20/10/2026
⚠️ MAKLUMAN PENTING DARIPADA WAVEMIX PRODUCTION (WMP) ⚠️
Dimaklumkan bahawa nombor telefon Jimmy Pelikat /Wavemix Production Sdn Bhd (WMP) telah digodam/hack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, kami ingin menasihati semua rakan-rakan, keluarga, pelanggan mahupun orang awam, agar JANGAN klik, buka atau akses sebarang pautan (link) atau file yang dihantar melalui nombor tersebut. Mohon juga jangan berkongsi sebarang maklumat peribadi atau membuat sebarang transaksi sekiranya menerima mesej yang mencurigakan.
Untuk makluman, pihak kami sedang mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak telekomunikasi, laporan polis dan pihak yang berkenaan berhubung kejadian ini. Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kerjasama semua pihak untuk menyebarkan makluman ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan atau kerugian.
Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda.
— Wavemix Production Sdn. Bhd.