10/03/2025
Assalamualaikum bismillah.
InshaAllah ramadan kali ini akan diteruskan dengan membawa Nasi Pakistan yang dari tahun lepas lagi saya dah mulakan iaitu 2024.
Syukur alhamdulillah, Azrul Hisyam Basherahil tetap mempercayai keupayaan dan kemampuan kami King of Roadtrip untuk membawakan Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat ke seluruh Semenanjung.
Kami berjumpa pada hari Khamis lepas, dimana tempat pertemuan kami di Bukit Naga, Shah Alam adalah untuk buat content bersama dan sambil tengok tapak.
Boss NP ada bertanya, "Kif kau rasa macam mana kif boleh ke kalau tapak ini untuk kau ambik nanti puasa. Tempat cantik, luas, lori aku pun senang nak parking kawasan pun lapang, nak bagi bubur lambuk pun best orang kampung ramai."
Saya sambil mendengar pertanyaan dia, sambil tu saya minum air.
Saya pandang dia dan respon, "tempat ni bang sejujurnya memang okay, lapang luas, krew saya nak parking pun mudah tinggal ambil je susun dalam kereta.
Dia menyambung tapi muka ada sedikit kerisauan, "rasa-rasa berapa banyak kau nak untuk puasa ni, banyak ke kif? Barang boleh jual ke ada ke lagi orang nak barang aku ni?"
Saya faham soalan yang diajukan kepada saya, yelah member dah keluar kos banyak, beli lamb shank bertan-tan untuk pastikan boleh all out, tak nak stok lamb shank putus.
Rumah rehat lagi, bazar lagi, ini semua kos tinggi yang perlu dikeluarkan dahulu, berapa ratus ribu dah tu duit dah keluar.
Kerisauan ini memang saya rasa patut, kita kalau berniaga jangan terlalu yakin tapi kita kena serahkan kepada Allah dan saya yakin Azrul seorang yang serahkan kepada Allah semuanya, sikit atau banyak cerita lain.
Saya balas dengan mudah, "InshaAllah bang, kalau tahun lepas kita boleh buat, kenapa tahun ni kita tak boleh buat?
Jawapan saya tidaklah untuk meyakinkan yang kita boleh jual sangat banyak, tetapi lebih kepada berserah kepada Allah semuanya.
Kalau tahun lepas Azrul boleh jual 1 kontena, InshaAllah tahun ini kita boleh ulang semula jualan tersebut, siapa tahu dapat lebih kan?
Saya cakap lagi, "lagi pun Lamb Shank abang semakin baik dari segi rasa berbanding dulu, apa abang nak risau nak takut InshaAllah ini barang boleh jual punyalah.
"Okay cun, aku serahkan kepada kau je lah pandai-pandai kau handle macam mana kif janji semua okay takda apa-apa masalah."
"Jangan risau bang, selama saya uruskan buat Roadtrip ni, tak pernah lagi antara kita bermasalah, ada apa-apa saya mesti bagitahu punya."
Yakin
Tekad
Semangat
3 ini lah yang akan iringi saya sepanjang Ramadan, dan paling penting ialah redha Allah kepada saya untuk mencari rezeki dan berkongsi rezeki dengan pasukan saya.
InshaAllah dengan itu saya umumkan dari kami King of Roadtrip, kami akan buat trip penghantaran selama 25 hari, bermula dari Ramadan yang ke - 2 sehinggalah yang ke - 26 ya.
Kami akan berikan sehabis baik untuk semua pelanggan kami, ini kali, lebih baik dari tahun lepas dan merupakan tahun ketujuh kami selaku pemudahcara untuk anda semua.
Yang penting apa tuan-tuan?
Yang penting jual..