07/10/2021
Hi semua......
Kepada para pengantin yang nak berhasrat untuk mendirikan rumah tangga...sekadar pengkongsian dan ringkasan proses perjalanan menuju ke alam perkahwinan
Proses 1: merisik/ hantar tanda
Proses ini proses awal sebelum berkahwin. Dulu ade proses merisik, sebab dulu2 mana ade mcm sekarang. Jodoh pun mak carikan. Sekarang dh advance. So proses merisik ni proses untuk pre-book. Org ckp untuk cop/booked dulu. Masa ni family kedua pihak akan berkenalan antara satu sama lain. Yg nk nikah xperlu nk berkenalan dah. Mse nilah nk tahu asal mne, stay mne, semua2 la. Senangg cerita lebih pd mak2 ayah2 kite nk kenal bakal besan die. Nak kenal dgn bakal menantu, dh slalu dtg rumah. So masa ni pihak lelaki akan dtg dgn bawa sebentuk cincin tanda (belah rotan) dan buah tangan. Bincang tarikh pertunang. Nak bawak hantaran berapa dulang semua bincang kt sni. Tapi kekadang ada yang skip proses ni. Merisik pun kadang2 buat sekli terus majlis tunang sbb mgkin faktor perjalanan yg jauh atau kekangan masa. nak2 musim pkp ni..memang nak jimatkan masa...so buat proses yang perlu sahaja.
Proses 2: bertunang
Proses ini selalunya jemputan yg dtg agak ramai sedikit berbanding merisik td yang hanya melibatkan 2 pihak sahaja. Proses ni berbincang dgn lebih serious tentang brape lama ikat, berapa hantaran nk tetapkan, bila tarikh langsung. Semua dibincangkan. Kadang2 ade yg hantarkan wakil untuk berckp. Kalau dekat ngri sembilan, ade buapak yg akn dealkn dgn pihak lelaki. Tuan rumah/pak pengantin cuma angguk setuju atau tidak dan mgkin penambahan info sedikit untuk makluman kedua2 pihak. Masa ni slelunya akn dibawa 5dulang dr pihak lelaki dan dibalas 7dulang dr pihak perempuan. Tapi ikot jugak. Klu rse nak penuh bilik dengan hantaran, sampai bebelas pun ade. Sbb ramai makcik2 nk sponser. Macam orang perak dahulu....ada yang sampai berpuluh2 dulunag hantaran..jenis nak penuhkan segala dulang yang ada...tu yang macam2 letak...sampai ada gula, garam, tepung dan sebagainya..da macam cerita P. Ramlee pula...tapi begilah alkisah nya....
Disarungkan cincin ke jari manis oleh wakil pihak lelaki kepada perempuan sebagai tanda, aku dh book kau, kau jgn carik lain atau pun sebagai penanda...maksudnya da kena ikat sementara.... Cari lain siap! Hahaha..
Proses 3: hantar belanja (duit hantaran)
Proses ni ramai yang tak amik tahu dan buat2 tak tahu. Ingat! Jangan belakangkan mak dan ayah kita. Walaupun mak dengan ayah kita tak hadap pun duit hantaran korang tapi at least beradap. Family lelaki akan dtg bertandang sekali lagi untuk hantar wang belanja (wang hantaran) yang dh di deal mase majlis tunang dlu. Korang kne ambil port ni, supaya tak ade yang dipertikaikan oleh kedua pihak. Selalunya proses ni mse dah nak dekat2 majlis. Dalam 3-4 bulan sebelum majlis berlangsung. Kalau tak cukup lagi, korang boleh je deal each other. Mungkin separuh mase proses ni, dan separuh lagi masa majlis. Tapi klu boleh langsaikan, langsaikan terus. Bawak cash bnyk2 masa perjalanan nk majlis, mcm2 boleh jd, lagi plk org tau yg korang nk pergi bernikah. Tht y skrg semua dh buat mock cheque untuk diletakkan atas dulang hantaran.
Proses 4: pernikahan
Proses terakhir dalam perkahwinan. Majlis pernikahan. Yang ni, ape yg di deal masa bertunang tu, hantarannya, maskahwinnya, ape semua dibawa seperti yang di janjikan. Tapi time pkp ni memang jimat lah pada pasangan yang nak mendirikan rumahtangga...almaklum jemputan pun xboleh ramai sngat kan...
Semoga sedikit informasi ini dapat membantu kalian. Ingat! Jangan belakangkan mak dan ayah. Bijak mana pun kita, berbincang terlebih dahulu dengan mereka. Dptkan kata sepakat bersama. Selamat menempuh alam perkahwinan guys!
Pada yang berhasrat nak kawin tahun 2022,2023..boleh roger2 yer
✨ALL in one package la. Jimat lagi tuu✨
🎲 Pilihan menu yang menarik..segala lauk pengantin ,juadah makan , kuih muih, bubur dan segala menu sampingan
🎲 Pelbagai design Pelamin...dgn Mua yang berpengalaman
🎲 Busana pengantin yang menarik
🎲 Parking dan segala kemudahan di sediakan..contoh tandas,surau, bilik persalinan,
🎲 Photographer yang berpengalaman...so boleh capture moment2 indoor dan outdoor
📌𝑆𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑛𝑦𝑎𝑎𝑛 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑑𝑖𝑟𝑒𝑐𝑡 𝑤ℎ𝑎𝑡𝑠𝑎𝑝𝑝 𝑠𝑦 𝑤𝑤𝑤.𝑤𝑎𝑠𝑎𝑝.𝑚𝑦/+𝟼0𝟷𝟸𝟹𝟼0𝟽0𝟹0 (𝚑𝚊𝚒)📞📞📞
#𝚕𝚞𝚐𝚊𝚛𝚍𝚎𝚕𝚊𝚋𝚘𝚍𝚊
𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘪:
📌 𝘓𝘶𝘨𝘢𝘳 𝘋𝘦 𝘓𝘢 𝘉𝘰𝘥𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘪𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘗𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘜𝘵𝘢𝘮𝘢, 𝘛𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘤𝘩𝘰𝘯𝘨, 𝘓𝘰𝘵 65083, 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘪𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘛𝘢𝘴𝘪𝘬 𝘗𝘳𝘪𝘮𝘢, 𝘓𝘢𝘬𝘦 𝘝𝘪𝘴𝘵𝘢, 47100 𝘗𝘶𝘤𝘩𝘰𝘯𝘨, 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘯𝘨𝘰𝘳 (𝘞𝘢𝘻𝘦: 𝘎𝘈𝘙𝘋𝘌𝘕 𝘞𝘌𝘋𝘋𝘐𝘕𝘎 𝘈𝘛 𝘗𝘜𝘊𝘏𝘖𝘕𝘎)