31/10/2019
Ramai usahawan yang membina jenama tetapi akhirnya jenama mereka tidak dapat bertahan lama dan tidak kedengaran lagi di pasaran selepas beberapa tahun.
Ia menjadi isu besar ramai 'founder' sesuatu produk, apabila tidak jelas perkara yang perlu mereka fokus supaya jenama mereka ini dapat berkembang dan bertahan lebih lama.
Apakah 7 perkara penting untuk bawa jenama kita lebih dikenali dan dipercayai ramai dan mampu bertahan lama?
1. Kenalpasti tujuan membangunkan jenama
-------------------------------------------
a. Apabila kita hadir dalam pasaran, setiap brand pasti ada janji atau PROMISE kepada pelanggan.
Tapi, janji semata-mata tidak cukup. Kita harus lebih jelas, apakah ‘brand purpose’ kita, dan kenapa kita buat janji tersebut kepada pelanggan.
Sebagai contoh, kita nak bantu pelanggan dapat badan lebih sihat, kenapa kita nak bantu mereka? Bagaimana kita nak bantu mereka?
b. Apakah cara untuk kita define ‘purpose’ kita? Purpose ada 2 bentuk iaitu :
i. Functional - kita membangunkan jenama sebab nak buat duit.
ii. Intentional - kita wujudkan brand untuk beri kebaikan kepada orang lain.
Perkara yang akan membuatkan kita lebih bertahan lama apabila kita fokus kepada ‘purpose’ berbentuk 'intentional'.
Apabila customer nampak brand kita nak buat keuntungan semata-mata, maka kita s**ar bertahan lebih lama.
Sebagai contoh, brand IKEA wujud sebab nak cipta kehidupan harian yang lebih baik kepada manusia. Dengan cara menyediakan perabot yang berkualiti, mudah untuk pasang, dan memudahkan kehidupan pelanggan.
Di sini, pelanggan sendiri akan admire brand yang bukan diwujudkan atas tujuan keuntungan semata-mata.
Ya, memang betul bisnes perlukan keuntungan. Tapi kita perlu konsisten membina persepsi di mata pelanggan bahawa brand kita membawa kebaikan kepada kehidupan mereka.
Perlu ingat, ‘purpose’ lebih jelas akan membawa kepada keuntungan dan 'growth' berpanjangan. Gali lebih dalam apa ‘purpose’ kita dan tonjolkan ‘purpose’ dan ulang banyak kali dalam mesej pemasaran kita, supaya pelanggan boleh faham apa sebenarnya perjuangan brand kita.
Sentiasa letakkan customer happiness di tempat yang pertama dan jadikan ia satu priority dalam bisnes.
2. Konsisten dalam membawa mesej jenama kita.
-------------------------
a. Maksudnya, kita perlu konsisten untuk elak bercakap perkara yang tidak berkaitan dengan apa jenama kita hendak bawa.
b. Sebelum kita nak post sesuatu, kita perlu fikir sama ada ia mencemarkan jenama kita atau tidak.
c. Sebagai contoh, Coca Cola menjual fun & happiness. Daripada dulu lagi Coca Cola konsisten menggambarkan happiness dalam setiap iklan dan video mereka supaya melekat di dalam minda pelanggan.
d. Kita perlu tonjolkan ‘purpose’ untuk kita bawakan di setiap sudut, di dalam website, video iklan, cara layanan sales team kita supaya pelanggan tahu apa ‘purpose’ jenama kita dan itu adalah konsistensi yang kita perlu jaga
e. Kita perlu ada ‘brand guidance’ sebagai rujukan untuk staff kita. Dari segi warna jenama, tone suara, cara layanan supaya membawa mesej yang jelas.
Apabila dibuat secara konsisten, jenama kita mampu bertapak teguh dalam pasaran dan ia mendorong kepada ‘customer loyalty’.
3. Bina hubungan emosi
------------------------
a. Percaya atau tidak, kebanyakan customer selalunya tidak rational. Mungkin kita pelik, ada sesuatu jenama itu mahal tetapi customer sanggup membeli. Sebagai contoh, kasut berharga RM500 lebih, tapi ada pelanggan yang sanggup beli. Kenapa?
Sebagai contoh, LV sendiri berusia beratus tahun, harga tinggi pun pelanggan sanggup beli. Ia hasil daripada usaha bertahun-tahun mereka membina 'relationship marketing'.
b. Bagaimana customer boleh beli jenama kita berkali-kali, setia dengan jenama kita, kerana kita berjaya bina hubungan baik dengan mereka.
c. Apabila kita berusaha untuk buat 'after sales service', aktiviti membina hubungan dengan pelanggan, akan menyebabkan mereka ini setia bersama kita bertahun-tahun.
d. Kita perlu cipta rasa selesa, rasa 'peace of mind' supaya mereka ada 'bonding' dengan jenama kita.
e. Mula bina hubungan dengan pelanggan kerana mereka inilah yang mendokong dan menaikkan jenama kita.
4. 'Flexible' dalam cara menyampaikan mesej.
-------------------------
a. Sesuatu kempen ‘branding’ haruslah konsisten dan juga sentiasa ‘flexible’, iaitu sentiasa tampil segar di mata pelanggan.
b. Cara kita tonjolkan mesej perlu sentiasa ‘flexible’, mengikut peredaran zaman dan sentiasa tampil unik.
c. Sentiasa buat ‘adjustment’ & ‘improvement’, tampil dengan cara baru supaya kita sentiasa kekal relevan di mata pelanggan.
d. Apabila customer nampak ‘effort’ kita, mereka akan lebih menghargai dan brand kita akan bertapak teguh dalam minda mereka.
5. Penglibatan pekerja dalam membangunkan jenama
----------------------------------------------
a. Kita mesti latih pekerja kita supaya mereka faham apa ‘value’ dan ‘purpose’ yang kita nak bawa, tahap kualiti yang kita nak berikan pada pelanggan supaya pekerja dapat sampaikan kualiti yang sama.
b. Sediakan SOP yang sebetulnya kepada pekerja supaya kualiti yang dibawakan masih sama walaupun kita sudah mempunyai berpuluh-puluh cawangan.
c. Pastikan kita ada training yang cukup supaya staff kita boleh buat lebih baik daripada kita.
6. Fokus membina raving fans
------------------------------
a. Apabila kita tonjolkan 'positive relationship’ bersama pelanggan, dan kita bina hubungan pelanggan bersama team, ia akan membina persepsi baik kepada ‘potential customers’ untuk turut berada dalam kelompok yang sama.
b. Kesetiaan pelanggan menjadi keutamaan dalam bisnes. Fokus betul-betul dalam menjaga ‘raving fans’ kita. Mereka inilah yang akan menyebarkan cerita-cerita positif tentang jenama kita kepada rakan terdekat.
c. Sebagai contoh, kita boleh buat video berterima kasih kepada pelanggan, wish birthday, berikan hadiah kepada pelanggan pada hari istimewa mereka, dan kita boleh buat event bersama pelanggan.
Lakukan apa sahaja aktiviti yang mengutamakan pelanggan, buat mereka lebih sayang kepada jenama kita. Meninggalkan kesan emosi di hati mereka.
7. Kesedaran untuk berdaya saing
---------------------------------
a. Brand yang sustain lebih lama sememangnya berdaya saing. Mereka sustain bukan sebab mereka tiada pesaing, tetapi mereka jadikan pesaing ini sebagai ‘push factor’ untuk mereka lebih berdaya saing dan berusaha jadi pilihan lebih baik.
b. Jadi, bagaimana caranya untuk kita jadi lebih baik? Melalui customer satisfaction survey - sentiasa buat survey untuk tahu tahap kepuasan pelanggan. Daripada situ akan ada idea penambahbaikan.
c. Sebagai contoh, brand Gucci. 7 hari selepas customer beli, mereka akan hantar survey kepada pelanggan.
Mereka tanya pelanggan secara terperinci berkaitan dengan pengalaman mereka sebelum, semasa dan selepas menggunakan produk. Mereka tanya soalan-soalan tertentu untuk tahu apa yang kita s**a dan tidak.
Itulah perkara asas yang kita lupa nak buat secara konsisten. Kita hanya fokus kepada skill advertising dan make money sahaja. Sedangkan ‘brand’ yang bertahan lebih lama, sangat menjaga tahap kepuasan pelanggan.