24/01/2024
*PERMOHONAN GERAN / DANA BAGI PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN*
KBS sentiasa komited memperkasakan pembangunan belia dan sukan terutamanya menerusi penganjuran program dan aktiviti pembangunan belia dan sukan.
Bagi tahun 2024, KBS menyediakan beberapa dana, untuk diakses oleh pemegang taruh demi kemajuan dan pembangunan belia dan sukan, seperti berikut:
*Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN)*
Geran bagi menganjurkan program dan aktiviti berkaitan sukan di peringkat kebangsan dan antarabangsa, termasuk penyertaan atlet (termasuk independent athlete) dalam kejohanan bertaraf antarabangsa.
*Geran Padanan Sukan (GPS)*
Geran secara padanan (maksima 50% atau tidak melebihi RM1 juta) bagi menganjurkan program dan aktiviti pembangunan sukan termasuklah penganjuran acara sukan di bawah kategori prestasi tinggi, spesifikasi tinggi dan berimpak tinggi.
*Dana Sukan Komuniti (DSK)*
Geran bagi merakyatkan dan membudayakan sukan ke arah menjadikan Malaysia negara bersukan serta menyokong gaya hidup cergas dan sihat melalui penganjuran program dan aktiviti sukan akar umbi.
*Dana Bantuan (Pembangunan Belia) KBS*
Disediakan khas untuk memacu pelaksanaan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030) melalui penglibatan semua pemegang taruh.
Diharapkan inisiatif ini menyemarakkan lagi hasrat memperkasakan pembangunan belia dan sukan di Malaysia selaras dengan aspirasi digariskan di bawah MPBM 2030 dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) seiring dengan kerangka Malaysia MADANI.
Layari laman sesawang KBS (https://www.kbs.gov.my/home) bagi memohon secara dalam talian dan mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.