07/06/2026
Alhamdulillah, selesai amanah berganda semalam di Romah Kawin Satu Johor Bahru! Dari petang membawa ke malam, segalanya dipermudahkan untuk menyatukan dua hati, Aishah & Ery. Satu penghormatan besar buat saya kerana diberi kepercayaan penuh untuk memegang pelbagai peranan dalam satu hari yang cukup bermakna ini:
Pengacara Majlis:
Mengemudi Majlis Pernikahan (petang) & Majlis Persandingan (malam).
Pembaca Doa:
Menitip doa restu buat ikatan suci kedua mempelai.
Selaku Penyanyi Kumpulan Idola: Menghadiahkan persembahan istimewa bersama Que Muiz menyampaikan lagu 'Kisah Cinta Kita nyanyian asal Hafiz Suip atas permintaan khas pengantin.
Selamat pengantin baru Aishah & Ery! Semoga perkahwinan ini dipenuhi mawaddah, warahmah, dan terus bahagia hingga ke syurga.
Terima kasih kerana memilih kami menjadi sebahagian daripada memori indah anda.