05/05/2024
Alhamdulillah Ya Allah. Legaaa😭
Terima kasih Ya Allah kerana melancarkan segala urusan penyediaan juadah dan setiap menu mengikut jadual yang diberikan kepada team kakpau
Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Majlis Rumah Terbuka Bia Hasmira yang dihadiri para sahabat dan wanita elegen dari 1 Borneo berlangsung meriah hingga ke tengah malam semalam.
Tak kering gusi dengan layanan tuan rumah yang sangat sporting, tak lokek senyuman, juga sangat memudahkan urusan pihak kami sebagai pelaksana katering ( Alkausar Katering ) yang berulang kali menerima tempahan dari Puan Sri Astrina Bajo Bajo sejak dari awal Ramadhan hingga lah ke tempahan Majlis Rumah Terbuka semalam. Ribuan terima kasih kakpau ucapkan🤩
Di sini juga kakpau memohon kemaafan andai ada yang terkurang dari pihak kami. Namun besarlah harapan kakpau agar setiap menu/masakan/juadah yang terhidang pada majlis yang telah berlangsung semalam menepati selera setiap tetamu dan tuan rumah yang hadir. 🙏
Apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin semuaa🥰