08/12/2025
MAKLUMAN PENUTUPAN LOT PARKIR SEMENTARA
Dimaklumkan bahawa lot parkir di kawasan Bulatan Merdeka, Labuan akan ditutup sementara bagi pelaksanaan kerja-kerja naik taraf Bulatan Merdeka, termasuk membaikpulih interlocking paving serta kerja-kerja berkaitan.
Sehubungan itu, laluan jalan yang terlibat akan digunakan sebagai laluan alternatif sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dijalankan.
Penutupan ini berkuat kuasa mulai:
1 Disember 2025 sehingga 10 Mei 2026
Pihak pengguna jalan raya, pejalan kaki adalah dimohon untuk mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan yang telah disediakan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi kontraktor pelaksana:
Macroy Enterprise – 017-866 8789 / 016-821 4891
Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai.