21/07/2026
PROGRAM SUMBANGAN KEPADA BADAN KEBAJIKAN BEKAS PERAJURIT (BPKP) & PENDUDUK RUMAH MURAH PKNS SUNGAI BULOH
Dua Program sumbangan telah diadakan pada 19 Julai 2026 di dua lokasi berbeza iaitu rumah Timbalan Pengerusi BPKP dan Surau PKNS Paya Jaras bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Program ini melibatkan kira - kira 50 orang peserta terdiri dari Ahli Majlis MPP Zon 23, barisan Jawatankuasa MPP Zon 23 , barisan AJK BPKP, barisan AJK Perssatuan penduduk Rumah Murah serta penerima - penerima sumbangan yang menerima manfaat daripada inisiatif kebajikan ini.
Melalui program ini, pihak syarikat prisma telah menyediakan sumbangan barang - barang keperluan dapur bagi meringankan beban keluarga setiap penerima. Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk setempat, ahli majlis dan AJK yang terlibat
Majlis Perwakilan Penduduk Mbsa