Festival Islam Mersing 2023

Festival Islam Mersing 2023 Festival keislaman dengan pelbagai program dan aktivti

Qasidah "Padang Bulan" bersama Alkaline Chempaka ☺️
16/11/2023

Qasidah "Padang Bulan" bersama Alkaline Chempaka ☺️

The First Language of Mankind on Earth

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan bertuah Festival Islam. Hadiah utama cabutan bertuah merupakan 3 Pakej U...
02/10/2023

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan bertuah Festival Islam. Hadiah utama cabutan bertuah merupakan 3 Pakej Umrah percuma tajaan Tiram Travel Sdn Bhd & Al-Waqar Travel Sdn Bhd

Sekitar Majlis Penutup Festival Islam yang telah malabuhkan tirai pada 30 September yang lalu.
02/10/2023

Sekitar Majlis Penutup Festival Islam yang telah malabuhkan tirai pada 30 September yang lalu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Festival Islam Mersing 2023! Ucapan setinggi-tinggi tahniah bua...
02/10/2023

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Festival Islam Mersing 2023! Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat Pertubuhan Al-Khairiah Mersing & Majlis Daerah Mersing MY Mersing sebagai penganjur utama yang telah merancang dan menganjurkan program dengan sepenuh komitmen dan semangat kerjasama dalam merealisasikan festival ini hingga berjaya. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan teratur.

Sekalung penghargaan turut dititipkan buat semua rakan kerjasama yang telah membantu menjayakan Festival Islam iaitu Majlis Agama Islam Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, PEJABAT KADI MERSING, Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing, SMA Al-Khairiah Al-Islamiyah Mersing, Galeri AURA ISLAM, Impact Edu Services dan Cinta Gaza Malaysia.

Tidak lupa juga kepada penaja utama iaitu Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd, Tiram Travel Sdn Bhd dan Al-Waqar Travel Sdn Bhd yang telah menaja dalam bentuk kewangan, hadiah dan cenderamata.

Kami juga ucapkan syukran jazilan buat semua pihak yang telah menyumbang baik daripada segi kewangan, keperluan program, peralatan, makanan dan lain-lain. Moga Allah membalas dengan pahala dan keberkatan yang besar. Amin.

Terima kasih juga buat semua pengunjung yang telah sudi berkunjung datang ke festival ini. Semoga anda semua mendapat keberkatan dan rahmat.

Buat semua peniaga & vendor, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penglibatan dalam menjayakan Jualan Bazar sepanjang 11 hari festival berlangsung. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang barakah dan merahmati kalian.

Di kesempatan ini, kami memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kekhilafan, salah dan silap, terlepas pandang dalam apa jua tindakan & aturan yang berlaku sepanjang mengendalikan festival ini. Insyallah segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki dalam penganjuran program akan datang.

Jumpa lagi antum semua!

"Semarah Mahabbah Rasulullah"



Terkini dan Sensasi Palestin Impact Tutor

Terima kasih Pot Amir Innuendo atas kehadiran & persembahan dalam Festival Islam Mersing 2023! Insyallah jumpa lagi πŸ‘‹πŸ»
01/10/2023

Terima kasih Pot Amir Innuendo atas kehadiran & persembahan dalam Festival Islam Mersing 2023! Insyallah jumpa lagi πŸ‘‹πŸ»

Check out SuruhanjayaSenyum's post.

Sekitar hari terakhir Pameran Artifak Sayyidina Muhammad S.A.W. Bagi mereka yang berada di sekitar Mersing, masih ada ke...
30/09/2023

Sekitar hari terakhir Pameran Artifak Sayyidina Muhammad S.A.W. Bagi mereka yang berada di sekitar Mersing, masih ada kesempatan untuk anda melihat artifak peninggalan baginda seperti rambut, janggut dan pelbagai artifak yang lain. Pameran akan berakhir pada 11.00 malam dan penyertaan cabutan bertuah yang terakhir adalah pada 9.30 malam.

Festival Islam bakal dihangatkan lagi dengan persembahan khas oleh Yabang Khalifah!Mengakhiri program, majlis cabutan be...
30/09/2023

Festival Islam bakal dihangatkan lagi dengan persembahan khas oleh Yabang Khalifah!
Mengakhiri program, majlis cabutan bertuah & penyampaian hadiah akan menyusul bagi mengumumkan keputusan beberapa pertandingan yang telah diadakan seperti pertandingan motorsikal berhias dan mewarna kanak-kanak.

Melengkapi tema "Semarak Mahabbah Ar-Rasul S.A.W", Maulud Akbar akan bergema bersama para pelajar Maahad Tahfiz Al-Khair...
30/09/2023

Melengkapi tema "Semarak Mahabbah Ar-Rasul S.A.W", Maulud Akbar akan bergema bersama para pelajar Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing & SMA Al-Khairiah Al-Islamiyah Mersing yang dipimpin oleh Ybhg. Al-Fadhil Dr. Hj. Hidris Bin Shahri dan Ybhg. Al-Fadhil Ustaz Zulkeffle Bin Muhammad bermula jam 9.00 malam.

Mari kita berselawat semoga kita mendapat syafaat!

Pengisian program hari terakhir Festival Islam. Pelbagai program menarik menanti pengunjung! Jumpa anda di sana!
30/09/2023

Pengisian program hari terakhir Festival Islam. Pelbagai program menarik menanti pengunjung! Jumpa anda di sana!

Address

Mersing
86800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Festival Islam Mersing 2023 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Festival Islam Mersing 2023:

Share