NS’s Catering

NS’s Catering 📌To fulfil the requirement of ENT530. Don’t forget to follow, like and share. Thank you!☺️

5 MAJLIS KERAIAN YANG BOLEH DIURUSKAN OLEH SERVIS KATERING1. Majlis hari lahir2. Majlis akikah3. Majlis kenduri nikah 4....
13/01/2023

5 MAJLIS KERAIAN YANG BOLEH DIURUSKAN OLEH SERVIS KATERING

1. Majlis hari lahir
2. Majlis akikah
3. Majlis kenduri nikah
4. Majlis pertunangan
5. Majlis perpisahan
Ini antara 5 majlis keraian yang boleh diuruskan oleh pihak katering. Biasanya tetamu yang hadir dalam lingkungan 100 orang, konsep hidangan adalah buffet dan hidangan disediakan mengikut bajet.

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan katering kami, boleh nantikan update dari kami.

RESEPI PAJERI NENASTeringin nak makan pajeri kuning, jom tengok Resipi Pajeri Nenas Kuning Kenduri Kahwin ini. Mudah jer...
13/01/2023

RESEPI PAJERI NENAS

Teringin nak makan pajeri kuning, jom tengok Resipi Pajeri Nenas Kuning Kenduri Kahwin ini. Mudah jer.
Bahan-bahan:
• Kulit kayu manis
• Buah pelaga
• Bunga lawang
• Bawang merah – 4 ulas (dimayang)
• Bawang putih – 3 ulas (dimayang)
• Nenas – 1 biji (potong bulat dan potong 4) • Gula
• Cuka
• Pewarna kuning
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
2. Masukkan nenas, gula dan cuka. Masak sehingga mendidih lama sedikit. 3. Masukkan sedikit pewarna.
4. Kalau ade biji sawi, boleh masukkan sekali. Sedia untuk dihidang.
Siap untuk dihidangkan! Jangan lupa untuk mencuba

Untuk maklumat lanjut, jangan lupa tunggu update dari kami.

Perhatian bakal pengantin!Kami ada 10 tips untuk bakal pengantin dalam memilih katering kahwin.Tips 1: Buat research kat...
13/01/2023

Perhatian bakal pengantin!

Kami ada 10 tips untuk bakal pengantin dalam memilih katering kahwin.
Tips 1: Buat research katering kahwin di area anda Tips 2: Testimoni
Tips 3: Pilih syarikat katering berpengalaman
Tips 4: Senarai pendek pilihan anda kepada 2-3 katerer Tips 5: Tema majlis
Tips 6: Dapatkan kotasi Tips 7: Jumpa face to face Tips 8: Food tasting
Tips 9: Terma bayaran Tips 10: Keep in touch.
Membantu atau tidak? Harapnya tips ini berguna untuk bakal pengantin yang sedang mencari katering.

Sebarang pertanyaan lanjut, jangan segan- segan untuk hubungi kami di nombor tertera
http://www.wasap.my/0167389171

Selamat malam semua! Marilah singgah ke kedai kami terdapat pelbagai makanan yang sememangnya kena dengan tekak kamu sem...
19/12/2022

Selamat malam semua!

Marilah singgah ke kedai kami terdapat pelbagai makanan yang sememangnya kena dengan tekak kamu semua seperti Nasi Hujan Panas.

Nak tahu apa yang menarik dengan servis kami? Kami menyediakan servis untuk yang ingin membuat majlis kecil- kecilan mahupun masjis besar- besaran Menarik bukan? Dan untuk pengetahuan semua, kami menyediakan makanan yang berkualiti tinggi untuk semua pelanggan kami.

Mesti anda semua tertanya- tanya dengan harga makanan kami. Kepada pelanggan yang ingin menempah makanan dari kami, harga bagi per seorang adalah RM12 sahaja. Istimewa untuk pelajar UiTM S3, setiap sebungkus pembelian akan diberikan FREE AIR SIRAP S**a tak?

Harga Sebungkus: RM12

FREE AIR SETIAP BUNGKUS NASI BAGI PELAJAR UiTM S3

Untuk tempahan dan details lanjut, boleh klik link whatsapp kami www.wasap.my/60167389171

RESEPI NASI HUJAN PANAS ALA KENDURIBahan-bahan nasi hujan panas:• Beras• Air (ikut sukatan beras)• 1 biji bawang besar• ...
17/12/2022

RESEPI NASI HUJAN PANAS ALA KENDURI

Bahan-bahan nasi hujan panas:
• Beras
• Air (ikut sukatan beras)
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih (dikisar)
• 1 inci halia (dikisar)
• 3 sudu makan butter atau marjerin
• 1 cawan susu cair
• 4 sekawan (kayu manis,cengkih,lawang pelaga)
• Daun pandan
• 1 batang serai (diketuk)
• Secubit garam
• Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara penyediaan:1.TUMIS BAHAN
Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis, dan daun pandan sampai wangi.
2. MASUKKAN BERAS & SUSU CAIR
Dah boleh transfer ke rice cooker kalau tadi tumis bahan atas kuali. Kemudian masukkan beras.

Tambah susu cair lebih kurang setengah tin.
3. TAMBAH AIR
Seterusnya tambah air ikut sukatan macam masak nasi biasa.
Tunggu nasi masak.4. BUBUH PEWARNA
Bila nasi dah kering, masukkan pewarna yang dcampur air.
Cara saya buat macam di bawah ni.
Lepas tu tutup periuk sekejap.
Kemudian baru gaulkan nasi. Buat perlahan-lahan supaya nasi tak pecah. Saya gaul guna garfu.
Siap!

Untuk mengetahui lebih banyak resepi lagi sila follow, like and share page kami
https://www.facebook.com/profile.php?id=100087463125789

Perkahwinan merupakan perkara yang dinilai dalam kehidupan setiap orang. Oleh itu, pengurusan majlis kahwin adalah sanga...
15/12/2022

Perkahwinan merupakan perkara yang dinilai dalam kehidupan setiap orang. Oleh itu, pengurusan majlis kahwin adalah sangat penting untuk memastikan majlis berjalan lancar dan tiada masalah berlaku. Bagi mengelakkan masalah tersebut, ramai kini yang memilih untuk mendapatkan khidmat katering perkahwinan. Jadi di sini saya ingin kongsikan tips bagaimana nak pilih servis katering supaya bakal pengantin di luar sana tidak terslaah pilih.

1. Kenal pasti bajet anda
2. Tentukan bilangan jemputan
3. Nyatakan waktu makan untuk majlis tersebut.Contohnya, makan tengah hari, makan malam
atau high-tea(untuk menentukan menu yang sesuai)
4. Anda boleh memberi cadangan menu atau meminta cadangan daripada katerer
5. Untuk majlis yang besar,ada boleh meminta pihak katerer untuk membuat ‘food tasting’
6. Setelah berpuas hati anda bolehlah membuat bayaran pendahuluan mengikut terma dan
syarat syarikat katering yang dipilih.

Untuk mengetahui lebih banyak resepi lagi sila follow, like and share page kami
https://www.facebook.com/profile.php?id=100087463125789

Resepi rendang daging ala kenduriHi, atas permintaan ramai, kalini kami akan kongsikan satu menu yang sangat istimewa. M...
14/12/2022

Resepi rendang daging ala kenduri

Hi, atas permintaan ramai, kalini kami akan kongsikan satu menu yang sangat istimewa. Menu ini merupakan antara menu yang top mesti ada dalam satu majlis tidak kisahlah perayaan atau majlis. Terdapat 2 kaedah memasak rendang iaitu bertumis dan tak bertumis. Kalini kami akan share kepada kamu semua rendang daging ala kencuri version tidak tumis.

Bahan-bahan:
• Bahan-bahan untuk kisar halus:
o 7-8 biji bawang merah o 5 ulas bawang putih
o 3 inci halia
o 2 inci kunyit hidup
o 2 inci lengkuas
o 3 batang serai
o 15-20 tangkai cili kering o sedikit air

• Bahan-bahan untuk sangai:
o 1 sudu besar biji ketumbar
o 1 sudu kecil biji jintan putih
o 1 sudu kecil biji jintan manis

• Bahan-bahan untuk lain:
o 2 cawan minyak masak
o 1 kilo daging lembu
o 2 cawan santan cair
o 1 mangkuk santan pekat
o 1 keping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu) o 2-3 sudu besar kerisik
o 1-2 helai daun kunyit
o 2-3 helai daun limau purut
o gula nisan atau gula melaka secukup rasa
o garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Buang tulang tengah daun kunyit kemudian gulung dah hiris nipis. Simpan dalam bekas bertutup untuk elakkan daun kering.
2. Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai.
3. Masukkan ke dalam blander bahan cincang tadi, air dan cili kering (telah direbus).
4. Kisar halus (jangan terlebih bland, pastikan masih ada serat2 halus).
5. Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam 2 inci.
6. Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau.
7. Masukkan rempah tadi ke dalam lesung batu dan kisar halus.
8. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
9. Masukkan daging.
10. Masukkan rempah yang telah dikisar dan kacau sikit.
11. Masukkan santan cair.
12. Renehkan sehingga daging masak empuk.
13. Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat.
14. Masukkan asam keping dan masak sehingga kuah pekat.
15. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
16. Masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah.
17. Masukkan gula melaka @ gula nisan.
18. Last sekali masukkan garam secukup rasa.

Tip:
• Kunyi segar akan buat rendang lebih wangi dan lebih sedap.
• Untuk tahu arah lawan urat, tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan.
• Lebihkan sikit minyak bila memasak sebab kita nak bagi naik bau bahan kisar dan masak garing, lebihan minyak boleh dikeluarkan nanti.

Untuk mengetahui lebih banyak resepi lagi sila follow, like and share page kami
https://www.facebook.com/profile.php?id=100087463125789

Address

26, Jalan Seremban Tiga 2, Seremban 3
Seremban
70300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NS’s Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category