05/10/2026
π PERTANDINGAN GAMELAN PIALA TENGKU SERI BIJAYA RAJA 2026 (HARI 2) π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Gamelan Piala Tengku Seri Bijaya Raja 2026 yang berlangsung pada 3 Oktober 2026 bertempat di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER).
HARI kedua ini telah menyaksikan penyertaan 11 kumpulan dalam Pertandingan Muzik Sekolah Menengah serta Upacara Penutupan.
Majlis yang turut diserikan dengan keberangkatan YBM Tengku Seri Bijaya Raja dan YB Dato' Haji Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dan kreativiti generasi muda, malah turut memainkan peranan penting dalam memartabatkan seni dan warisan budaya tradisional.
Pihak pengurusan Terengganu Equestrian Resort merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, para peserta, guru pembimbing serta semua pihak yang terlibat kerana telah memilih TER sebagai lokasi penganjuran acara berprestij ini.
Semoga kejayaan dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kecemerlangan seni budaya dalam kalangan generasi muda.
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang! Semoga terus melakar kejayaan pada masa hadapan.
π Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari:
π https://linktr.ee/terengganuequestrianresort