05/06/2025
Terima kasih Tirai Ratu, semuanya lebih dari apa yang kami bayangkan.
Itu antara kata-kata manis dari Shaikot & Sasireka selepas selesai majlis penuh emosi mereka.
Gabungan dua budaya, dua keluarga, dan satu cinta….
dirai dalam satu majlis yang tersusun indah dari awal hingga akhir.
Kami di Tirai Ratu amat bersyukur bila pelanggan bukan sahaja berpuas hati… tapi turut berkongsi rasa syukur dan bangga dengan perjalanan majlis mereka.
Buat Shaikot & Sasireka, terima kasih atas kepercayaan dan kasih yang diberi.
Semoga cinta ini terus mekar tanpa henti. 🤍