10/06/2025
Alhamdulillah terima kasih Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan
PELAKSANAAN PENYAJIAN HIDANGAN SIHAT SEMASA MESYUARAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM (PHSSM)
Konsep hidangan semasa mesyuarat perlulah mematuhi skop 5 perkara iaitu menyediakan air kosong, mengasingkan gula dan susu untuk minuman panas, tiada sajian kuih manis, tidak menyediakan minuman manis untuk makan tengahari selain air kosong dan menyediakan buah dan sayur untuk makan tengahari.
Tahniah diucapkan kepada pembekal makanan dan minuman kerana berjaya melaksanakan penyajian hidangan sihat semasa mesyuarat. Terbaik 👍🏻👍🏻