13/10/2026
Kadang kita tak sedar, satu momen yang nampak biasa harini boleh jadi kenangan yang kita ingat sampai bila bila.
Apa yang Faris lalui, mungkin kita takkan faham sepenuhnya kenapa ujian datang satu demi satu, semoga setiap apa yang berlaku menjadi asbab Faris makin kuat dan makin dekat dengan Allah S.W.T.
Mama cuma nak doakan, semoga Allah tenangkan hati Faris, kuatkan setiap langkah, permudahkan segala urusan dan jaga Faris walau di mana pun dia berada. Semoga apa yang hilang diganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik, apa yang berat akan diringankan, dan apa yang sedang melukakan hati hari ini, satu hari nanti Allah gantikan dengan rasa syukur yang Faris sendiri tak pernah sangka.
Semoga setiap ujian yang berlaku, Allah gantikan dengan hari yang lebih tenang, rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih baik selepas ini.
Terus kuat, Faris! Perjalanan masih panjang..
Bukan sekadar makanan, tetapi kenangan.
Mama Nor & team ๐ซถ๐ป