05/08/2026
Teja Station bersama Komuniti MADANI Tanjung Api hari ini telah menjayakan Bengkel Pembuatan Sabun daripada Minyak Masak Terpakai.
Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Ramai peserta teruja apabila mengetahui bahawa minyak masak terpakai yang sering dianggap sebagai sisa sebenarnya masih boleh dimanfaatkan menjadi produk yang berguna seperti sabun.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada komuniti tentang teknik penghasilan sabun, malah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengitar semula minyak masak terpakai demi menjaga alam sekitar dan mengurangkan pencemaran.
Semoga ilmu yang dikongsikan hari ini dapat dimanfaatkan serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari dan menjadikan sisa sebagai sumber nilai.