04/12/2025
BOT LAJU DARI MENUMBOK KE LABUAN TERBAKAR
LABUAN, 4 Disember - Kesemua 36 penumpang termasuk dua kanak-kanak berusia bawah dua tahun berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki terbakar.
Bot berkenaan dilapor terbakar ketika dalam perjalanan dari Menumbok, Sabah ke Labuan yang di jadual berlepas pada pukul 2.45 petang.
Menurut Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, panggilan diterima pukul 3.08 petang tadi melaporkan kejadian itu. Bergegas ke lokasi, kejadian disahkan berlaku.
Kesemua penumpang berjaya keluar dan bot mendarat di pesisir pantai Tanjung Mawilla, Labuan.
Operasi pemadaman dilakukan, bot hangus sepenuhnya. Punca kejadian masih dalam siasatan.
Nama bot : MDS EXPRESS
Laluan : Menumbok ke Labuan
Gambar di ambil oleh : PBPS ( pengusaha bot penumpang sipitang )