Permai Hotel Kuala Terengganu

Permai Hotel Kuala Terengganu One stop centre for MICE, Hotel, and Restaurant.

14/09/2025
12/09/2025

POV: Bos minta senyum dengan customer



11/09/2025

Karnival Pantai Terengganu 2025

Jom meriahkan Karnival Pantai Terengganu 2025 pada 11 – 14 September 2025!

Singgah ke booth Permai Hotel untuk rebut tawaran istimewa & promosi eksklusif hanya sempena karnival ini.

Lokasi: Karnival Pantai Terengganu 2025
Tarikh: 11 – 14 September 2025

Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana!

10/09/2025

Part 2
‘Sweet Couple’ 💕 Fauzi Nawawi & Lisdawati pun jatuh cinta dengan suasana dan makanan di Permai Hotel.

Jom tengok sendiri bagaimana pengalaman mereka menginap di sini dalam siri video ‘Suite Life’.

👉 Jangan lupa follow untuk Part seterusnya 😍



Karnival Pantai Terengganu 2025📅 11 – 14 September 2025📍 Pantai Teluk KetapangBanyak aktiviti menarik menanti anda – dem...
09/09/2025

Karnival Pantai Terengganu 2025
📅 11 – 14 September 2025
📍 Pantai Teluk Ketapang

Banyak aktiviti menarik menanti anda – demonstrasi, jualan makanan, persembahan, cabutan bertuah dan macam-macam lagi!

Jangan lupa singgah ke booth Permai Hotel & Primula Beach Hotel untuk promosi eksklusif + hadiah menarik! 🎁

Jom datang ramai-ramai bawa keluarga & kawan-kawan.

Kejohanan Badminton Hotel-Hotel Terengganu 2025 Kejohanan Badminton Hotel-Hotel Terengganu 2025 anjuran Kelab Sukan & Re...
08/09/2025

Kejohanan Badminton Hotel-Hotel Terengganu 2025

Kejohanan Badminton Hotel-Hotel Terengganu 2025 anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Permai Hotel telah berlangsung dengan jayanya pada 7 September 2025 bertempat di Dewan Badminton Sri Nilam.

Keputusan rasmi kejohanan adalah seperti berikut:
🥇 Juara – Paya Bunga Hotel
🥈 Naib Juara – Taman Tamadun Islam
🥉 Tempat Ke-3 Bersama – Permai Hotel & The Langit Duyung Marina Resort

Pihak Permai Hotel merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang serta setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan bertanding iaitu Primula Beach Hotel, The Taaras Beach & Spa Resort, Raia Hotel & Convention Centre Terengganu, Taman Tamadun Islam, The Langit Duyung Marina Resort, Paya Bunga Hotel dan Permai Hotel sendiri atas penglibatan serta semangat kesukanan yang ditonjolkan.

Semoga penganjuran ini dapat terus memperkukuhkan jalinan silaturahim, kerjasama serta hubungan baik antara hotel-hotel di Terengganu.




Program Tazkirah Mingguan Kakitangan Permai HotelProgram Tazkirah Mingguan Kakitangan Permai Hotel yang diadakan di Kena...
08/09/2025

Program Tazkirah Mingguan Kakitangan Permai Hotel

Program Tazkirah Mingguan Kakitangan Permai Hotel yang diadakan di Kenanga 1 telah berjalan dengan penuh manfaat.

Pada minggu ini, tazkirah disampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail, Penolong Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu, dengan pengisian sempena Maulidur Rasul. Perkongsian beliau menekankan tentang keperibadian agung Nabi Muhammad SAW sebagai teladan utama dalam kehidupan seharian, termasuk dalam membina suasana kerja yang harmoni, amanah dan penuh kasih sayang.

Semoga semangat Maulidur Rasul ini terus menyemarakkan hati kita untuk mencontohi akhlak Baginda, seterusnya meningkatkan integriti dan keikhlasan dalam perkhidmatan kita.

Karnival Pantai Terengganu 2025 kini kembali! 📅 11 – 14 September 2025📍 Pantai Teluk Ketapang, Kuala NerusDatang beramai...
08/09/2025

Karnival Pantai Terengganu 2025 kini kembali!
📅 11 – 14 September 2025
📍 Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus

Datang beramai-ramai kerana Permai Hotel dan Primula Beach Hotel juga akan berada di sana dengan pelbagai aktiviti dan promosi menarik. Jangan lepaskan peluang!

✨🌊 Karnival Pantai Terengganu 2025 kembali lagi! 🌊✨

📅 11 – 14 September 2025
📍 Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu

Antara yang menarik menanti anda! 🎶🏖️🍴
👉 Pertandingan Mewarna
👉 Pertandingan Memasak
👉 Pertandingan Dikir Barat
👉 Pertandingan Tarian Ulek Mayang
👉 Persembahan Silat
👉 Persembahan Kebudayaan Daerah
👉 Persembahan Dendang Anak
👉 Bicara Kesenian

Pakat maghi belaka!








06/09/2025

‘Sweet Couple’ 💕 Fauzi Nawawi & Lisdawati pun jatuh cinta dengan suasana dan makanan di Permai Hotel.

Jom tengok sendiri bagaimana pengalaman mereka menginap di sini dalam siri video ‘Suite Life’.

👉 Hari ni baru Part 1 release! Jangan lupa follow untuk Part seterusnya 😍



06/09/2025

Satu Hati, Satu Janji

Di Permata Ballroom Permai Hotel Kuala Terengganu, saksi indahnya sebuah penyatuan cinta.

Hari ini, dua jiwa—Iffah & Naufal dipertemukan dalam ikatan suci penuh bahagia.

Semoga perjalanan hidup kalian sentiasa dilimpahi kasih sayang, keberkatan dan kebahagiaan yang abadi.

Permai Hotel berbesar hati menjadi lokasi terpilih untuk meraikan detik terindah ini.

Address

Jalan Sultan Mahmud
Kuala
20400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Hotel Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Permai Hotel Kuala Terengganu:

Share