23/09/2025
This Sunday at Pcc
KUCHING - Majlis Penutupan Borneo Games Kuching (BGK) 2025 akan berlangsung pada 28 September 2025 bertempat di Penview Convention Centre (PCC) Demak di sini.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual hadir dan seterusnya merasmikan majlis penutupan tersebut.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak, Datu Hamdan Sarbini, yang mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Majlis Penutupan BGK 2025 di Kuching pada Isnin, 22 Sept.
BGK 2025 akan berlangsung dari 24 hingga 28 September 2025 di Kompleks Sukan Petra Jaya, dengan penyertaan lima kontinjen iaitu Sabah, Brunei Darussalam, Sarawak, Provinsi Kalimantan Timur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebanyak lapan acara sukan dipertandingkan termasuk olahraga, renang akuatik, memanah, badminton, lawn bowls, tarik tali, menyumpit dan golf VIP.
Semantara itu, majlis perasmian BGK 2025 akan disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada 24 September 2025, jam 4.00 petang di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.
Orang ramai dipelawa hadir menyaksikan majlis pelancaran serta pertandingan sepanjang minggu ini, dengan kemasukan ke semua venue adalah percuma.
Sumber: FB Borneo Games 2025