Chinta Arjuna Bridal

Chinta Arjuna Bridal 1. Bridal& Wedding Planner
2. Make-Up Artist (Wedding/Engagement/Diner)
3. Bridal&Engage. Dais & Deco
4. Majlis Berendoi Cukur Jambul & Aqiqah

03/08/2025

Nafkah. Perkara yang perlu diambil tahu oleh kedua-dua pihak (suami dan isteri).

kredit Ustaz Wadi Annuar

01/07/2025

"Mandul di Sisi Allah: Sebuah Renungan untuk Semua"

Dalam hidup ini, kita sering memandang “mandul” hanya dari sudut ketiadaan anak. Namun, Rasulullah SAW memberi definisi yang jauh lebih mendalam. Baginda bersabda:

"Apakah kamu tahu siapa orang yang mandul?" Para sahabat menjawab, "Orang yang tidak mempunyai anak." Lalu baginda bersabda:
"Orang yang mandul adalah orang yang memiliki anak, tetapi anak-anaknya tidak memberikan manfaat kepadanya setelah ia meninggal dunia."
(Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad)

MasyaAllah, hadis ini memberi peringatan penting kepada kita. Mandul yang sebenar bukan sekadar tiada anak, tetapi memiliki anak yang tidak menjadi kebanggaan akhirat. Anak-anak yang tidak mendoakan ibu bapa mereka setelah meninggal dunia, tidak menjaga amanah agama, atau tidak memberi manfaat kepada orang lain – inilah yang disebut “mandul” di sisi Allah.

[Buat Mereka yang Diberi Nikmat Anak]

Bagi yang memiliki anak, hadis ini membawa tanggungjawab besar. Anak-anak bukan sekadar anugerah, tetapi amanah. Mereka adalah cerminan usaha kita di dunia, dan aset berharga yang akan membantu kita di akhirat kelak. Jika anak-anak dididik menjadi soleh dan solehah, doa mereka akan menjadi penyelamat bagi ibu bapa di alam barzakh. Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh."
(HR Muslim)

Oleh itu, jadikanlah pendidikan agama keutamaan dalam hidup mereka. Ajar mereka untuk mencintai Allah, menjaga solat, membaca Al-Quran, dan mengamalkan akhlak mulia. Anak-anak bukan hanya warisan dunia, tetapi pelaburan abadi yang akan menentukan nasib kita di akhirat. Jangan sekadar bangga dengan kecemerlangan akademik atau kejayaan duniawi mereka, tetapi utamakan kejayaan iman dan akhlak mereka.

[Buat Mereka yang Belum Dikurniakan Zuriat]

Bagi yang belum memiliki anak, jangan pernah merasa Allah mengabaikan doa-doa kalian. Setiap ujian yang Allah beri ada hikmahnya. Allah tidak menilai kita semata-mata dari zuriat, tetapi dari keikhlasan hati dan amal soleh kita. Ramai insan hebat dalam sejarah Islam yang diuji tanpa zuriat, tetapi mereka tetap mulia di sisi Allah. Lihatlah Nabi Zakaria AS, yang terus berdoa memohon zuriat hingga di usia tua, tetapi tetap bersabar dan bertawakal.

Bagi kalian yang belum dikurniakan anak, jadikan doa dan sedekah sebagai amalan yang tak pernah putus. Anggaplah setiap ujian ini sebagai cara Allah mendekatkan kalian kepada-Nya. Jangan merasa hidup ini kurang, kerana anak bukan satu-satunya jalan menuju syurga. Kalian boleh mewariskan kebaikan melalui ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan kebaikan kepada masyarakat. Ingatlah, ukuran kejayaan di sisi Allah adalah sejauh mana kita taat dan reda dengan takdir-Nya.

[Nasihat Bersama]

Kita semua, sama ada memiliki anak atau tidak, harus sentiasa ingat bahawa dunia ini hanyalah persinggahan. Fokuslah pada apa yang akan membawa kita bahagia di akhirat. Harta, pangkat, atau anak yang ramai tidak bermakna jika tidak digunakan untuk mencari reda Allah. Sebaliknya, usaha untuk menjadi insan yang taat, sabar, dan beriman itulah yang akan menjadi penentu di sana.

Bagi yang memiliki anak, didiklah mereka menjadi anak soleh yang mampu mendoakan kalian. Bagi yang belum dikurniakan zuriat, jangan pernah merasa kurang. Jadikan kehidupan ini penuh makna dengan amal kebaikan yang dapat menjadi “anak-anak pahala” untuk akhirat kelak.

Semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hamba yang tidak “mandul” di sisi-Nya, yang sentiasa mewariskan kebaikan, sama ada melalui zuriat atau amal soleh kita. MasyaAllah, semoga kita semua bertemu kembali di syurga-Nya kelak. Aamiin.

___

___

24/06/2025

HARGA SEORANG ISTRI

Jika ingin tahu harga seorang istri,
Jangan lihat ketika dia tertawa.
Tapi lihatlah saat dia diam.
kerana marah, kecewa, sedih… atau yang paling dalam, cemburu.

Perhatikan ketika seluruh rumah tiba-tiba terasa sunyi dan tegang.
Malam terasa panjang.
Makanan yang lazat pun jadi hambar.
Seluruh ruang seperti hampa.

Itulah saat jiwa seorang suami mulai lumpuh.
Semangatnya merapuh, jiwanya terbang bersama butir-butir debu yang tak tentu arah.

Wahai suami, jangan bersilat lidah…
Kau tahu kau perlukan dia.
Dia bukan hanya pasanganmu
Dialah kekuatanmu.

Bukankah setiap hari kau pulang membawa lelah,
lalu esoknya bangun kembali dengan semangat baru?

Siapa yang menyambutmu dengan tenang?
Siapa yang membesarkan anak-anakmu?
Siapa yang memayungi rumahmu dengan cinta yang tak bertepi?

Bukankah…
Sifat buruknya sedikit demi sedikit menjadikanmu lebih sabar dan matang?
Bukankah dialah yang tetap di sisimu, dalam duka, gundah, dan gawatnya hidup?

Ketika dunia memusuhi
Dialah yang mempertahankanmu,
meskipun hatinya sendiri harus menanggung luka yang tak kau lihat.

Ingatlah kisah Umar al-Khattab RA.
Seorang khalifah, lelaki terkuat,
disanjung manusia dan ditakuti jin.
Namun ketika dimarahi isterinya dia diam.

Sahabat bertanya:
“Kenapa engkau diam, wahai Umar?”
Beliau menjawab:
“Kerana dialah yang mengandung, melahirkan, dan membesarkan anak-anakku.”
Sederhana… tapi dalamnya menusuk.

Mungkin kau sering berkata dalam hati:

“Ah, dasar wanita. Pelupa. Saat marah, semua jadi abu…”

Padahal yang sebenarnya pelupa itu adalah engkau.
Lupa betapa mulianya tempat istrimu di sisi Allah.
Lupa betapa tingginya harga surga…
di dalam rasa, jiwa, dan pengorbanan seorang wanita.

Ketika rasa itu pudar,
hilang jugalah cahaya dari rumahmu.
Sirna tawa dan damai di dunia kecilmu.
Saat itu, barulah kau benar-benar tahu…
Betapa berharganya dia.
Betapa mahalnya… seorang istri.

08/06/2025
04/06/2025

Mulut orang, kita tak boleh tutup.
Cakap-cakap mereka, kita tak mampu kawal.

Tapi ada satu benda yang kita masih ada kuasa penuh,
Cara kita bertindak balas.

Kita boleh pilih untuk tenang.
Kita boleh pilih untuk tak ambil hati.
Kita boleh pilih untuk teruskan hidup, tanpa menjadikan kata-kata itu beban.

Sebab akhirnya, bukan kata orang yang menentukan arah kita…
Tapi hati yang tahu mana nak dituju.

04/06/2025
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 💜
30/03/2025

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 💜

10/02/2025

Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrrrrrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.

Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, 'itulah waktu yang terbaik untuk kita.' Yakinlah.

Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.

Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.

Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah 'mengurniakan' anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.

Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.

𝑱𝑶𝑴 𝑺𝑬𝑹𝑻𝑨𝑰 𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑲𝑯𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑫𝑨𝑵𝑨 𝑫𝑰 𝑴𝑨𝑺𝑱𝑰𝑫 𝑨𝑳-𝑯𝑼𝑺𝑵𝑨 𝑩𝑨𝑵𝑫𝑨𝑹 𝑻𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑹𝑨!!Maklumat lanjut :www.wasap.my/601160576589/khatanP...
23/01/2025

𝑱𝑶𝑴 𝑺𝑬𝑹𝑻𝑨𝑰 𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑲𝑯𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑫𝑨𝑵𝑨 𝑫𝑰 𝑴𝑨𝑺𝑱𝑰𝑫 𝑨𝑳-𝑯𝑼𝑺𝑵𝑨 𝑩𝑨𝑵𝑫𝑨𝑹 𝑻𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑹𝑨!!

Maklumat lanjut :
www.wasap.my/601160576589/khatanPerdana2025

𝓢𝓮𝓴𝓲𝓪𝓷. 𝓣𝓮𝓻𝓲𝓶𝓪 𝓚𝓪𝓼𝓲𝓱. 🥰

01/01/2025

Kita menjadi suami isteri telah begitu lama.

Dari pagi hingga ke malam, dari hari ke minggu.

Dan dalam perjalanan hidup menjadi suami isteri ini, pernah kah kita bertanya dengan diri, selama ini Tuhan terima tak apa yang kita buat sepanjang menjadi suami isteri ni?

Kita bekerja siang dan malam mencari rezeki, Tuhan terima ke tak?
Kita masak, basuh baju, kemas rumah selama ini, Tuhan pandang ke?

Kita bersabar dan redha dengan setiap ujian ni, Tuhan nilai?
Ya. Ada 2 tanda amalan suami isteri itu Tuhan terima.

1. Selalu merasakan banyak yang belum dibuat.
Suami isteri yang Tuhan pandang mereka didalam rumahtangga, selalu saja rasa mereka masih kurang memberi.

Suami rasa dia belum ajak anak isteri mencintai Allah. Dia rasa tanggungjawab pada anak isteri masih banyak tak terlaksana.

Begitu juga isteri. Merasakan khidmat dan taat pada suami banyak belum tertunai. Merasakan dia belum jadi isteri yang baik. Akhirnya, mereka berdua setiap hari membaiki diri dan membaiki sembahyang. Dan Tuhan merahmati dan mencukupkan setiap kekurangan suami isteri ini.

2. Berterusan membuat kebaikan
Kebaikan yang dibuat oleh suami isteri, bukan kerana pasangan mereka. Berdua membuatkan kebaikan kerana mahu redha Tuhan.
Mahu mencari pahala. Mahu membuatkan rumahtangga itu benar menjadi syurga buat mereka sekeluarga.

Sekalipun berdepan dengan perangai dan sikap diri pasangan masing-masing namun berdua tetaplah menjadi dan membuat baik juga, walau susah dan walau payah.

Waktu kalah dengan nafsu dan marah-marah, mereka mampu tenang dan bertaubat semula. Tuhan kekal menjadi tujuan dan kekuatan menghadapi ujian dan nikmat yang silih berganti.
Begitulah kalian.

Rumahtangga bahagia yang Tuhan mahu bukan sekadar kita berdua menghabiskan masa berbulan madu.

Bukan juga sekadar selfie dan keluar makan berdua selalu.
Pada pandangan Tuhan, suami isteri yang bahagia itu mereka walau berhiburan, namun hati kekal bersama Tuhan.
Setia disisi walau diuji.

Kekal percaya walau jiwa dan raga diberi sakit sesakitnya.
Rumahtangga bahagia kerana taqwa.
Rumahtangga derita kerana dosa.

Address

No 19, Jalan Indah 9, Taman Sayong Indah, Bandar Tenggara
Kulai
81440

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chinta Arjuna Bridal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Chinta Arjuna Bridal:

Share

Category