Crown Murah Cantik Seri Kembangan

Crown Murah Cantik Seri Kembangan Bridal Wardrobe menyediakan keperluan aksesori untuk Majlis Walimah, Bertunang dan Majlis Resepsi de

Tips Jadi Suami “Perfect 10” Buat Isteri, Ini Yang Lelaki Kena Buat!Sering ditekankan kepada si isteri untuk menjadi seo...
14/05/2020

Tips Jadi Suami “Perfect 10” Buat Isteri, Ini Yang Lelaki Kena Buat!

Sering ditekankan kepada si isteri untuk menjadi seorang wanita yang mentaati suami namun apa p**a tanggungjawab suami terhadap suri hatinya?

Dek kerana jarang kita semua dikongsikan tentang adab seorang suami kepada isteri, Wanista senaraikan beberapa perkara penting yang harus dilaksanakan oleh lelaki kepada sang isteri jika ingin dilabel sebagai suami yang baik menurut Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

#1 Bersyukur kerana memiliki pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri kamu adalah pasangan terbaik yang tuhan pertemukan denganmu. Sesungguhnya ketentuan tuhan itu bersebab dan apa yang tuhan beri itu adalah yang terbaik.

#2 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik buat si dia. Tanpa niat yang diselangi doa, kamu tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Biarpun kamu rasa kamu hebat dan sudah sedaya upaya menjadi suami yang baik, nmaun jika sombong… tuhan tidak akan mengizinkan kebahagian pergi kepada kamu.

#3 Setiap hari sebaik p**ang dari kerja, biarpun penat dan tertekan dengan kerja senyumlah dan harus bawa semangat yang baru. Tinggalkan segala tekanan dan amarah di luar rumah.

Apabila suami senyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan saat itulah rahmat tuhan akan turun kepada kamu.

#4 Telefon dan sekurang-kurangnya kiriman mesej untuk menyatakan anda sayang atau rindu kepada isteri. Isteri kamu pasti seronok dan bahagia apabila tahu bahawa kamu benar-benar menghargainya serta menghormatinya sebagai seorang isteri.

#5 Cari masa untuk berbual dengan isteri, bertanya tentang perkhabaran harian mereka termasuk anak-anak.

#6 Buatlah lawak, buat isteri dan anak-anak tertawa… hiburkan hati mereka kerana setiap gurauan adalah pengubat hati yanng paling mudah buat isteri bahkan, nabi juga sering bergurau senda dengan isterinya kerana ia dapat mengeratkan hubungan rumah tangga.

#7 Tetapkan udang-udang dalam rumah tangga di mana, apabila suami marah, isteri harus senyap dan apabila isteri marah, suami harus senyap. Ini dapat mengelakkan pergaduhan. Beri ruang pada pasangan untuk tenang dahulu sebelum mengemukakan sebarang pengakuan.

Selamat mencuba!🥰

Tip Menjadi Menantu Perempuan Kesayangan Mak MertuaAlam perkahwinan adakalanya nampak seperti hanya ada suami dan isteri...
12/05/2020

Tip Menjadi Menantu Perempuan Kesayangan Mak Mertua

Alam perkahwinan adakalanya nampak seperti hanya ada suami dan isteri. Ramai terlupa apabila kita berkahwin dengan pasangan itu bermakna kita ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangan kita juga. Mungkin kita sudah sedia maklum dengan perangai pasangan kita nak p**a kalau yang dah kenal lama.

Tapi kadang kala tu perangai sebenar pasangan akan lebih terserlah apabila mereka bersama ibu bapa dan adik beradik sendiri. Jika bernasib baik dapat keluarga mertua yang senang bertoleransi dan boleh bawa berborak.

Kalau sebaliknya memang agak s**ar kalau anda ada cita-cita nak jadi menantu kesayangan. Siapa yang baru kahwin? Baru nak kenal keluarga mertua dan ipar duai? Tentu rasa agak segan dan belum peramah lagi. Sini admin kongsikan tip simple untuk menambat hati mak mertua dan ipar duai kita. Cubalah:

1. Jangan Jadi Penyibuk

Tak perlu masuk campur urusan mereka kecuali yang bertentangan dengan agama. Bab tu tak boleh kompromilah kan. Hal-hal lain tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Didik hati bahawa cara mereka, didikan mereka, budaya mereka tentu tak sama macam keluarga kita. Ingatlah yang menantu mak kita pun (isteri abang / adik lelaki kita) belum tentu dapat menyesuaikan diri dengan keluarga kita tu. Haha.

2. Skill Angguk-angguk, Geleng-geleng

Yang ni memerlukan kekuatan mental. Kikiki. Setujulah apa pendapat mereka. Tak perlu nak bantah sangat. Orang kata agree to disagree gittew. Bukan lama pun kat kampung tu. Tak perlu nak berbalah atau berhujah sangat tentang perkara-perkara yang kita tak sebulu dengan pendapat mereka. Menang tak untung, kalah tak rugi. Ok?

3. Berlakon Sikit

Kotlah kita ni memang bangsa pemalas atau anak manja, tapi bila balik kampung mertua tunjuklah rajin sikit. Rajin-rajinlah menolong di dapur. Tolong basuh pinggan ke goreng ikan ke. Kalau macam saya, mak mertua memang ketua chef dalam rumah tu jadi saya memang tolong cuci pinggan, kupas bawang, sapu2 dan tolong bersembang je kat dapur

4. Tunjuk Skill Memasak

Ops..tips yang ni macam saya tak pernah guna pakai. kohkohkoh. Heheh..sebenarnya masak jelah apapun, lebih best lagi kalau masak makanan kegemaran suami. Mak mertua ni bukan apa, bila dia tengok menantu pandai jaga makan minum suami..legalah dia. Maknanya takdelah anak lelaki dia merana tiap2 hari makan mamak je.

5. Beri Hadiah / Buah Tangan

Setiap kali balik kampung tu janganlah berlenggang. Bawalah sikit buah ke kuih ke. Kalau ada rezeki lebih belilah apa-apa hadiah untuk mertua. Tak perlu yang mahal pun. Bila tiba hari-hari istimewa macam Hari Ibu, Hari Raya atau Hari Ulangtahun mertua, berilah hadiah seadanya. Kain batik pun mereka s**a. Bab ni, tiap kali balik kampung saya beli sayur2 kat Cameron Highland. Lepas tu saya jugak yang duk makan sayur & buah2 tu. Erk.

6. Rajin-rajin Berbual

Bila mereka berkumpul sembang-sembang petang tu join-lah. Jangan asyik buat hal sendiri je. Rajin-rajinlah berbual dengan mak mertua, boleh jugak korek rahsia anak lelaki dia. Berbual dengan ipar duai pun digalakkan tapi kena ingat balik tips angguk-angguk geleng-geleng tu tau.

7. Elakkan Sikit-sikit Mengadu Dengan Suami

Hati2 ya. Jangan sampai suami report balik pada mak dia. Huaaaa. Kita kena fahamlah itu mak dia, yang lahirkan besarkan dan didik suami kita berpuluh tahun. Kalaupun kita masih dalam fasa nak sesuaikan diri & ada masalah dengan mertua, jangan sekali-kali tarik suami untuk ikut sama bermasalah dengan mak dia. Mengadu tu bukan tak boleh, tapi tengoklah keadaan ya. Jangan sampai suami isteri berprang p**ak.

8. Ambil Tahu Kegemaran Mertua

Sebelum kahwin risik2lah dengan bakal suami tu. Apa hobi mak dia, apa yang mak dia tak s**a etc. Sekurang-kurangnya kita boleh bersedia. Katalah mak mertua s**a shopping, bila balik kampung sekali-sekala ajaklah beliau keluar. Macam kakak ipar saya kan, dia tahu mak kami s**a pergi kedai RM2..jadi setiap kali balik kampung agenda ke kedai RM2 mesti ada. Hahaha..dengan kitorang sekali membeli-belah.

9. Ambil Kira Privasi

Elakkan masuk bilik sesiapa ses**a hati. Nak guna barang pun minta izin dulu. Kadang-kadang benda yang kita rasa biasa je kalau kat rumah mak kita, tapi bila kat kampung suami ia adalah privasi mereka. Sentiasa ingat walaupun masa hari pertama kita datang tu mereka kata buatlah macam rumah sendiri tapi tolong berpada-pada ya.

10. Elak Ambil Kesempatan

Ha. Yang ni kalau mertua dan ipar duai sikit punya baik, kita jangan p**ak ambil kesempatan. Mentang-mentang mak mertua kata eh takpelah..pergilah rehat. Kita pun masuk bilik membongkang tak ingat dunia. Jangan ya.

Sumber: empirekini.website

6 Perkara Yang Korang Wajib Buat Untuk Jadi Favourite Mertua, No 5 Paling Cool!Bila kali terakhir korang datang rumah me...
12/05/2020

6 Perkara Yang Korang Wajib Buat Untuk Jadi Favourite Mertua, No 5 Paling Cool!

Bila kali terakhir korang datang rumah mertua? Apa korang buat? Ke sekadar hantar isteri balik kampung?

Kalau ingat balik hari pertama korang jumpa ibu bapa mertua, mesti berdebar-debar kan? Tak tau nak cakap apa, borak apa, buat apa, bawak apa dan sebagainya. Akhirnya kaku atas sofa. Kahkah. Tapi, korang kena ingat ibu bapa mertua tu macam mak bapak kedua korang, kena beri perhatian dan sayang diorang macam mak bapak korang sendiri.

Dengan ibu bapa mertua la korang akan menumpang kasih dan meneruskan kehidupan lepas ni. Jadi, belajar la tips dan cara untuk pikat hati mereka supaya diorang s**a dengan korang! Nak tau caranya? Ni admin kongsikan 6 idea untuk korang pikat hati diorang, mesti jadi favourite lah lepas ni!

1. Bawa signature dish anda waktu makan.

Bila korang datang rumah mertua, bawak la apa-apa makanan atau masakan supaya diorang happy. Lagi sedap dan rasa dihargai mertua korang tu kalau masakan tu korang masak sendiri. Tak perlu masak yang rumit, yang simple je macam lauk ayam goreng, sup ayam, telur masak kicap dan udang goreng kunyit pun boleh.

Kalau korang rajin masak, mesti ada signature dish yang korang selalu masak kat rumah. Kongsi la dengan keluarga mertua korang, mesti diorang impressed. Kalau korang jenis malas masak atau tak reti masak, rajin-rajin la scroll blog masakan atau tutorial dekat Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya. Nampak la sikit effort korang tu!

2. Ajak mertua shopping atau makan.

Kalau korang ada masa free dan takde buat apa kat rumah tu, ajak la mertua korang shopping atau makan-makan di luar. Luangkan masa dengan diorang dan cuba kenali lebih mendalam, nanti korang tau la apa yang diorang s**a dan apa yang tidak.

Kalau korang gaji tu, bawak la mertua ke pasar raya untuk beli barang dapur, mesti diorang seronok. Malah, diorang akan rasa dihargai bila korang sanggup bahagikan masa dan spent time dengan diorang. Kalau kurang bajet, pergi tempat murah dan berpatutan, jangan berlagak kaya p**ak!

3. Bagi hadiah sempena hari istimewa diorang.

Memandangkan korang dapat bonus atau ada duit lebih bulan tu, kebetulan p**ak bulan sama jatuh bulan anniversary mertua korang. Belikan la hadiah tanda korang ingat tarikh istimewa bagi diorang. Selain anniversary, birthday dan musim perayaan pun sesuai kalau korang nak bagi hadiah.

Hadiah p**ak tak perlu mahal-mahal, ikut kemampuan dan asalkan korang belikan dengan hati yang ikhlas niat untuk bersedekah. Diorang tak mengharap tapi tunjuk la keikhlasan korang dengan cara macam tu, mesti diorang seronok. Gembirakan hati orang lain kan satu pahala?

4. Tolong mertua apa yang patut

Sebagai menantu, adalah satu kemestian korang tolong mertua apa yang patut saat mereka memerlukan pertolongan. Contohnya basuh kolam ikan, betulkan paip tersumbat, tukar gas, potong rumput dan sebagainya. Waktu hujung minggu adalah paling sesuai nak buat kerja-kerja tu semua..

Mertua korang tu makin hari makin berusia, jadi elok la korang yang muda dan masih kuat ni tolong ringankan beban diorang. Kalau kita menantu tak tolong diorang, siapa lagi kan?

5. Add diorang dalam Facebook korang!

Ingat orang-orang tua ni tak main Facebook ke? Diorang pun dah makin maju macam korang tau. Waktu petang-petang la diorang hi-tea bawah pokok sambil layan Facebook. Yang pasti, diorang banyak baca post ilmiah, agama, ceramah dari gosip-gosip artis ni! Kalau tak, diorang stalk Facebook anak masing-masing, hehe…

Haa, sebagai menantu atau ahli keluarga baru, korang add la diorang dalam friend list Facebook korang! Dari situ diorang boleh nampak update terkini korang, komen-komen dan bagi reaksi untuk setiap post korang. Kalau diorang boring, diorang akan chat korang dan tanya khabar. Dari situ hubungan korang lagi mesra!

6. Tawar diri korang untuk jadi personal driver kalau diorang nak ke mana-mana

Memandangkan korang sebagai menantu ni masih muda dan mampu nak drive tak kira siang atau malam, offer la untuk jadi personal driver kalau mertua korang nak ke mana-mana. Contohnya ke pasar pagi, ke masjid kalau diorang nak hadiri kelas atau ceramah agama sekitar rumah dan sebagainya. Seronok diorang sebab ada orang hantarkan ke mana-mana kan? Dalam kereta pun boleh berborak kan..

Haa..selamat mencuba..min dapat tahu ada yang raya ni, korang first time nak beraya bersama mertua kan? Hihi..jangan debar, buat relac cool je tau.😉

Sumber: Ohbulan.com

5 Langkah Ujian Saringan HIV Yang Perlu Anda Buat1. Kenal Pasti Klinik Kesihatan/Hospital TerdekatUntuk makluman anda, U...
10/05/2020

5 Langkah Ujian Saringan HIV Yang Perlu Anda Buat

1. Kenal Pasti Klinik Kesihatan/Hospital Terdekat

Untuk makluman anda, Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan ataupun hospital kerajaan sahaja. Dan yang paling penting anda perlu menjalani ujian ini di negeri atau mengikut mukim masing-masing.

Sekiranya anda bekerja atau bermastautin di negeri lain terdapat beberapa tambahan prosedur yang perlu anda patuhi bagi membolehkan ujian ini diambil. Bagi memudahkan kerja anda dan pasangan, sila cari dan daftar dengan klinik kesihatan terdekat terlebih dahulu. Dan ambillah kesempatan ini untuk bertanya samada klinik tersebut ada menawarkan servis ujian HIV atau tidak. Jika perlu setkan tarikh temujanji.

2. Dokumen Yang Perlu Dibawa Ke Klinik/Hospital

Dokumen yang perlu dibawa semasa ujian ini diambil adalah kad pengenalan sahaja dan bayaran perkhidmatan yang dikenakan p**a hanyalah RM1.

Murah je kan bila berurusan dengan pusat perubatan kerajaan Malaysia ni. Satu lagi, sekiranya anda berkahwin dengan warga asing sila pastikan pasangan anda membawa passport ke klinik untuk menjalani ujian saringan ini.

3. Lengkapkan Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Apabila selesai daftar dan membuat pembayaran di kaunter, anda boleh mula melengkapkan borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan yang telah disediakan oleh pihak klinik.

Sekiranya anda menjalani ujian saringan ini di negeri lain sila muat turun borang ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing). Apabila selesai anda akan diminta tunggu sebentar sementara nama anda dipanggil untuk menjalani ujian saringan tersebut.

4. Ujian Saringan HIV

Doktor atau MA akan menjalankan ujian saringan ini dengan menggunakan kaedah Rapid Kit Test. Darah akan diambil di hujung jari anda dengan menggunakan jarum lancet. Selepas itu anda akan diminta untuk tunggu sebentar kerana keputusan ujian ini kebiasaannya siap dalam masa 15 hingga 30 minit bergantung pada jenis kit yang digunakan oleh pihak klinik.

5. Keputusan Ujian Saringan HIV

Keputusan ujian saringan ini akan diberikan oleh pihak klinik pada hari yang sama. Keputusan boleh dilihat pada kit yang digunakan. Sekiranya terdapat single line pada kit ia bermaksud negative atau anda atau pasangan anda bebas daripada dijangkiti virus HIV.

Tetapi sekiranya keluar double line ia bermakna positif (reactive). Keputusan ini akan diberikan kepada anda untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Daerah masing-masing untuk langkah-langkah selanjutnya.

5 Tip Pemilihan Baju Pengantin.Sebelum hari perkahwinan perkara penting yang perlu bakal pengantin ambik berat ialah baj...
10/05/2020

5 Tip Pemilihan Baju Pengantin.

Sebelum hari perkahwinan perkara penting yang perlu bakal pengantin ambik berat ialah baju pengantin. Maklum lah, kahwin hanya sekali, mesti korang nak persiapan yang betul-betul teliti terutama bab baju kan?

Tapi jangan terlalu ikut keinginan hati sampai lupa imej sebagai seorang wanita islam. Min tengok, kadang baju yang dipilih tak bersesuaian sebagai seorang Muslim.

Jadi min kongsikan 5 tip yang mudah saja, supaya kekal cantik dan manis sekaligus menjaga imej sebagai seorang muslim.

1. Menutup Aurat.
Ini paling penting. Pilih atau design baju yang tidak pendek potongannya terutama bahagian punggung.

2. Tidak terlalu ketat.
Pilih fabrik dengan teliti seperti fabrik yang tidak mudah melekat pada tubuh.Elak pilih fabrik satin kerana ia mudah melekat dan mengikut bentuk tubuh badan.

3. Tidak Jarang.
alau korang pilih fabrik yang nipis dan ada lace, pastikan ada kain inner didalamya. Ini akan nampak lebih sopan dan menarik.

4. Hiasan.
Elak hiasan yang ada manik dan ropol yang terlalu sarat pada baju.Pilih design yang tak terlalu sarat tapi nampak eksklusif.

5. Warna.
Pilih warna yang tak terlalu terang. Biar senada dengan warna kulit korang, sejuk dan sedap mata memandang. Warna lembut sangat digalakkan.

Sumber: Pengantin

Antara Sikap Perempuan Yang Dis**ai Lelaki.Malam ni, min nak share antara sikap perempuan yang lelaki s**a.Haa..korang y...
08/05/2020

Antara Sikap Perempuan Yang Dis**ai Lelaki.

Malam ni, min nak share antara sikap perempuan yang lelaki s**a.

Haa..korang yang dah ada calon tu, boleh cek pasangan korang, ada tak sikap macamni..😁

Kalau ada sikap ni, jangan risau dah..hihihi

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki s**a dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang dis**ai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki s**a dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki s**a wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

18 perkara yang bakal pengantin perempuan kena buat untuk diri sendiri sebelum berkahwinWah, korang bakal mendirikan rum...
08/05/2020

18 perkara yang bakal pengantin perempuan kena buat untuk diri sendiri sebelum berkahwin

Wah, korang bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati a.k.a jejaka Malaya paling handsome di hati korang ya? Tahniah diucapkan! Tapi, sebelum anda overexcited dan mula gila bayang untuk menjadi seorang isteri, ada beberapa perkara yang korang perlu buat untuk diri sendiri dahulu! Kalau tak buat, takut-takut korang terlepas peluang untuk menikmati zaman anak dara sepenuhnya sebelum bergelar seorang isteri mithali dan ibu yang sejati. Semua 9 perkara ini boleh anda nikmati secara perlahan-lahan dan yang pastinya, ia akan mencipta memori manis dan pengalaman berharga untuk diri korang nanti.

1.Bermanja habis-habisan dengan mak ayah

Ini amatlah penting untuk korang lakukan! Awak tahu kan yang awak akan berada di bawah kuasa suami selepas berkahwin nanti? Dia akan menjadi orang nombor satu, barulah diikuti oleh mak ayah sendiri.

Jadi, sebelum berkahwinlah kita mesti menghabiskan masa berkualiti dengan mak ayah kita. Selepas kahwin, susah sikitlah sebab nanti kita akan mula bina keluarga sendiri.

Masa masih bergelar anak dara, pergilah makan breakfast dengan mak ayah pagi-pagi. Kalau rasa malam-malam nak tidur sebantal dengan mak, buat saja! Jangan ragu-ragu, nanti dah kahwin barulah teringin nak tidur bawah ketiak mak!

2. Pergi bercuti dengan keluarga, adik-beradik, saudara-mara semualah!

Lagi satu benda yang sangatlah korang kena buat sebelum kahwin adalah pergi bercuti dengan ahli keluarga. Waktu terluang semasa bujang ini sangat berharga. Tiba saja hujung minggu, pergilah bercuti ke Melaka ke, Johor ke, atau kalau ada bajet lebih sikit, pergi luar negara!

Buat kenangan yang indah-indah dengan adik-beradik kita. Nanti selepas semua orang kahwin, masing-masing akan bawa haluan sendiri. Nanti nak kumpulkan semua masa hari raya pun susah. Percayalah cakap saya!

Nak lagi best, buat trip yang ‘rare’ sikit. Kalau rasa piknik di tepi pantai tu macam biasa sangat, pergilah camping dekat Taman Negara Pahang! Memang terbaik pengalaman percuti macam ini.

3. Travel dengan bestfriends

Bila saya kenang-kenang balik zaman muda dulu, memang saya rasakan yang zaman muda-mudi anak dara adalah antara moment paling indah dalam hidup. Waktu itu, kita belum ada tanggungjawab “besar” lagi.

Tiada anak kecil untuk diberi makan atau suami yang perlu dijaga. Bukanlah bermaksud lepas kahwin nanti kita tak boleh travel honeymoon, boleh. Tapi, travel dengan bestfriends beri satu rasa lain yang unik dan indah!

Jadi, buat bakal pengantin perempuan semua di luar sana, nikmatilah zaman anak dara. Pergilah travel dengan bestfriends anda. Buat ala-ala girls’ tip gitu! Kalau rasa nak cipta kenangan lebih indah, cuba pergi ke tempat yang sudah lama anda teringin nak pergi.

4. Cari pendapatan pasif

Rasanya memang dah ada ramai anak muda zaman sekarang yang berpendapatan tetap. Selepas habis saja universiti, kita mula mencari kerja, kan? Tapi, ada kemungkin lepas kahwin nanti, kita terpaksa berhenti dan menjadi suri rumah.

Haaa…jadi, moleklah kiranya kalau awak mulakan usaha untuk cari pendapatan pasif bermula dari sekarang, sementara masih bujang trang, tang, tang! Banyak cara sebenarnya untuk kita dapat income pasif.

5. Belajar memandu dan ambil lesen kereta

Sebagai seorang wanita, kemahiran memandu amat penting. Jangan pernah rasa yang korang perlu bergantung pada suami 100% untuk membawa ke mana-mana. Mahu ke kedai pun nak minta tolong suami hantarkan.

Jangan begitu. Jom kita belajar memandu dari sekarang dan ambil lesen. Nak cepat pandai drive, pergilah masuk area KL. Pasti anda cepat pandai memandu, kawal speed dan brek, serta “mencilok”.

Lagi satu, kalau berkemampuan, cuba beli kereta sendiri. Tak perlulah beli kereta mahal atau besar macam Camry, Accord, atau Perdana. Myvi pun dah cukup selesa untuk kita orang perempuan bawa. Tak percaya? Awak boleh test drive dulu!

Haa..camana, korang dah buat 5 perkara ni? Ada lagi tau, min kongsikan nanti okay!

Sumber: askwedding.com

3 Tips Mengurus Masa Bagi ‘Superwoman’ Yang Serba SibukPepatah Melayu ada mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian boleh...
06/05/2020

3 Tips Mengurus Masa Bagi ‘Superwoman’ Yang Serba Sibuk

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia.

Pengurusan Masa Sangat Penting Untuk Wanita

Sekarang, sudah tiada alasan lagi untuk anda hendak bekerja, dalam masa yang sama menjadi isteri dan ibu.

Namun, untuk merealisasikan semua tugas itu, wanita perlu ‘soft skills’ untuk memastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik dan menepati masa.

Dengan mempraktikkan tips pengurusan masa yang bijak, anda sebenarnya mampu untuk bekerja dalam masa yang sama mampu menguruskan keluarga.

Tips Pengurusan Masa Bagi ‘Superwoman’ Yang Serba Sibuk

Jom kita amalkan tips pengurusan masa di bawah ini.

1. Tips Penyediaan Makanan

Bagi mempercepatkan penyediaan makanan, sewaktu hari minggu, atau masa kelapangan, gunakan sifat rajin anda untuk mengupas bahan-bahan asas memasak seperti mengupas bawang putih, bawang merah dan halia kemudian dikisar secara berasingan.

Setelah itu masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

Mudah bukan jika anda nak memasak kelak, bahan-bahan asas telah tersedia.

Jika anda memasak menggunakan lada kering, pastikan anda telah merebus lada tersebut, kisar dan simpan di dalam peti ais.

Begitu juga dengan sayur-sayur yang tahan lama boleh dipotong terlebih dahulu, siang ikan, membersihkan ayam dan kemudian simpan.

Bagi ibu yang ada anak kecil yang perlu diberi bubur, anda boleh masak dengan segera bubur tersebut, tetapi perlu ada caranya.

Kaedah ini akan mempercepatkan proses anda untuk memasak di hari bekerja.

2. Tips Mengemas Rumah

Untuk pastikan masa anda mencukupi untuk mengemas rumah, pastikan seisi rumah mempraktikkan amalan ‘dah guna, simpan’.

Jangan biarkan pinggan tak dicuci selepas makan atau masak. Menangguh kerja akan hanya membuatkan anda lebih stres.

Jika anda mengamalkan cara ini, walau pun hari bekerja, anda masih boleh mengekalkan kebersihan rumah.

3. Tips Membasuh & Menyidai Baju

Basuh baju paling senang dan mudah jika di rumah anda ada mesin basuh automatik.

Semasa hari bekerja, pastikan 2 hari sekali anda mesti membasuh baju. Jangan biarkan baju disimpan dan dibasuh ketika hujung minggu.

Jika anda hanya sempat membasuh baju selepas p**ang kerja, pastikan anda bangun awal pagi untuk menyidainya.

Minta bantuan suami untuk menyidai jika terlalu banyak.

Wanita Perlu Ada Disiplin Untuk Membina Keluarga Bahagia

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untk menguruskan keluarga, tips pengurusan masa ini sekadar perkongsian bersama.

Tetapi, kita sebagai wanita perlu ada keazaman yang tinggi untuk menjadi insan yang terbaik untuk orang tersayang.

Utuh dan kukuhnya sesebuah institusi kekeluargaan bergantung kepada mantapnya jalinan ukhwah yang terbina dan didikan agama yang sempurna.



*Artikel asal oleh Mama Aliya.

7 Cara Surirumah Boleh Selamatkan Kewangan Keluarga Tanpa Slip Gaji.Walaupun tidak mempunyai pendapatan tetap, siapa kat...
06/05/2020

7 Cara Surirumah Boleh Selamatkan Kewangan Keluarga Tanpa Slip Gaji.

Walaupun tidak mempunyai pendapatan tetap, siapa kata jadi surirumah tidak boleh menyumbang kepada kewangan keluarga?

Tidak dinafikan seorang surirumah atau ibu itu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, tetapi jumlah tersebut menggambarkan bahawa seorang surirumah berkebolehan melakukan pelbagai jenis pekerjaan yang bukan saja meliputi tugas harian tetapi juga sebagai pengurus kewangan rumah tangga.

Ni min kongsikan kembali info dari majalahlabur.com ,beberapa strategi yang boleh korang lakukan untuk menjadikan pengurusan kewangan keluarga lebih berkesan.

1. Catatkan Setiap Aliran Wang

Seorang surirumah sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam merangka bajet keperluan keluarga. Catatkan setiap aliran wang dengan teliti termasuklah perkara-perkara kecil yang dibayar seperti makanan dan snek. Boleh juga guna pelbagai apps pengurursan bajet kalau nak lebih mudah.

Melalui catatan ini juga, korang dapat mengetahui kedudukan kewangan yang diperlukan oleh keluarga. Dapatlah kita menilai semula di antara keperluan dan kehendak berdasarkan kecukupan dan keutamaan keluarga.

2. Rancangkan Trip Membeli-belah

Rancangkan menu masakan mingguan, semak kelengkapan dapur, bilik air, barang sekolah anak, dan sebagainya. Jadi, apabila keluar membeli-belah, dapatlah beli semua sekali harung. Tak adalah yang tertinggal sana sini.

Apabila kita lebih kerap keluar, lebih banyak peluang untuk kita ‘membocorkan poket’ dengan membeli barang-barang yang tidak ada dalam senarai. Lagi satu tips berguna, elakkan membeli-belah semasa tengah lapar. Memang semua benda nak dibelinya!

3. Masak Di Rumah, Walaupun ‘Simple’

Kalau setiap hari fikir, “Nak masak apa hari ini?”, memang boleh sakit kepala jadinya. Apatah lagi jika melihatkan barang masakan yang serba tak cukup untuk membuat sesebuah hidangan.

Lagi best, makanan yang anda sediakan juga boleh dijadikan bekal atau bento untuk anak-anak dan suami. Satu keluarga dapat berjimat!

4. Buat Tabung Kecemasan

Jangan ingat sebagai surirumah anda tak perlu ada simpanan. Sebagai permulaan, buat jadual untuk menyimpan secara tetap ke dalam akaun simpanan anda melalui wang yang diberi oleh suami. Mulakan dengan jumlah yang kecil, contohnya RM10 seminggu. Pastikan anda teruskan rutin ini secara berdisiplin.

Setelah beberapa lama, anda akan terbiasa dengan tabiat ini dan mungkin boleh meningkatkan kepada RM20 seminggu dan seterusnya. Setiap hujung bulan, masukkan ke dalam akaun walaupun jumlahnya kecil. Seeloknya masukkan ke dalam akaun yang tak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya menggunakan kad ATM agar ia lebih lama ‘terperam’.

Sekiranya tabung kecemasan ini sudah dijadikan rutin, bolehlah anda buka akaun yang berbentuk ‘pelaburan selamat’ seperti Tabung Haji atau ASB. Apabila simpanan semakin stabil, boleh juga mempertimbangkan untuk memiliki skim takaful yang sesuai untuk masa hadapan.

5. DIY / Recycle

Untuk mengelakkan pembaziran, gunalah sesuatu barang sehingga habis. Atau pakai sehingga ianya rosak. Guna apa yang ada sahaja. Jangan membeli barang-barang yang anda tidak perlukan.

Ada banyak inspirasi dan cara kreatif untuk kita mengguna semula sesuatu barang yang ada di rumah. Koramg boleh dapatkan inspirasi melalui Google, Pinterest, Facebook, dan sebagainya.

Bukan itu saja, ianya juga dapat menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran. Malah, hobi ini juga mungkin boleh diperkembangkan kepada sesuatu yang mampu menjana pendapatan.

6. Jana Pendapatan Sambilan Jika Mampu

Banyak contoh surirumah yang kita dapat lihat hari ini berjaya merencanakan perancangan harian dan pada masa yang sama melakukan sesuatu untuk menjana pendapatan. Ini membuktikan ianya tidak mustahil – yang penting perlu ada minat, disiplin, dan juga kecekalan.

Kebanyakan daripada surirumah ini bukanlah terus berjaya, tetapi mereka bermula dari bawah, mencari ilmu dan pengalaman, dan terus melakukannya dengan konsisten tanpa pernah berputus asa.

7. Sedekah

Di samping kita berjimat-cermat dengan wang yang terhad, jangan lupa bahawa masih ada ramai orang yang lebih susah dan memerlukan di luar sana.

ROngankanlah tangan untuk bersedekah dan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk yang kita mampu kerana ini juga merupakan salah satu punca keberkatan rezeki dalam keluarga. Utamakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa dan keluarga terdekat, seterusnya kepada masyarakat.

Semoga setiap usaha ikhlas kita diberkati dan dirahmati Allah.

Address

Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 00:00
Friday 09:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 00:00

Telephone

+601120754778

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Crown Murah Cantik Seri Kembangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category