CBS Putrajaya Presint 2

CBS Putrajaya Presint 2 Keep supporting us in the future...Do follow us on IG too: ThesisthurrB...Moga murah rezeki kita sem

Minggu akhir Carbootsales Ramadhan pada tahun 2025! Moga kita berjumpa selepas Raya 🙂Dalam kesempatan ini kami admin men...
23/03/2025

Minggu akhir Carbootsales Ramadhan pada tahun 2025!
Moga kita berjumpa selepas Raya 🙂
Dalam kesempatan ini kami admin mengucapkan ribuan terima kasih pada yg mana telah join cbs ramadhan edisi 1lot free 😙Sepanjang bulan puasa ni,
dan akhir kata
Kami ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

09/03/2025

Peristiwa 8 Mac 2014

Genap 11 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370

"Malaysia MADANI"

'Yang sahih di Berita RTM'

Salam Ramadhan 🙏🏻✨yes!! CBS Putrajaya p2 da on tuk malam-malam ramadan ! jemput singgah semua😍!! FOR VENDOR / PENIAGA BU...
05/03/2025

Salam Ramadhan 🙏🏻✨
yes!! CBS Putrajaya p2 da on tuk malam-malam ramadan !
jemput singgah semua😍!!

FOR VENDOR / PENIAGA
BUY 1 LOT & FREE 1LOT FOR RAMADAN CBS ✨ 😱

kami ada tawaran hebat buat anda,
Bagi sesiapa yang sedang mencari tapak jualan ,cari duit poket tuk raya 😀
korang boleh join cbs kami!
Jualan yang kami cari seperti KUIH RAYA,BAJU RAYA,TUDUNG RAYA,KASUT RAYA,MEKAP RAYA eh semua barangan kering boleh guys!

Kalau ada yang nak jual makanan foodpack boleh juga asalkan tak berat & tak melibatkan goreng goreng ya sebab kami berjiran dengan foodtruck
So apa tunggu lagi lekaih pm admin untuk info lanjut
wasap.my/60162597515
wasap.my/601127401587

p/s: kami aktif di page tiktok jom follow rapat rapat ok
Thanks guys ❤️

Bismillahi Masya AllahSemoga Allah permudahkan urusan kami untuk menunaikan ibadah umrah Aamiin rba.Jumpa anda minggu ha...
07/01/2025

Bismillahi Masya Allah
Semoga Allah permudahkan urusan kami untuk menunaikan ibadah umrah Aamiin rba.

Jumpa anda minggu hadapan, CBS beroperasi macam biasa & akan dibantu oleh partner admin yang lain.
Jom book macam biasa untuk next week ❤️

31/12/2024

Kau tahu, 2024 ni, kalau nak cerita, penuh dengan pengajaran untuk umat Islam. Dunia bergolak, umat berpecah, dan kita sering lupa nak tengok balik kompas kehidupan kita mengikut Al-Quran.

Ironinya, tahun baru 2025 kali ni bermula tepat pada 1 Rejab, bulan haram yang Allah muliakan. Kau rasa kebetulan ke?

Abang tak rasa macam tu.
Allah ni Maha Perancang.

Kalau kita nak faham, ini sebenarnya satu seruan dik, untuk kita berhenti sejenak, muhasabah dan fikir balik apa hala tuju hidup kita.

Rejab ni bukan sekadar bulan dalam kalendar Islam. Dalam sejarah, ia bulan persediaan. Bulan yang Rasulullah dan para sahabat gunakan untuk “pemanasan” sebelum Ramadan.

Kalau kau nak tahu, Rejab ni ibarat Allah suruh kita “slow down” kejap, muhasabah diri dan mula reset hidup.

Allah mention dalam Al-Quran, “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi; di antaranya empat bulan haram.” (At-Taubah: 36).

Rejab adalah salah satu daripadanya.

Dalam bulan ni, Allah tuntut kita untuk lebih berhati-hati dengan dosa dan lebih bersungguh-sungguh dalam kebaikan. Tapi semua tu perlukan AZAM YANG KUAT.

Kau tahu apa maksud azam dalam Islam?

Bukan sekadar buat list “nak kurus” atau “nak kaya”. Azam adalah tekad yang terikat dengan niat kerana Allah. Rasulullah dah pesan, “Setiap amal itu bergantung pada niat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Azam ni kau tak ukur dengan kata-kata. Kau ukur dengan perubahan tindakan.

Cuba tengok hidup kau sepanjang 2024.
Apa yang kau dah buat?

Adakah Al-Quran jadi peta kau atau kau sesat ikut jalan yang dunia lukis untuk kau?

Sebab itu Nabi pesan, “Yang terbaik di kalangan kamu ialah yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini.”

Dik, Allah turunkan Al-Quran bukan untuk dibaca waktu tadarus Ramadan je. Tapi sebagai peta. Satu-satunya panduan yang boleh selamatkan kita dari jalan yang bengkang-bengkok.

Al-Quran ni ibarat GPS.
Kalau kau tak guna, kau takkan sampai ke destinasi.

Allah dah pesan, “Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku (Al-Quran), maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit…” (Taha: 124).

2024 banyak ajar kita tentang pentingnya berpegang pada Al-Quran. Kau tengok isu umat Islam, perpecahan, ketidakadilan dan sebagainya. Semua ni sebab kita jauh dari Quran.

Kita lebih percaya cakap manusia dari wahyu Allah.
(Sigh!)

Sempena 1 Rejab jatuh pada 1 Januari.
Dua permulaan besar dalam satu hari.

Apa maknanya?
Maknanya Allah beri kita peluang untuk reset dua kali ganda.

Dalam Rejab ni, kau mulakan dengan membersihkan hati. Buang rasa dengki, benci dan dendam. Rejab adalah simbol “turning point” kau. Kalau tahun ni kau rasa hilang arah, inilah masanya untuk kau letakkan balik Quran sebagai imam hidup kau.

Pesan Abang untuk kau.

Kau jangan tunggu orang lain berubah.
Kau sendiri kena mula dulu. Azam kau tak perlu besar, tapi biar jelas. Contohnya:

1. Setiap pagi, baca Al-Quran walau satu ayat dan renungkan maknanya.

2. Solat awal waktu, sebab itu janji kau dengan Allah.

3. Buat satu kebaikan kecil setiap hari untuk keluarga atau orang sekeliling kau.

4. Pergi Tanah Haram dengan Rarecation, ikut trip Kembara Wahyu di sini https://www.rarecation.com/products/kembara-wahyu

Hidup ni pendek, dik. Rasulullah ajar kita untuk selalu bermuhasabah sebelum ajal datang menjemput.

Sabda baginda, “Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Jadi 2025 ni, kau jangan sekadar sibuk buat “new year resolution”.

Jadikan Rejab ni masa untuk kau betulkan arah. Buat azam yang Allah reda. Hidupkan rumah kau dengan Al-Quran, dengan solat berjemaah, dengan doa yang kau ajar anak-anak untuk sebut setiap pagi. Sebab akhirnya, yang kau tinggalkan adalah amal kau, bukan nama kau.

Kau masih ada masa untuk kembali pada Allah.

Rejab ni pintu taubat terbuka luas.
Jangan tunggu Ramadan untuk mula berubah.

Semoga langkah kau diberkati. Selamat melangkah ke 2025 dengan hati yang baru.

Shauqi Hasan
Mutawif Rare, Madinah.

20/12/2024
Jom ada sesiapa nak join meniaga di sini boleh contact penganjur.Mai support dorang kasi meriah tmpt ni, bersebelahan fo...
20/12/2024

Jom ada sesiapa nak join meniaga di sini boleh contact penganjur.
Mai support dorang kasi meriah tmpt ni, bersebelahan foodtruck je.
Crowd pun alhamdulillah meriah.
Boleh follow tiktok dorg jgk

Contact utk booking
wasap.my/60162597515
wasap.my/601127401587

Maaf dari kami 🙏🏼Minggu ini CBS Putrajaya tidak dapat beroperasi akibat cuaca hujan. In shaa Allah minggu hadapan kami b...
23/11/2024

Maaf dari kami 🙏🏼
Minggu ini CBS Putrajaya tidak dapat beroperasi akibat cuaca hujan.

In shaa Allah minggu hadapan kami beroperasi seperti biasa jika cuaca mengizinkan.

24/09/2024

Bismillahhirrahmanirrahim
Fuhh lama rasa nya x update video kan

Jemput singgah CBS kami macam biasa tiap minggu Jumaat smpi ahad dari jam 6pm - 12malam.
Admin selalu update dalam tiktok jugak, boleh follow kami !!

Thanks guys support kami tanpa jemu ❤️
Boleh contact admin jika nak berniaga, no worries harga tapak sangat B40 ya!!

Assalam / Hi guys,Minggu ni CBS Putrajaya akan beroperasi macam biasa tau. Jangan lupa mai singgah macam macam jualan ad...
04/09/2024

Assalam / Hi guys,

Minggu ni CBS Putrajaya akan beroperasi macam biasa tau. Jangan lupa mai singgah macam macam jualan ada. Jumpa u ollss nanti !!

Mana mana yang nak berniaga pun boleh contact admin, harga tapak mampu milik in shaa Allah ✌🏼
Klik link di bawah untuk info
📲 wasap.my/60162597515
📲 wasap.my/601127401587

Business Account

Sempena ROYAL FLORIA 2024 yang berlangsung di sekitar kawasan tapak cbs jadi kami decide untuk tidak beroperasi pada min...
22/08/2024

Sempena ROYAL FLORIA 2024 yang berlangsung di sekitar kawasan tapak cbs jadi kami decide untuk tidak beroperasi pada minggu ini & minggu merdeka kerana tapak digunapakai oleh pihak majlis dan dijadikan sebagai public parking.

Jadi kami akan beroperasi semula macam biasa pada minggu pertama bulan September.
Jika nak booking tapak boleh chat admin ya, tapak masih ada lagi dun worry. C u guyyss laterr !!

゚viral

Address

Putrajaya
62300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CBS Putrajaya Presint 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CBS Putrajaya Presint 2:

Share

Category