
08/05/2025
🌾🌾APPRECIATION POST 🌾🌾
Assalamulaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Kopivosian Kumaa Koinsanan,
Terlebih Dahulu saya ingin Mengucapkan rasa syukur Kerana akhirnya Pertandingan Akhir Zandi Tavanus Zon Papar,Bongawan Dan WP Labuan 2025 telah terlaksana dengan Jayanya.
Ucapan terima kasih saya kepada Pengerusi Induk Zandi Tavanus Negeri Dr.Albert Oliver kerana memberikan kepercayaan kepada Saya Dan Team untuk melaksanakan Pertandingan Akhir Zandi Tavanus PBL 2025.
Kepada Pemenang Zandi tavanus Zon Papar,Bongawan Dan WP Labuan 2024, Pemenang Zandi Tavanus Peringkat Negeri Sabah 2024 Betsy Vine Sidion, kerana sudi Hadir.
Untuk Dua orang sahabat baik saya juga tangan Kanan Dan Kiri saya yang sentiasa berada di sisi sepanjang mengendalikan program ini iaitu Saudara Shahrin Jainudin Dan Saudara Musz M***a. Tanpa bantuan Dan kerja keras mereka berdua tidak mungkin Pertandingan ini dapat dijalankan.
Barisan belakang tabir Sahabat saya Nisa Dan Hasrul, adik2 saya, serta sahabat2 yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam memastikan kelancaran Program ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Labuanfm "Suara Pesisir Anda" di atas jemputan ke konti bagi mempromosikan Pertandingan Akhir Zandi Tavanus PBL 2025..Saudara mhd fias Dan team labuan fm.
Tidak dilupakan Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para Sponsor kami iaitu sumandak_gorgeous Jacquelyn Jaimin Nohutu Eco Tourism Kg. Melangkap Kota Belud ,healthy reflexology papar, kak jue collection, Eden collection, Persona Borneo, Avanus, Dan Alaiv studio.
Para Juri Yang diketuai oleh Saudari Leonie Lawrence Gontuni, Saudara Geo Allen George Dan Saudara Casey Jovial, terima kasih di atas kesudian untuk memenuhi jemputan kami sebagai juri Pertandingan ini. Artis Jemputan kami bin andilah dan tidak dilupakan our pebgacara majlis Koko.
Buat Mantan-Mantan Zandi yang sangat supportive, para penonton di kalangan Keluarga Dan rakan-rakan peserta yang memeriahkan Pertandingan Akhir Zandi Tavanus PBL 2025.
Tanpa kehadiran anda semua tidak mungkin Program ini dapat dijayakan. Selaku Pengerusi Penganjur Zandi Tavanus Zon Papar, Bongawan Dan WP Labuan 2025 Saya Nazrie Eirzan memohon maaf jika sekiranya terdapat kekurangan Dan kecacatan sepanjang Pertandingan ini dijalankan. Sekali lagi saya akhiri ucapan penghargaan ini dengan setinggi-tinggi Terima Kasih Dan semoga kita akan bertemu lagi dalam acara yang lebih gemilang pada masa hadapan.