20/12/2025
ππππππ: "Berapa kos untuk shot video event mcm ni?"
πππππππππ: RM6,800
ππππππ: "Nooohhhhhhβ¦awat mahai sangat ni?event x smpi sehari pun!!"
πππππππππ: "Emmm, agak agak budget tuan berapa?"
ππππππ: "Tidak lebih daripada RM800 - MAX!! shot video ja pun, lps tu edit sikit sikit siap video!"
πππππππππ: "Saya tak boleh utamakan masa saya untuk ikut budget bayaran tuan."
ππππππ: "Memang betui la org dok kata, bidang awak ni s**a amik kesempatan, tamak."
πππππππππ: "Maaf tuan apakata tuan shot sendiri ja event tu?"
ππππππ: "Tapi... tapi... saya tak tau guna kamera, nak shot macam mana pun sy xtau."
πππππππππ: Ok mcm ni, tuan bagi sy rm500, sy ajar tuan mcm mana nak guna kamera, cara shot video dan siap ajar editing skali kat tuan. Bila tuan dah mahir, dan tuan shot sendiri, tuan boleh jimat duit tuan tu banyak yaqmatβ. Tuan jugak akan dapat ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk buat video sendiri, mungkin untuk event yang lain pulak, tuan akan lagi jimat kan?β
ππππππ: "Ha ok boleh boleh!! Jom ajaq saya."
πππππππππ: Ha ok baiklahβ¦Pertama skali, tuan perlukan peralatan untuk shot video. Tuan perlu beli kamera, tripod, lighting, mikrofon, bateri, jib arm, track, gripper, monitor, harddisk, laptop high performance dan ada beberapa barang yang berkaitan lagi. Sy anggarkan harga paling rendah RM30k untuk peralatan tu"
ππππππ: "Tapi saya takdak peralatan ini semua dan saya tak boleh beli semua ini hanya sebab nak shot 1 event ja."
πππππππππ: "Ohhhh, takdak hal tuan. Tuan bagi saya RM3000 lagi, saya benarkan tuan sewa set alatan saya... "
ππππππ: "Emmm, dah RM3500 duit sy keluar. Tapi tak pa la, ilmu sy dpt, brg shoting pun sy boleh guna kan? Ok deal, sy terimaβ¦
πππππππππ: "Ha ok deal! Hari sabtu ni sy jumpa tuan untuk ajar shoting video."
ππππππ: "Ehhh sat. Saya tak boleh hari Sabtu ni. Saya ada masa harini ja."
πππππππππ: "Maaf tuan, saya hanya ajaq ilmu shooting ni hari sabtu ja, sebab saya perlu utamakan masa saya dan alatan shoting saya kat event lain dengan client lain sepanjang minggu.
ππππππ: "Emmm ok ok!! Saya akan korbankan rancangan keluarga pada hari Sabtu."
πππππππππ: "Ya... saya jugak. Ops!!! Sebelum saya terlupa... untuk pelajaran shooting sabtu ni untuk tuan sorg saja, tuan perlu bayar sewa bilik kelas tu ya. Klu tak hotel pun, kat rumah kedai pun tak pa la, janji tuan selesa untuk kelas belajar. Dan hari sabtu ni kelas kita akan mula jam 5 pagi sebelum subuh sebab event tuan nnti awal pagi kan? Kita belajar dari A smpi Z. Dan tuan sediakan jugak sebuah PC untuk editing yg high spec ya, PC biasa pejabat tak boleh untuk buat editing video"
ππππππ: "LIMA PAGI??? Hari Sabtu??? Uishhh awainya???. PC high spec?mahal tu PC editing videoβ¦
πππππππππ: "Saya rasa tuan kena beli PC editing sebab klu xdak PC, mcm mana nak buat editing video?
ππππππ: "Ummm... ya saya tau... Mcm ni la, saya dah berfikir. Mungkin lebih baik jika ANDA ja selesaikan kerja shot event ni. Lebih baik saya bayar ja upah seseorang untuk shot event dengan betul daripada saya nak bersusah payah. Pening pala nak pikiaqβ¦
πππππππππ: "Ha tepookkk, tuan amat bijak, tuan sain quotation ni dan saya akan hadir untuk shot event tuan dengan penuh profesional."
REALITINYA INI...
Apabila anda membayar untuk pekerjaan, terutamanya khudrat seseorg, anda bukan sahaja membayar untuk video yang dah siap diedit, tetapi anda juga membayar untuk:
- Pengetahuan
- Pengalaman
- Alat
- Perkhidmatan
- Masa
- Ketepatan masa
- Akauntabiliti
- Profesionalisme
- Ketepatan
- Buruh
- Pengorbanan
- Keselamatan
- Pembayaran obligasi cukai
Tiada siapa yang patut memburukkan kerja profesional dengan menilai harga - TERUTAMA apabila mereka tidak mengetahui semua elemen atau kos yang diperlukan untuk penghasilan karya tersebut.
Anda tidak boleh tawar-menawar perkhidmatan yang anda sebenarnya tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan untuk melakukannya sendiri. Anda tidak boleh mendapatkan parti makan malam gourmet berkualiti tinggi dengan harga yang sama dengan Happy Meal daripada McDonald's. Dan anda tidak boleh marah apabila orang yang mahir sebenarnya TAHU nilai mereka sendiri.
Jadi bijak. Percayai profesional yang bereputasi. Dan jangan lupa... bahawa anda SENTIASA mendapat apa yang anda bayar.
Tq sebab baca sampai hujung ni...πππ€π€
Kredit - Ku Ahmad Hafiz