Sharifah Islamic Estate Planner - SIEP

Sharifah Islamic Estate Planner - SIEP Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sharifah Islamic Estate Planner - SIEP, Event Planner, No. 1138, Jalan 18/47, Taman Sri Serdang, Seri Kembangan.

05/08/2022

Ibu bapa patut membuat wasiat untuk anak angkat. Tanpa wasiat, anak ini tidak mendapat harta pusaka. Jangan jadikan anak angkat miskin.

08/10/2021

ZIKIR HARIAN IMAM GHAZALI

Baik untuk diamalkan 1000 kali setiap hari
(jika termampu)

16/09/2021

Mari kita amalkan.

30/01/2021

APA YANG SUAMI & ISTERI PERLU TAHU BERKAITAN HIBAH?⁣

1. Jika suami tidak menghibahkan hartanya atau tidak mewasiatkan hartanya, semua hartanya akan menjadi harta pusaka dan akan dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang berhak;⁣

2. Jika suami telah menghibahkan harta tak alih secara lisan seperti rumah atau tanah kepada isteri dan bila suami meninggal dunia, harta tak alih tersebut masih nama suami dalam geran, isteri hendaklah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memohon perintah pengesahan hibah; ⁣

3. Jika suami telah menghibahkan harta alih secara lisan atau melalui dokumen perisytiharan hibah seperti wang dalam akaun bank, tetapi selepas meninggal dunia wang tersebut masih lagi dalam akaun bank arwah suami dan tiada penguasaan dari isteri, hibah itu berkemungkinan menjadi tidak sah. Namun isteri boleh memohon ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memohon perintah pengesahan hibah; ⁣

4. Jika suami telah menghibahkan harta tak alih kepada isteri dengan membuat dokumen perisytiharan hibah dan telah sempurna rukun-rukunnya, hibah tersebut dianggap telah menjadi sah. Namun, isteri tetap perlu membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi mendapatkan perintah pengesahan hibah jika harta tersebut masih mempunyai nama suami yang telah meninggal dunia dalam geran; ⁣

5. Jika suami telah menghibahkan harta tak alih kepada isteri dengan membuat dokumen perisytiharan hibah, sempurna rukun-rukunnya dan telah melakukan pindah milik melalui borang 14A KTN 1965, maka harta itu tidak menjadi harta pusaka jika sekiranya suami meninggal dunia kemudiannya.

6. Jika suami telah menghibahkan harta alih kepada isteri seperti sebuah kereta sama ada dengan membuat dokumen perisytiharan hibah atau tidak, tetapi telah sempurna rukun-rukunnya, maka harta itu tidak menjadi harta pusaka jika sekiranya suami meninggal dunia kemudiannya. Namun isteri perlu memohon ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memohon perintah pengesahan hibah jika kereta tersebut masih nama arwah suami; ⁣

7. Jika suami telah menghibahkan harta-hartanya kepada isteri, menyempurnakan rukun-rukunnya dan mendapatkan perintah pengesahan hibah di Mahkamah Tinggi Syariah semasa hidup, harta yang telah dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka jika sekiranya suami meninggal dunia kemudiannya;

8. Jika suami telah menghibahkan harta-hartanya kepada anak-anak dan tidak menamakan isteri sebagai penerima hibah. Hibah tersebut tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah Tinggi Syariah kecuali jika tidak sempurna rukun-rukunnya.

9. Jika suami memiliki takaful, simpanan ASB dan simpanan Tabung Haji, ia boleh dihibahkan kepada isteri secara hibah bersyarat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi berkenaan;

10. Harta-harta yang telah dihibahkan oleh suami dan telah sempurna qabd (diterima) oleh isteri tidak boleh ditarik balik, diruju' atau dibatalkan walaupun berlaku perceraian atau kematian isteri. ⁣

Rasulullah SAW mengumpamakan orang yang menarik semula hibahnya melalui hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a.: "Orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya." (Riwayat al-Bukhari)

Info lanjut layari laman web Majlis Agama Islam Selangor: www.mais.gov.my
https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2020/07/Borang-Hibah.pdf


Address

No. 1138, Jalan 18/47, Taman Sri Serdang
Seri Kembangan
43300

Telephone

+60193700476

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sharifah Islamic Estate Planner - SIEP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category