22/02/2026
Alhamdulillah…
Berkesempatan menyantuni anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Lilbanat Siti Aminah dalam Majlis Berbuka Puasa semalam.
Berbanyak terima kasih juga diucapkan buat penyumbang yg bermurah hati menaja majlis tersebut. Semoga tuan/puan sentiasa dilimpahkan rezeki selalu.
Terima kasih juga diucapkan kepada penaja lokasi majlis iaitu Dewan Balai Kebun di Bunut Susu. Semoga tuan/puan sentiasa diberkati di bulan yg mulia ini.
Kami masih membuka peluang buat sesiapa yang ingin berinfak dalam bulan Ramadan bagi mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pondok.
Semoga amalan kalian dilipat gandakan pahala oleh Allah S.W.T. 🤲