02/06/2026
TAHNIAH TATI CHRISTINE DIONYSIUS ✨🌾
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tati Christine Dionysius, wakil Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Kalabakan 2026, atas penampilan yang membanggakan di pentas Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026.
Keberanian, keyakinan dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang perjalanan ini telah mengharumkan nama Kalabakan di peringkat negeri. Anda bukan sahaja menjadi inspirasi kepada generasi muda, malah telah membuktikan bahawa anak Kalabakan mampu berdiri sebaris dengan peserta terbaik dari seluruh Sabah.
Terima kasih kerana membawa nama Kalabakan dengan penuh keyakinan. Semoga kejayaan ini menjadi langkah permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.
🌾🌾🌾🌾♥️♥️♥️♥️
📸 Flo Mua