05/10/2020
TIPS PENJAGAAN PEMAKANAN
1. Rancang makanan kita terlebih dahulu
Luangkan hujung minggu untuk merancang makanan kita setiap hari dan barang yang hendak dibeli di kedai supaya kita tidak terpaksa makan meggi pada lewat malam sebagai pilihan.
2. Buat diari pemakanan
Gunakan telefon pintar atau jurnal kita untuk merekod perincian setiap hidangan yang kita makan kemudian rujuk semula setiap perkara yang kita rekodkan setiap minggu.
Kita akan kagum dengan jumlah makanan yang kita makan.
Jika kita mahu lebih advance, terdapat aplikasi yang boleh membantu kita mengira jumlah kalori yang kita ambil setiap hari.
3.Mulakan hari kita dengan sarapan penuh nutrisi
Terlalu ramai orang menafikan sajian terpenting untuk permulaan hari mereka.
Sarapan bertindak sebagai catalyst (pemangkin) untuk tubuh badan dan minda kerana ia menjadi sepak mula kepada metabolisma kita.
Metabolisma p**a adalah enjin yang bertanggungjawab terhadap kepantasan fungsi otak dan tubuh kita.
Bersarapanlah dengan makanan yang dapat menguatkan otot daripada sumber protein yang baik seperti telur dadar.
Berikan juga karbohidrat yang penting seperti oat, muffin atau roti untuk otak kita.
4.Makan buah
Buah adalah sumber karbohidrat yang diperlukan oleh otak dan sumber tenaga untuk tubuh.
Sebiji buah adalah snek yang ideal untuk mengekalkan tenaga dan aktiviti otak pada tahap tinggi antara hidangan.