26/03/2026
MAJLIS IFTAR 2026 | 1447H AMANAH BERSATU & PERSATUAN BENTAN MALAYSIA
Tarikh: 13 Mac 2026 | 24 Ramadhan 1447H
Tempat: Glass Catsle Hall, D'cattleya Senawang
Dato’ Dr. Haji Wazer Group of Companies terus melangkah proaktif dalam memperkukuh peranan sosial melalui kerjasama strategik bersama Amanah Negeri Sembilan & Persatuan Bentan Malaysia bagi menjayakan Majlis Iftar 2026.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, kami berbesar hati menyampaikan sumbangan duit raya kepada para penerima, selari dengan komitmen berterusan kami dalam mencipta impak bermakna kepada komuniti.
Majlis ini turut diserikan dengan ucapan penuh inspirasi yang menyentuh tentang keprihatinan terhadap krisis kemanusiaan di Palestin, mengingatkan bahawa sebagai umat Islam, kita tidak boleh melupakan saudara-saudara kita yang sedang diuji. Semangat solidariti, doa dan sokongan berterusan perlu sentiasa dipupuk dalam jiwa masyarakat.
Kolaborasi ini mencerminkan visi kami untuk bukan sahaja berkembang dalam dunia perniagaan, malah menjadi organisasi yang mempunyai pengaruh positif, nilai kepimpinan dan keprihatinan tinggi terhadap masyarakat.
Kami percaya, kejayaan sebenar adalah apabila pertumbuhan syarikat berjalan seiring dengan sumbangan kepada kesejahteraan ummah.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas kepercayaan dan peluang kolaborasi yang diberikan.
Membina nilai. Mengukuhkan jenama. Menyentuh kehidupan.