26/10/2023
Penangguhan Malam Alumni Kembali Alami Rekonstruksi (A.K.A.R) 2023 yang dijadualkan berlangsung 4 November 2023 di Dewan Besar PKKSSAAS, UPM.
Ini adalah kenyataan bersama Pusat Alumni dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Terengganu berkenaan Malam A.K.A.R.
Pihak kami ingin memohon maaf kepada semua peminat yang menantikan persembahan artis tanah air di UPM, Serdang, Selangor. Dukacitanya pihak kami dan artis - artis yang terlibat bersepakat ingin memaklumkan bahawa penangguhan ini berikutan krisis kemanusiaan yang sedang melanda di bumi Palestin dan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Tarikh baharu akan dimaklumkan pada tahun hadapan setelah berakhirnya krisis ini. Kami merakamkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan dan menghargai sokongan serta timbang rasa daripada semua pihak .
Timbalan Naib Canselor - HEPA UMT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Putra Malaysia
Pusat Kebudayaan dan Kesenian UPM
Media Kreatif UMT
Kosiswa UMT
iCREATE-UMT