03/01/2026
ššš
Siti sebenarnya ātak kosongā, dia adaā¦.
Semalam 12.12.2025, kalau perasan semua platform sibuk buat jualan harga runtuh
Dan semalam juga berlangsung ABPH, sampai saya cakap, eh tiba tiba je ada
Semalam juga saya perasan ramai tik tokers buat sales gila gila
ada yang berdiri berjam jam jual seluar track dari pagi ke malam
Fazura pun sakan buat jualan dan saya berhenti scroll bila nampak Datuk Seri Siti Nurhaliza buat LIVE
Dalam hati cakap, Siti ni slumber je eh, padahal dia legend kot, Biduanita Negara
Bukan calang-calang
Rasanya satu lagu dia nyanyi pun boleh cecah puluh ke ratus ribu, kenapa lah penat penat dia meniaga, sampai nampak matanya lebam.
Tapi lepas saya tonton podcast Buat Saja, saya faham kenapa Siti Nurhaliza jadi macam tu
Kalau kita tengok dari sudut bisnes⦠Siti adalah seorang usahawan yang sangat disiplin dari kecil sampai besar
dan dia tak malu pun mengaku:kejayaan dia bukan semata-mata bakat, tapi rutin, cara fikir, dan amalan.
Bayangkan, umur 10 tahun, Siti dah bangun awal pagi (lebih kurang 5.00am), kelim karipap sebelum sekolah.
Lepas tu bawa dua bakul kuih naik turun berek polis, jual sampai habis.
Mula-mula dia memang malu nak menjaja.
Sampai satu tahap, bila mak dia hampir menangis⦠baru dia ambil bakul tu dan jual.
Ini turning point pertama.
Bukan tentang kuih.
Tapi tentang satu skill yang ramai orang bisnes gagal kuasai:
ā
berani jumpa orang dan belajar menjual.
ā
Buang malu dalam diri.
Lepas tu peluang besar datang pun bukan sebab dia dah āreadyā sangat.
Audition hampir tak sempat sebab hujan.
Tapi dia pergi juga.
Dan bila stres, dia amalkan satu teknik yang nampak simple tapi sangat membantu: cakap baik-baik dengan diri sendiri (self-talk).
Dia cakap dekat diri sendiri:
āSiti boleh, relaks je Siti.ā
Orang yang boleh tahan lama dalam bisnes memang macam ni.
Bukan tak takut⦠tapi dia pandai tenangkan diri supaya tak buat keputusan kelam-kabut.
Masuk part bisnes, Siti selalu jadi duta jenama, tak kira dalam atau luar negara.
Sampai satu hari dia sedar:
kalau kita asyik bantu naikkan jenama orang⦠kita sendiri tak bina ājenama sendiriā yang boleh bagi pendapatan jangka panjang.
So dia bina SimplySiti.
Dia cerita mereka melabur besar pada R&D dan marketing, bukan nak menunjuk, tapi nak pastikan produk betul-betul berkualiti dan orang percaya.
Dan ini bahagian yang ramai tak nampak:
Sijil halal untuk kilang di Korea.
Proses ketat, banyak pemeriksaan, susah, lecehā¦
Tapi bila lepas semua tu, keyakinan orang jadi lebih tinggi.
Dalam bisnes, benda macam ni bukan sekadar āsijilā. Itu bukti yang buat pelanggan rasa selamat.
Lepas lebih 15 tahun, dia tak ādegilā dengan satu cara jualan.
Dia akui trend berubah:
retail masih penting (sebab orang nak cuba), tapi jualan online (TikTok, Shopee, website) makin tinggi.
Lesson dia mudah:
bisnes yang hidup lama bukan yang paling famous.
Tapi yang paling cepat ikut perubahan cara orang membeli.
Itu yang dia siap menyanyi masa LIVE jual barang. Dia improved apa yang boleh
Dan saya tertarik satu perkara, Siti cakap dia ada amalan amalan yang dia jaga untuk murah rezeki, halang penyakit ain
Dia bukan sekadar cakap āpositifā.
Dia ada rutin yang dia buat untuk tenangkan hati dan jaga keluarga, antaranya:
ā
Bismillah Lima (pendinding diri & anak-anak)
ā
Bila keluar rumah: āBismillahi tawakkaltu āalallahā¦ā
ā
Ayat 1000 Dinar (tentang rezeki)
Selawat Tafrijiyah
ā
Al-Fatihah (hadiah untuk diri sendiri)
ā
Dan dia pesan tentang zakat: jangan lupa bersihkan harta
Untuk saya, amalan amalan ini jadi asbab kenapa Siti masih bertahan
Ini juga cara dia jaga emosi dan jaga hati.
Sebab bila hati tenang, kerja pun lebih fokus.
Bila jiwa stabil, keputusan bisnes pun lebih stabil.
Kalau saya nak ringkaskan untuk anda yang s**a bisnes: 7 pelajaran bisnes dari kisah Siti
ā
Jualan bermula bila anda berani jumpa orang, bukan bila logo cantik
ā
Disiplin kecil (bangun awal, ulang buat) bawa hasil besar
ā
Peluang selalu datang masa kita belum sempurna
ā
Bila stres, tenangkan diri dulu sebelum buat keputusan
ā
Bina jenama sendiri supaya pendapatan lebih kukuh untuk jangka panjang
ā
Jaga kualiti dan dapatkan pengiktirafan (macam halal) supaya orang yakin
ā
Jangan keras kepala dengan satu cara jual ikut perubahan pasaran
TIPS dari saya :
Kalau anda ada produk lokal, ini masanya tembus market global
Cara paling selamat untuk berkembang adalah cuba jual kecil-kecil dan tengok respon sebenar, bukan agak-agak.
eBay sebagai tempat āuji pasaranā tanpa perlu gopoh dan kita buat keputusan ikut data.
Kalau anda nak belajar, lihat komen pertama