02/11/2025
7 Khasiat Daun Kari untuk Kesihatan
Daun kari bukan sahaja memberikan aroma yang sedap dalam masakan, tapi ia pun mempunyai banyak khasiat tersembunyi untuk kesihatan kita. Jom kita tengok 7 khasiat daun kari yang hebta ni;
1. Bantu Kawal Gula dalam Darah
Kalau ada isu kencing manis atau nak jaga paras gula, daun kari ni boleh jadi kawan baik. Ia ada sebatian yang dipercayai boleh bantu meningkatkan sensitiviti insulin dan melambatkan penyerapan glukosa. Jadi, ia bantu kawal gula dalam darah tu.
2. Jaga Jantung dan Kurangkan Kolesterol
Daun kari ni kaya dengan antioksidan yang hebat! Antioksidan ni bantu kurangkan kolesterol jahat (LDL) dan naikkan kolesterol baik (HDL). Secara tak langsung, ia membantu menjaga kesihatan jantung kita.
3. Bagus untuk Penghadaman
Sering ada masalah sembelit, cirit-birit, atau kembung perut? Daun kari digunakan dalam perubatan tradisional untuk menguatkan sistem penghadaman. Ia boleh bantu melancarkan proses pencernaan.
4. Pelindung Sistem Saraf
Bahan aktif dalam daun kari mempunyai sifat neuroprotektif (melindungi saraf), yang mana ia boleh membantu melindungi sel-sel saraf termasuk otak. Sesetengah kajian menunjukkan ia boleh membantu mencegah penyakit berkaitan saraf seperti Alzheimer.
5. Menggalakkan Pertumbuhan Rambut Sihat
Nak rambut cantik, kuat dan kurang gugur? Daun kari selalu digunakan untuk tujuan ni! Ia mengandungi protein dan beta karoten yang dikatakan boleh menguatkan akar rambut dan merawat masalah kelemumur.
6. Berpotensi Melawan Kanser
Disebabkan kandungan antioksidan dan sebatian aktif lain seperti karbazol alkaloid, daun kari menunjukkan potensi untuk melawan radikal bebas dan menghalang pertumbuhan beberapa jenis sel kanser.
7. Mencegah Anemia (Kekurangan Darah)
Daun kari mengandungi zat besi yang tinggi, yang penting untuk penghasilan hemoglobin dan sel darah merah. Mengambil daun kari secara konsisten boleh membantu dalam mencegah dan merawat masalah kekurangan darah (anemia).
Nampak tak? Daun kari ni kecik-kecik cili padi! Banyak manfaat dia selain buat masakan kita beraroma. Boleh cuba masukkan lebih sikit dalam menu harian anda!
Kredit: SM