26/09/2017
Tips untuk makan di luar
1) Pilih premis makanan yang bersih dan jauh daripada jalanan, tempat pembuangan sampah, longkang tersumbat, tangki septik dan juga pelupusan sisa.
2) Pilih premis makanan yang dalam keadaan bersih dan kemas, dengan saluran air paip yang lancar, sistem perparitan yang teratur dan tong sampah yang bertutup. Premis juga seharusnya bebas dengan tanda-tanda ataupun kehadiran binatang peliharaan, tikus, perosak dan serangga.
3) Pilih premis yang menggunakan barang tembikar, alat makanan dan alat memasak yang bersih dan dalam keadaan baik.
4) Pilih premis yang menghidangkan makanan dan minuman yang ditutup dengan baik.
5) Pilih premis yang mempunyai pekerja yang mengamalkan kebersihan diri dan tabiat yang baik semasa bekerja.