27/04/2022
Berita/Akitiviti Ramadhan 1443H
Tarikh : 22Ramadhan1443H @ 24April2022;
Tempat : Jalan Meranti 6, Kpg Pulau Meranti, Puchong, Selangor;
Nama Aktiviti : Dapoq Ramadhan.
Atas semangat ukhuwah dan keinginan untuk menghidupkan syiar Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan bersedekah & memberi, seramai enam belas (16) ketua keluarga di kejiranan Jalan Meranti 6, Kpg Pulau Meranti telah bermuafakat dan berjaya mengumpul dana untuk mengadakan akitiviti "Dapoq Ramadhan 1443H" secara bergotong-royong @ rewang. Bertempat di kawasan lapang berbumbung di kejiranan Jalan Meranti 6, kerja2 penyediaan bahan2 masakan nasi beriani, kari kambing, acar dan puyuh goreng berempah (sumbangan ) telah diadakan seawal pukul 8am dan berakhir sekitar 4pm.
Sebanyak 120 bungkus juadah berbuka telah berjaya disediakan dan diagih2kan kepada keluarga peserta, jiran2 di Jalan Meranti 6, dan Surau Al Mubarak yang berhampiran.
Jurucakap Dapoq Ramadhan 1443H berkata penganjuran aktiviti memasak oleh Kejiranan Jln Meranti 6, Kpg Pulau Meranti buat ulung kalinya ini akan dijadikan aktiviti tahunan bagi mengimarahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Menurutnya, walaupun peserta2 tidak pernah terlibat secara langsung dengan masakan 15kg beras basmati dan 26kg daging kambing, tapi hasil muafakat dan perbincangan antara peserta2, masakan dapat dihasilkan dengan baik dan pengagihan dapat dilalukan dalam jangkamasa yang dirancang buat manafaat kejiranan.
Katanya, aktiviti Dapoq Ramadhan tahun ini adalah cetusan idea beberapa sahabat dan dikembangkan melibatkan keseluruhan ketua keluarga Kejiranan Jln Meranti 6 dan beberapa sahabat2 lain apabila idea ini mendapat sokongan baik.
Moga2 ALLAH menerima sedekah kita di bulan Ramadyan yang penuh Rahmah ini.