Abby Creative Designs

Abby Creative Designs Abby Sue As the proud owner and founder, I will always hope that I can share my interest with all the mothers out there .

Abby Sue Creative Designs has been created from my passion for the beauty and creativity in designing beautiful favors for Baby Event, like Aqiqah, Cukur Jambul, Birthdays, Baby Shower or Baby Welcoming Home. The initially small business is growing, with the support of many of my loyal customers who trust and believe in product that BPC carry for them. Due to the trust I expand my business to another level, which I hope will soon, give me the satisfaction in all aspect of proving the best for you and your baby!

16/07/2026

Tahun lepas saya ada rezeki pergi ke Amerika Syarikat sebanyak dua kali atas urusan kerja. Antara tempat yang sempat saya jejak ialah Pennsylvania, New York City, Chicago dan New Jersey. Memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Yang paling saya ingat sebenarnya bukan bangunan pencakar langit atau tempat-tempat pelancongan, tapi kawasan perumahan suburb. Saya sangat tertarik dengan kawasan perumahan mereka, teratur dan bersih.

Saya membesar dengan cerita-cerita dari Hollywood sebab itulah bagi saya permandangan rumah-rumah ini adalah biasa. Rumah-rumah, jalan yang luas, pokok-pokok tepi jalan, semuanya macam keluar dari TV.

Kebanyakan rumah di kawasan suburb dibina menggunakan kayu. Ya, memang kayu. Cuba ketuk dinding, bunyinya memang kayu, sama juga dengan hotel yang kami diami. Berbeza dengan rumah kita di Malaysia yang kebanyakannya dibina daripada batu bata dan konkrit.

Satu lagi yang saya perasan, setiap rumah ada laman yang sangat luas. Tapi bukan sekadar cantik dipandang, pemilik rumah memang kena jaga rumput masing-masing. Kalau dibiarkan panjang, boleh kena saman daripada pihak berkuasa tempatan.

Orang-orang di sana pun mesra. Masa saya keluar brisk walk waktu pagi, ada yang senyum, ada yang tegur "Good morning" walaupun tak kenal. Rasa seronok juga bila orang asing boleh bertegur sapa macam tu.

Suasana waktu pagi p**a memang tenang. Jalan sunyi, hanya sesekali ada kereta lalu. Jam 5-6 petang p**a sudah sunyi. Jauh bezanya dengan suasana bandar yang sentiasa sibuk. Semasa saya di New York, keadaan lebih kurang di Kuala Lumpur 😂 bingit. Tapi saya ada video berjalan di waktu pagi di NYC dengan kicauan burung. Nanti saya kongsikan.

Baru baca tentang kes ibu bapa dan pelajar yang menang pampasan akibat kecederaan semasa PJK ketika bermain badminton. T...
16/07/2026

Baru baca tentang kes ibu bapa dan pelajar yang menang pampasan akibat kecederaan semasa PJK ketika bermain badminton. Terus terfikir… pernah tak kita benar-benar tengok keadaan peralatan s**an di sekolah anak-anak?

Sekolah anak saya, sama ada sekolah rendah mahupun menengah, keadaannya agak menyedihkan walaupun terletak di tengah bandar. Sebab itu anak-anak saya memang bawa raket sendiri.

Kadang-kadang terlintas nak belikan peralatan s**an baharu untuk sekolah. Tapi baru-baru ini saya terbaca seorang peguam di Instagram mengatakan ibu bapa yang sanggup membaiki atau menggantikan kemudahan sekolah seperti kipas rosak itu “bodoh”. Bagaimana p**a dengan keselamatan anak-anak dan guru, sementara menunggu untuk mendapat peruntukan membaiki dan menyelenggara itu?

Pampasan boleh dibayar, tetapi jika anak mengalami kecacatan kekal, siapa yang benar-benar menanggung kesannya?

Kita tahu proses mendapatkan peruntukan daripada KPM bukan selalu cepat. PIBG p**a selalunya mempunyai dana yang terhad. Jadi apabila ada ibu bapa yang berkemampuan dan ikhlas membantu menukar kipas, lampu, membaiki tandas, atau menyediakan kemudahan yang lebih selamat, adakah itu yang oerlu kita gelar “bodoh”?

Di sekolah anak saya, memang ramai ibu bapa yang bergotong-royong menyumbang kipas, lampu dan membaiki tandas, terutamanya untuk keselesaan pelajar perempuan yang terpaksa hadap tandas duduk yang rosak dan pecah. Apa sangat beli baru lapik tandas di MrDIY yang hanya RM12.

Kami bukan mengharapkan pujian atau balasan. Sekadar membantu setakat yang termampu kerana kami mahu anak-anak belajar dalam persekitaran yang lebih selamat dan selesa.

Apa pendapat anda? Di mana sepatutnya garis antara tanggungjawab pihak sekolah, kerajaan dan peranan komuniti ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak?

Bercakap pasal wishlist, sebenarnya saya bukan jenis yang ada senarai impian yang panjang. Saya lebih kepada detik hati ...
15/07/2026

Bercakap pasal wishlist, sebenarnya saya bukan jenis yang ada senarai impian yang panjang. Saya lebih kepada detik hati yang spontan, "Bestnya kalau..."

Dulu masa hari-hari lalu depan bangunan MCOBA di Federal Highway (masa tu UEM masih kat situ), saya selalu terfikir, "Bestnya kalau dapat kerja kat sini."

Beberapa tahun lepas tu, Allah bagi saya rezeki kerja dengan UEM. Siap sempat bekerja di bangunan MCOBA selama dua bulan sebelum berpindah ke Mercu UEM. Masa tu baru saya teringat yang saya pernah cakap macam tu.

Sebelum tu pun sama. Masa ikut suami hantar tender ke IWK, hati saya pernah terdetik, "Bestnya kalau dapat kerja kat sini." Bila saya akhirnya apply dan pergi interview di IWK, langsung tak teringat pun detik hati tu. Lepas semuanya berlaku, barulah saya sedar.

Tak... setakat ni belum pernah lagi hati saya terdetik, "Bestnya kalau dapat kerja Petronas." 😂 dah tua, simpan je angan-angan tu

Sebenarnya ada lagi beberapa kisah macam ni. Nanti saya cerita satu-satu.

Sebab itulah saya yakin Allah sangat sayang pada saya. Kadang-kadang saya cuma terdetik dalam hati, kemudian saya sendiri dah lupa. Tapi bila Allah nak bagi, Dia bagi pada waktu yang paling tepat.

Bila dikenang balik, memang rasa... Allah dengar walaupun bisikan hati yang paling kecil.

Alhamdulillah. 🤍

14/07/2026

Mission ~ naikkan followers

Sekarang ni akaun saya ada lebih kurang 9,800 followers, tapi ramai yang dah "tenggelam" sebab saya dah lama tak aktif.

Akaun ini merupakan langkah pertama saya 18 tahun lepas untuk mempromosikan perniagaan saya.

Alhamdullilah setelah selama 18 tahun, turun naik dan turun semula dlm perniagaan, saya mengambil keputusan, perlahan2 menutup tirai dan beralih arah ke bidang lain.

Abby Sue masih ada, to my clients, I am still their event organiser but to the new readers, welcome and join my journey, I am about to embark on the new episode of my life.

Tak da la sehebat mana, cuma sharing some thoughts and ideas, yang mana baik untuk dikongsi.

Welcome aboard ⛵

"Nak berniaga apa?" Antara soalan yang selalu orang tanya.Ramai cakap, "Saya tak ada passion, kak. Tak ada minat."Okay, ...
14/07/2026

"Nak berniaga apa?" Antara soalan yang selalu orang tanya.

Ramai cakap, "Saya tak ada passion, kak. Tak ada minat."

Okay, senang je.

Jangan fikir nak cari passion dulu. Cuba jadi problem solver.

Tengok je masalah orang yang paling dekat dengan kita. Apa yang selalu mereka mengadu?

Contohnya:

1. Orang tak sempat lipat baju? Ambil upah lipat baju.
2. Ada suri rumah tak selesa nak panggil electrician lelaki? Saya pernah nampak electrician perempuan offer servis khas untuk mereka.
3. Duduk apartment yang tak ada bilik sampah, malas nak turun buang setiap hari? Buat servis pickup sampah bulanan.
4. Ada yg bekerja tidak sempat masak, tawarkan khidmat makanan bulanan.

Sebenarnya banyak sangat masalah yang orang sanggup bayar untuk diselesaikan.

Bisnes tak semestinya bermula dengan passion. Kadang-kadang ia bermula dengan nampak satu masalah, dan kita datang dengan penyelesaian.

14/07/2026

Ini lalu di newsfeed TikTok saya.

Saya setuju bahawa penulisan tesis yang panjang dan mendalam memang bertujuan untuk memberi impak serta menyelesaikan masalah dalam masyarakat.

Tetapi persoalannya…

Berapa ramai yang benar-benar membacanya?
Dan siapa yang benar-benar mendapat manfaat daripada hasil penyelidikan tersebut?

Ya, memang banyak tesis yang telah diterbitkan. Namun, kalau kandungannya hanya tersimpan di perpustakaan atau repositori universiti, bagaimana ilmu itu hendak sampai kepada masyarakat?

Kalau kita benar-benar mahu orang mendapat manfaat daripada kajian kita, kita perlu membawa ilmu itu ke platform yang lebih dekat dengan orang ramai.

Zaman sudah berubah.

Cara orang mencari ilmu juga sudah berubah.

Hari ini, ramai belajar melalui media sosial, video pendek, podcast, infografik dan pelbagai platform digital. Kalau kita mahu penyelidikan memberi impak, kita juga perlu berubah mengikut teknologi dan trend komunikasi semasa.

Akhirnya, saya tertanya-tanya…

Adakah kita menulis tesis semata-mata untuk memperoleh gelaran?

Atau kita benar-benar mahu hasil penyelidikan itu dimanfaatkan oleh masyarakat?

Bagi saya, nilai sebenar sesebuah kajian bukan terletak pada jumlah muka suratnya, tetapi pada sejauh mana ilmu itu dapat mengubah kehidupan orang lain.

14/07/2026

SPM dah semakin dekat.

Apa subjek yang anda rasa anak anda paling lemah?

Bagi anak saya, cabaran utamanya ialah soalan KBAT. Memang bukan mudah untuk melatih mereka berfikir di luar kotak, terutamanya bagi subjek Sejarah. Untuk Matematik p**a, biasanya mereka menghadapi kes**aran apabila melibatkan soalan penyelesaian masalah.

Apa yang saya selalu tekankan semasa anak membuat latihan ialah melihat markah bagi setiap soalan. Contohnya, jika soalan bernilai 4 markah, cuba kenal pasti sekurang-kurangnya 4 isi atau poin yang perlu diberikan.

Bagi Matematik p**a, biasakan anak mengeluarkan dan menyenaraikan semua maklumat yang diberi dalam soalan sebelum mula mengira. Langkah ini membantu mereka memahami kehendak soalan dengan lebih jelas.

Sekarang ini, pembelajaran Matematik juga lebih mudah kerana pelajar sudah boleh menggunakan kalkulator saintifik seawal Tingkatan 1.

Satu lagi perkara yang ibu bapa jangan terlepas pandang, pastikan anak menggunakan model kalkulator yang dibenarkan dan versi terkini. Peperiksaan percubaan (trial) pun dah semakin hampir. Kalau tersalah kalkulator, nayaaaa...

Ini versi, beli di Shopee lain, yang dapat lain ke? 🫩Expectation vs Reality
14/07/2026

Ini versi, beli di Shopee lain, yang dapat lain ke? 🫩

Expectation vs Reality

“Macam mana nak mula berniaga?”Itu antara soalan yang paling kerap suri rumah tanya kepada saya.Hari ini, kita tengok ki...
14/07/2026

“Macam mana nak mula berniaga?”

Itu antara soalan yang paling kerap suri rumah tanya kepada saya.

Hari ini, kita tengok kiri orang berniaga. Tengok kanan pun orang berniaga. Seolah-olah semua orang sedang membina bisnes masing-masing.

Tetapi persoalannya…

Nak mula dari mana?

Jawapan saya sentiasa sama.

Mulakan dengan passion.

Kalau minat memasak, mulakan dengan menjual makanan atau bento.

Kalau minat menjahit, ambil tempahan menjahit.

Kalau minat membuat kek, mulakan dengan menjual kek.

Jangan terlalu sibuk mencari idea menjual yang “viral” sehingga terlupa apa yang kita benar-benar s**a buat.

Sebab pada akhirnya, hanya passion yang akan membuatkan kita terus bertahan apabila bisnes diuji.

Saya pernah melalui fasa bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Balik sahaja dari pejabat, saya terus menyiapkan tempahan pelanggan sampai pukul 4 pagi. Tidur sekejap, kemudian bangun semula untuk memandu ke pejabat.

Rutin itu berulang selama berbulan-bulan.

Penat?

Sudah tentu.

Tetapi minat yang membuat saya ‘stay’.

Ramai orang sanggup bekerja keras ketika bisnes sedang naik. Tetapi apabila bisnes mula perlahan, di situlah passion memainkan peranan.

Kerana bisnes bukan sekadar untung. Ia adalah journey yang perlukan kesabaran dan konsistensi.

13/07/2026

18 tahun lepas, selepas saya membuat keputusan untuk berhenti kerja, saya mulakan bisnes tanpa sebarang modal.

Saya tahu saya ada kemahiran, cuma tak ada duit.

Masa tu hanya ada Facebook. Jadi saya gunakan sepenuhnya business page untuk promosikan produk dan servis. Dulu Facebook tak macam sekarang. Reach memang lebih mudah, dan posting senang sampai kepada followers.

Alhamdulillah, saya berjaya membina page daripada 0 sehingga 9.8k followers secara organik.

Bila tak ada modal, kita akan fikir, “Aku redah dulu. Yang penting tak perlu keluar modal.” 😜

Sebab tak mampu upah orang, saya belajar semuanya sendiri. Self-taught.

Saya belajar bina website, belajar SEO, belajar digital marketing, dan macam-macam lagi.

Bila tak ada pilihan, kita sebenarnya akan paksa diri untuk belajar. Dan kadang-kadang, itulah yang menjadi aset paling berharga dalam perjalanan membina bisnes.

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abby Creative Designs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abby Creative Designs:

Shortcuts

Share

Category