11/10/2025
MAJLIS PERASMIAN VISIT KULIM x HARI SUKAN NEGARA 2025
📍 Tempat: Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park
🗓️ Tarikh: Sabtu, 11 Oktober 2025
🕣 Masa: 9.30 pagi
Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Perasmian VisitKulim.my bersempena Kulim Festival x Hari Sukan Negara 2025, yang disempurnakan oleh YBhg. En. Muhaiyuddin, wakil kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.
Turut hadir memeriahkan majlis:
• Yang Berusaha, Tuan Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Kulim
• Yang Berusaha, Encik Mohd Azlan Bin Mat Desa, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kulim
• Yang Berusaha, Puan Maizan Binti Mohd Hassan, Pengurus Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park
• Yang Berusaha, Puan Aubbry Cynddy Grace K. Diaz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim
• Yang Berusaha, Madam Betz Julia, Operation Manager Draxlmaier Malaysia Kulim
Dalam ucapan En. Habib Ahmad Muhaiyuddin, penaung VisitKulim.my, beliau menegaskan bahawa VisitKulim.my bukan sekadar laman web, tetapi satu gerakan rakyat untuk mengangkat nama Kulim ke peringkat nasional dan antarabangsa. Platform ini diwujudkan oleh anak jati Kulim, demi mempromosikan potensi besar daerah ini dalam pelancongan, industri dan komuniti.
VisitKulim memberi tumpuan kepada tiga komponen utama:
1️⃣ Lawatan Industri – Kulim menjadi destinasi utama bagi pelajar IPTA/IPTS melawat kilang berteknologi tinggi di Kulim Hi-Tech Park.
2️⃣ Pelancongan – Mempromosikan tarikan seperti Tree Top Walk Sungai Sedim, laluan kanopi hutan hujan terpanjang di dunia, serta budaya dan warisan tempatan.
3️⃣ Acara & Komuniti – Melalui Kulim Festival dan Expo Makanan RM5, lebih 35 vendor tempatan mengambil bahagian bagi menjadikan festival ini mesra komuniti dan mampu dinikmati semua lapisan masyarakat.
“Kita nak orang kenal Kulim bukan sekadar nama, tapi sebagai tempat yang hidup, berbudaya dan penuh peluang – dari warisan ke teknologi tinggi,” ujar En. Habib dalam ucapannya.
Dengan sokongan daripada Majlis Belia Daerah Kulim, Pejabat Belia dan Sukan, serta pelbagai rakan strategik industri, VisitKulim optimis untuk menjadi pemacu utama dalam pembangunan ekonomi, pelancongan, dan sosio-budaya daerah Kulim.
✨ VisitKulim.my – Hidupkan Warisan, Rasai Keindahan