01/03/2024
Bekas paderi terkenal Australia yang bernama Gould David memilih untuk memeluk Islam selepas hampir 45 tahun menganuti ortodoks.
Dalam catatan ringkasnya di laman sosial Facebook miliknya, Abdur Rahman mencoretkan: "Seumur hidup mencari kedamaian Tuhan dan al-Quran telah menunjukkan kepada saya bahawa keamanan dan kebenaran terletak dalam Islam."
Gould David, juga dikenali sebagai Abdur Rahman selepas memeluk Islam. Beliau merupakan seorang tokoh yang sangat dihormati dalam komuniti Kristian Australia dan selama 45 tahun menganuti ortodoks dan 2 tahun lebih menjadi paderi, kata beliau dalam temu bual bersama TheDeentvShow.
Perjalanan beliau ke dalam Islam bermula apabila beliau pergi ke Perth untuk menghadiri upacara pengebumian saudara iparnya dan telah menginap di sebuah hotel berdekatan dengan masjid.
Setiap hari, Gould David berjalan melepasi masjid tersebut dan merasakan panggilan untuk melawatnya. Walaupun beliau merasa gugup kerana sebelum ini beliau adalah seorang paderi ortodoks, beliau akhirnya memilih untuk masuk dan duduk di taman halaman yang indah di dalam masjid tersebut. Beliau merenung dan merenungkan masjid ini sebagai rumah Allah.
Pada kunjungan lain, beliau berjumpa dengan Imam masjid tersebut dan Imam memberikan beliau sebuah Al-Quran. Walaupun beliau sebelum ini mempunyai Al-Quran di rak bukunya selama bertahun-tahun, beliau jarang menyentuhnya. Namun kali ini, beliau kembali ke hotelnya, sujud, dan memohon kepada Allah untuk menunjukkan kebenaran yang sebenar, sama ada Islam benar atau salah, sama ada Kristianiti benar atau salah, sama ada Kristianiti Ortodoks benar atau salah.
Beliau berdoa untuk beberapa waktu dengan berlutut dan bersujud. Sebagai seorang paderi ortodoks, beliau sudah biasa bersujud, yang mirip dengan sujud dalam Islam terutama dalam musim yang dinamakan penitensial. Setelah itu, beliau membaca Al-Quran dan menyedari secara intuitif, intelektual, emosi, dan rohani bahawa ini (Quran) adalah firman Allah yang sebenar.
Selepas beberapa hari pulang ke tanah air, dan merasakan tidak boleh meneruskan sebagai paderi. Akhirnya, beliau mengambil syahada bersama imam masjid Perth tersebut selepas pulang ke tanah airnya melalui dalam talian.
Sumber: Temu Bual TheDeenshowTV