Sakan Catering & Canopy Services - Langgar

Sakan Catering & Canopy Services - Langgar Sakan Catering & Canopy Services
dimiliki oleh: SAKAN SMZ Enterprise. Bernombor pendaftaran AS0335 Hajjah Che Zaiton Bt. Hj.

SAKAN CATERING & CANOPY SERVICES Dimiliki SAKAN SMZ Enterprise. SAKAN SMZ Enterprise didaftarkan dengan SSM pada 15 Oktober 2010, yang terletak di alamat Lot 606, Alor Rela, 06500 Langgar, Alor Setar Kedah. Nama SAKAN ini diambil dari Nama Kampung Kelahiran bonda tercinta Pn. Yatim iaitu KAMPUNG SAKAN yang terletak di Jalan Datuk Kumbar Kedah. Syarikat ini ditubuhkan dari hasil perbincangan keluar

ga yang dipengerusikan Tuan Haji Mohamad Bin Haji Abd. Rahman bagi mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan semenjak tahun 1993, yang diuruskan oleh Puan Hajjah Che Zaiton Binti Haji Yatim, Hasil persetujan Kesemua ahli keluarga serta modal berbayar sebanyak RM67,500.00, Alhamdulillah syarikat ini berjaya ditubuhkan bagi meneruskan kesinambungan perniagaan keluarga ini, serta membantu penduduk setempat menambah pendapatan keluarga. Sakan Catering & Canopy Services menyediakan perkhidmatan Katering sepenuhnya bagi semua majlis samada dari pihak individu, jabatan kerajaan, atau swasta. Selain itu pihak kami juga ada menjalankan perniagaan gerai makan yang terletak di sebelah Maktab Kerjasama Malaysia Cawangan Utara yang ditempatkan berhadapan Pekan Rabu, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah. Sakan Catering & Canopy Services menyediakan Perkhidmatan seperti Berikut:

- Menerima tempahan katering bagi majlis perkahwinan, bertunang, kesyukuran, keraian, cukur jambul, berkhatan dan sebagainya.... bagi orang perseorangan, dan bagi jabatan kerajaan atau swasta pihak kami menyediakan tempahan bagi majlis keraian, perpisahan, mesyuarat, Kursus dan banyak lagi......

- Menyediakan Pakej Berzanji, Pakej Marhaban, Pakej Berendoi, Pakej Qhasidah, Silat, serta Pakej PA Sistem.

- Pihak kami juga menerima kuih-kuih tradisional, seperti Pulut Sekaya/ Seri Muka, Karipap, Tepung Bungkus, Lepat Liat, Tepung Talam, dan sebagainya.

- Selain Itu pihak kami menyediakan perkhidmatan sewa peralatan Katering, Sewa Kanopi/Khemah, dan sewa lori. Alhamdulillah hasil kerjasama seluruh ahli keluarga, serta Crew yang memberi sepenuh komitmen, Sakan Catering & Canopy Services sekarang mendapat sambutan yang baik dari masyarakat. Skop perniagaan kami adalah bermula dari Perlis Hingga ke Perak Utara. Kami dari pihak Sakan Catering & Canopy Services Mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang telah memberi kepercayaan serta mengamanahkan Sakan Catering & Canopy Services sebagai katerer bagi menjayakan malis, tuan/puan. Dan tidak lupa juga kepada Ayahnda Tuan Haji Mohamad Bin Haji Abd. Rahman, dan Bonda Puan Hajjah Che Zaiton Binti Yatim sebagai penaung dan penasihat yang tidak jemu memberi dorong serta tunjuk ajar bagi merealisasikan impian pelanggan. sekian, Terima Kasih.....
> Makan Biaq Sakan<

Senarai Pakej Yang dicadangkan dari Pihak Kami, di SAKAN Catering & Canopy Services Yang sepatutnya berakhir 2012, tetap...
09/11/2014

Senarai Pakej Yang dicadangkan dari Pihak Kami, di SAKAN Catering & Canopy Services Yang sepatutnya berakhir 2012, tetapi Pihak Kami Masih lagi mengunakan Basic pakej ini sehingga 30 November 2014. Selepas ini Pihak kami akan Mengeluarkan Pakej Baru.

09/11/2014

Tips Memilih Katering

Kami di Sakan Katering sangat berbesar hati ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca sekalian tentang tips untuk memilih katering sebelum sesuatu majlis diadakan.

Berikut adalah tips katering dan panduan untuk mereka yang memillih katerer bagi sesuatu majlis yang akan diadakan:

1. Pastikan makanan mencukupi dengan tambahan secukupnya.

Dapatkan maklumat dan kepastian dari katering yang bakal ditempah untuk mendapatkan jumlah makanan yang mencukupi. Seeloknya, pastikan ada simpanan makanan untuk setiap masakan yang ditempah. Katering yang mementingkan servis dan produk mereka sentiasa menyediakan lebihan makanan iaitu kira-kira sebanyak 100-200 pax (bergantung kepada jumlah tempahan yang dibuat).

2. Merasa atau mencuba makanan terlebih dahulu.

Sebelum membuat keputusan untuk memilih katering, rasa makanan yang disediakan dahulu. Yang paling bagus adalah merasa makanan yang disediakan di majlis katering yang sedang berlangung yang katerer kendalikan. Secara alternatifnya boleh datang ke tempat di mana penyediaan makanan dibuat. Datanglah pada hari dimana majlis yang akan dikendalikan oleh katerer tersebut diadakan.

3. Meninjau tempat operasi katerer.

Sekiranya anda ada kelapangan untuk datang sendiri menguji makanan di tempat katerer, adalah lebih baik untuk mengambil peluang ini untuk meninjau dapur dimana katerer menyediakan makanan. Katering yang memberi peluang untuk melihat dapur mereka adalah lebih telus dan terbuka. Juga anda dapat perhatikan tahap kebersihan dapur, cara memasak untuk kesihatan yang tidak memusnahkan zat-zat pemakanan, pemilihan ayam daging dan sayur-sayuran serta buah-buahan segar semasa penyediaan makanan.

4. Membuat pertanyaan secara lebih lanjut.

Bertanyalah sebanyak mungkin dan lihat reaksi penyedia katering anda. Katering yang bersabar melayan karenah anda dengan segala pertanyaan secara tidak langsung menggambarkan bagaimana servis yang bakal disediakan kepada tetamu dan pelanggan semasa majlis kelak.

Kami di Sakan Katering akan sentiasa memastikan yang terbaik untuk katering anda. Dari pemilihan bahan mentah yang segar, penyediaan makanan sehingga ke servis di majlis kelak. Kerana kami percaya dengan servis terbaik yang kami berikan inilah yang akan mencerminkan imej Sakan Katering di mata pelanggan seterusnya menempa nama yang lebih luas di dalam bidang masakan serta penyediaan makanan kepada umum. Di harap, dengan adanya tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memilih katerer bagi majlis-majlis yang akan dilangsungkan. Selamat berjaya.

@

Majlis cukur jambul Ayman Sidqy  - tahniah & terima kasih Noor Aimi Mohamad & Mohd Syazwan Hafiz Bahrain
05/11/2014

Majlis cukur jambul Ayman Sidqy - tahniah & terima kasih Noor Aimi Mohamad & Mohd Syazwan Hafiz Bahrain

Tahniah & Terima Kasih Pn. Noor Aimi Mohamad serta suami Mohd Syazwan Hafiz Bahrain.

05/11/2014

Alhamdulillah lewat malam tadi baru menerima lagi satu tempahan bagi majlis berkhatan di Taman Merbau, Jalan Datuk Kumbar pada 22/11/2014. Kepada crew Sakan Catering & Canopy Services harap alert dengan schedule yang disediakan. Terima kasih

Ahli keluarga Sakan SMZ Enterprise
05/11/2014

Ahli keluarga Sakan SMZ Enterprise

Address

Lot 606, Alor Rela
Langgar
06500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sakan Catering & Canopy Services - Langgar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category