04/09/2026
Part 3 of 3
Hukum cukur rambut bayi baru lahir
ADAKAH WAJIB CUKUR RAMBUT BAYI BARU LAHIR?
Ramai ibu ayah tertanya-tanya — wajib ke cukur rambut bayi selepas lahir? Atau sebenarnya hanya sunnah?
Dalam Islam, mencukur rambut bayi pada hari ketujuh adalah sunat, bukan wajib. Namun, ada hikmah dan manfaat yang sering dikaitkan dengan amalan mencukur rambut bayi, termasuk dari sudut kebersihan dan penjagaan kulit kepala.
Malah, terdapat perbincangan dari sudut sains dan kesihatan tentang manfaat mencukur rambut bayi, terutama dalam memastikan kebersihan kulit kepala dan memudahkan penjagaan rambut pada peringkat awal. Anak juga lebih cerdik menurut sesetengah ustaz.
Jadi kalau ditanya, perlu ke cukur rambut bayi baru lahir?
Tidak wajib — tetapi kalau mampu, sangat baik untuk kita hidupkan sunnah ini.🤍
Lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan bersama aqiqah iaitu sunat muakad dan pemberian nama pada hari ketujuh, sebagaimana yang dianjurkan dalam sunnah.
Semoga video ini membantu ibu ayah memahami hukum cukur rambut bayi baru lahir dan sebab mengapa amalan ini begitu indah untuk dihidupkan dalam keluarga Muslim.
Sunnah mungkin tidak wajib, tetapi jangan sampai yang sunnah kita tinggalkan tanpa sebab.