediakan payung sebelum hujan' dan lain-lain lagi bidalan serta peribahasa yang malas nak diungkapkan di sini. Ini bukan artikel sastera yang korang nak kena baca bab peribahasa.
Ah! Terlalu banyak contoh dalam hidup ini untuk kita hadam. Antara nak dengan tak nak jer.
ikhlas,
Admin Crest Exotic Sdn Bhd