30/04/2025
Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima Kasih
Bagi pihak Shahabe Catering , setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tun DatoβSeri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak dan Toh Puan Datoβ Seri Utama Khatijah Binti Mohamad Nor atas kepimpinan yang cemerlang, berintegriti dan penuh dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (2021-2025).
Sepanjang tempoh perkhidmatan Tun, negeri Pulau Pinang telah terus berkembang maju sebagai sebuah negeri yang aman, progresif dan kaya dengan nilai perpaduan serta warisan budaya. Kebijaksanaan dan sikap rendah diri Tun telah menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat, manakala penglibatan aktif dalam pelbagai acara rasmi, majlis kebajikan dan kegiatan komuniti mencerminkan keprihatinan serta kasih sayang terhadap negeri ini.
Kami amat berbesar hati kerana telah diberi peluang untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan untuk begitu banyak majlis rasmi dan tidak rasmi sepanjang tempoh perkhidmatan Tun. Ia merupakan satu penghormatan yang tidak ternilai buat kami sebagai sebuah perniagaan tempatan yang telah berakar umbi di bumi Pulau Pinang sejak turun-temurun.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan Tun selama ini.
Semoga Tun & Toh Puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, keberkatan serta kebahagiaan dalam fasa kehidupan yang seterusnya.
Dengan penuh hormat dan penghargaan,
Seluruh Warga Shahabe Catering