F & A Creative

F & A Creative We are an online advertising agency that specializes in using social media, SEO, internet marketing and an affordable web design to maximize your business’

Renungan Ringkas Hari Jumaat .Jom kita hayati bersama . Salam Jumaat buat semua ,
17/10/2014

Renungan Ringkas Hari Jumaat .Jom kita hayati bersama .
Salam Jumaat buat semua ,

20/07/2014

Comel la telatah budak ni
Iklan by TM : Adik

18/07/2014

Guerrilla Marketing - Ideas of Marketing !!! Ist Creative ???

Pay with Smile :)

Al fatihah . Titipkan doa buat semua penumpang dan krew penerbangan MAS 17. Hiba dan sebak rasa hati apabila dugaan bera...
17/07/2014

Al fatihah . Titipkan doa buat semua penumpang dan krew penerbangan MAS 17. Hiba dan sebak rasa hati apabila dugaan berat sekali lagi menimpa negara.



ajal maut menjengah tanpa di duga.

Do it consistently  | Istiqamah
17/07/2014

Do it consistently | Istiqamah

| 7 Rahsia Pemasaran di Facebook Berjaya |Pertama : Kaji Produk Yang dijual Samada Hot Atau Tidak.Sesuatu produk memaink...
16/07/2014

| 7 Rahsia Pemasaran di Facebook Berjaya |

Pertama : Kaji Produk Yang dijual Samada Hot Atau Tidak.

Sesuatu produk memainkan peranan penting melalui pemasaran facebook yang berkesan jika nak menghasilkan profit dan margin yang tinggi,jika tersilap memilih produk maka sia-sialah usaha anda.Jika nak tahu produk tu hot atau tidak,tanya dgn pakcik googgle.Taip apa2 keyword berkaitan produk tersebut,ctohnya jika produk anda berkaitan produk menguruskan badan,anda boleh taip kuruskan badan,cara menguruskan badan,cara nak kurus,cara nak kurus dengan cepat dan berbagai lagi.kemudian lihat p**a hasil carian dan bandingkan setiap keyword tersebut.

Kedua:Kaji Bakal Pelanggan Anda.

Dah dapat keyword yang sesuai,anda perlu kenal dan kaji siapa bakal pelanggan kerana merekalah yang akan menceriakan poket anda setiap hari.cth dibawah jika anda menjual produk menguruskan badan dan target anda mestilah mereka yg berkaitan dgn masalah kegemukkan.

-Apa masalah mereka,apa yang mereka takut,benci,dan kesakitan yang mereka hadapi.
-Apa yang mereka mahu dan impikan.
-Demografi mereka-cth:,berapa umur mereka,jantina,lokasi mahupun status hidup.
-Aktiviti apa yang mereka minat,jenama kegemaran,rancangan tv dan hobi yang selalu dibuat.

Tips-spesifikasikan lagi satu-persatu setiap contoh diatas.

Ketiga :Kaji Pesaing Anda.

Kaji siapa pesaing anda.caranya ialah spy teknik pemasaran facebook yang mereka guna pakai seperti website,fanpage,ayat-ayat "cinta" yang mereka selalu gunakan dan tawaran mereka terhadap pelanggan dan bakal pelanggan mereka.Gunakan teknik kedua diatas utk mengkaji pelanggan mereka.

Keempat :sediakan Ayat-Ayat Yang Super Power Dan Mengancam.

Sediakan ayat-ayat cinta yang super power untuk bakal pelangggan anda dan mempunyai ayat "call to action".Jika tak mahir nak meng"ayat" gunakan kemahiran orang lain atau copy sedikit ayat dari pesaing tadi dan ubahsuai ayat tersebut jadi lebih mengancam.Cthnya jika ayat pesaing berbunyi"Promosi,belilah ubat kurus dari kami dan dapatkan 1 gula-gula percuma".Anda ubahsuai p**a ayat tu seperti ini"Promosi terhad,dapatkan diskaun 50% produk kuruskan badan dari kami dan kos penghantaran adalah percuma.Pm Kami dan Dapatkan kod kupon Sms dengan segera".Ayat"Pm kami dan Dapatkan kod kupon sms dengan segera" adalah ayat call to action.

Kelima :Bina Fanpage.

Bina fanfage dan banyak panduan atau tutorial percuma di internet.Ikut langkah pertama diatas,namakan fanfage anda berkaitan dengan keyword yang dah dipilih dan mudah di ingati,kemudian tambahkan like fanpage anda bermula dgn teman-tema dan group-group di facebook terlebih dahulu.Nak cepat dapatkan like yang banyak dalam 1k-10k,dapatkan service menaikkan like serendah RM50.00 utk 1k like melalui beberapa tempat terkemuka seperti forum wangcyber.com,carigold.com atau group facebook komuniti usahawan seperti Kedai kopi IM.

Keenam :promosi pada masa dan waktu yang tepat.

kaedah mempromosi pada masa dan waktu yang tepat adalah perlu jika nak meningkatkan jualan.kuasa membeli biasa berlaku waktu selepas gaji dan kuasa membeli kuat bila tiba penghujung bulan iaitu sekitar 24-28hb.Semak masa yang tepat dibawah:-

a)8-10 am.
b)12-2 pm.
c)4-6 pm.
d)9-12 pm.

Ketujuh : Guna Fb Ads Jika Nak Super Targeted Audience.

Terakhir sekali,gunakan kesemua teknik dan lancarkan Facebook Ads.Jika tidak mahir,belajar dari yang pakar dan beli panduan FB Ads.Meskipun merlukan sedikit kos tapi ianya cukup-cukup berbaloi untuk dapatkan targeted audience untuk fanpage dan meningkatkan lagi margin keuntungan anda.

Instagram tips Ada 5 kesemuanya . Selamat Mencuba :)
14/07/2014

Instagram tips

Ada 5 kesemuanya . Selamat Mencuba :)

3 Elemen Penting Mesej PersuasifBerdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar pemasaran, terdapat 3 elemen penting yang s...
12/07/2014

3 Elemen Penting Mesej Persuasif

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar pemasaran, terdapat 3 elemen penting yang sering digunakan untuk mendorong pelanggan membeli produk. Elemen-elemen ini biasa digunakan dalam dunia perniagaan online.

Dari sudut pelanggan, dialog mereka adalah seperti berikut:

#1 – Baik, Aku Faham Fungsi Produk Ini

Kaji produk dan senaraikan fungsi-fungsi produk. Kemudian sampaikan mesej menggunakan bahasa dan juga perkataan yang mudah difahami pelanggan. Setiap jenis pelanggan berbeza tahap pemahaman.

Kajian produk dan tingkah laku pelanggan yang betul dapat mencipta keuntungan yang besar.

#2 – Terus Ke Keperluan Mereka

Elakkan daripada mencipta mesej yang syok sendiri. Sampaikan mesej pemasaran yang berlandaskan keperluan pelanggan. Contohnya, jika kita menjual tudung, mesej pemasaran yang terus kepada keperluan pelanggan adalah seperti:

Tutup aurat bahagian kepala dalam masa kurang 60 saat.
Warna dan tema reka bentuk tudung yang cantik dan menawan hati orang yang melihatnya.
Si pemakai cantik seperti puteri raja apabila mengenakan tudung ini.
#3 – Dorong Tindakan

Mesej yang bagus tanpa tindakan tidak akan mempengaruhi pelanggan untuk keluarkan duit dari poket. Letakkan ayat dorongan tindakan, supaya mereka tahu langkah seterusnya.

7 TIPS TINGKATKAN CONVERSION RATE (CR)Mungkin tiada masalah bagi mereka yang sudah biasa dan mahir dengan fb ads, namun ...
11/07/2014

7 TIPS TINGKATKAN CONVERSION RATE (CR)

Mungkin tiada masalah bagi mereka yang sudah biasa dan mahir dengan fb ads, namun mungkin ada di kalangan kita yang masih buntu dan hampir berputus asa disebabkan sudah banyak iklan yang dibina dan dihasilkan, tapi masih tak dapat tingkatkan Conversion Rate (CR). Di sini ada beberapa ‘Hot Tips’ yang boleh dipraktikkan untuk tingkatkan conversion rate anda.

1- Pilih targeted audience.

Ya..kadangkala kita tersalah target audience. Mungkin juga ‘audience’ yang kita sasarkan itu bukanlah ‘potential customer’ untuk produk atau perniagaan kita. Antara contoh yang boleh kita usahakan untuk tingkatkan CR ialah dengan memilih ‘fans’ kita sendiri sebagai audience untuk kita menghasilkan jualan.

2- Beriklan di hari orang “berduit”

Dalam menjalankan ‘marketing’ sudah tentu kita mesti juga memikirkan keadaan kewangan prospek kita. Elakkan atau kurangkan ‘marketing’ di pertengahan bulan di mana kebiasaannya waktu itu orang ramai agak terbatas dalam perbelanjaan. Bina startegi dan lakukan pemasaran ketika orang bergaji sebagai contoh. Kita mungkin sudah maklum bila kebiasaanya penjawat awam dan swasta memperolehi gaji mereka bukan?

3- Ubah Copywriting

Copy writing merupakan diantara suatu unsur PENTING dalam fb ads. Serlahkan kreativiti untuk memanipulsi ayat copywrintg untuk iklan dan post kita supaya ianya beul-betul mampu ‘engage’ prospek kita untuk menjadi ‘customer’ kita. Sentiasa berusaha untuk menghasilkan ayat yang terbaik sehingga pada suatu tahap anda akan mahir dan ianya menjadi suatu kebiasaan dan sangat mudah untuk anda.

4- Tukar gambar berpengaruh

Tidak dinafikan lagi..! gambar memainkan peranan yang SANGAT PENTING dalam facebook advertisement. Pastikan ianya jelas dan mempunyai kualiti yang baik. Selain itu pastika ianya relevan dengan ‘target aidience’ kita dan gambar tersebut mencapai maksud tujuan iklan itu.

5- Follow Up

Jangn sia-siakan ‘like’ yang anda perolehi. Sentiasa ‘educate’ dan mewujudkan ‘awareness’ kepada prospek anda ataupun ‘fans’ juga ‘follower’ page anda. Mereka adalah ‘potential customer’ yang anda perlu jaga betul-betul. Jangan kita lewat dalam memebri respon untuk ‘comment’ dan juga ‘private message’ atau ‘pm’ kita. Sekiranya ini dilakukan, adalah mudah untuk anda melakukan ‘engagement’ untuk menukar prospek kepada customer.

6- Urgency Factor

Masukkan ayat-ayat yang mampu mempengaruhi prospek untuk bertindak dengan segera dalam copywriting anda seperti contoh ‘jualan nak tutup’, ‘tinggal 100unit lagi!’. Prospek akan lebih cepat bertindak sekiranya anda letakkan urgency factor ini.

7- Tingkatkan Frequency

Sasarkan iklan pada fans sendiri dengan gunakan placement sidebar. Pastikan anda gunakan bid CPC dan bukan OCPM! Iklan ini akan muncul berulang-ulang kali tanpa menganggu prospek, ia mampu meningkatkan awareness atau kesedaran tentang produk anda dan akhirnya bertukar daripada prospek kepada pembeli!

Selamat mencuba ya!

Address

Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Telephone

016 328 4560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when F & A Creative posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category