ANGSI BIRD RACE 2024

  • Home
  • ANGSI BIRD RACE 2024

ANGSI BIRD RACE 2024 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ANGSI BIRD RACE 2024, Event Planner, .

04/10/2024

SAJA LA NAK TANYA??
SEKIRANYA DIBERI PILIHAN LOKASI MANA DI NEGERI SEMBILAN YG SESUAI UTK BIRD RACE AKAN DATANG??
Jom share idea..

28 hingga 29 September, Taman Eko Rimba Ulu BendulAngsi Bird Race 2024 melabuhkan tirai setelah dua (2) hari menyaksikan...
30/09/2024

28 hingga 29 September, Taman Eko Rimba Ulu Bendul

Angsi Bird Race 2024 melabuhkan tirai setelah dua (2) hari menyaksikan peserta-peserta bersaing dan bertungkus lumus membuat cerapan burung di sekitar Taman Eko Rimba Ulu Bendul.

Program ini merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan di bawah penyelarasan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dengan kerjasama erat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pertubuhan Kelestarian Alam (NEST), Ecotourism & Conservation Society Malaysia (ECOMY), dan Wild Bird Club Malaysia (WBCM).

Sebanyak dua (2) kategori dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka yang disertai oleh 17 kumpulan yang terdiri daripada Pelajar Matrikulasi Negeri Sembilan serta penyertaan Awam dan Agensi. Kategori Sekolah Menengah turut dipertanding dengan penyertaan sebanyak 27 kumpulan yang melibatkan sekolah di sekitar Negeri Sembilan.

Berikut merupakan senarai Pemenang bagi setiap kategori:

KATEGORI TERBUKA

Johan🥇
Nama Kumpulan: MALKOHA

Naib Johan🥈:
Nama Kumpulan: THE PUNAI’S

Tempat ke-3 🥉:
Nama Kumpulan: SUAKA BURUNG PANTI

Saguhati-
i. GREEN BROADBILL
ii. MUNIAC
iii. STARLIGHT
iv. COOKIES
v. SUNNY DAY

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

Johan 🥇
Nama Kumpulan: ROHANIANS
Sekolah: Sek. Men. Sains Tuanku Aishah Rohani

Naib Johan🥈
Nama Kumpulan: SERI KANDI
Sekolah: Sek. Men. Sains Tuanku Aishah Rohani

Tempat ke-3🥉
Nama Kumpulan: SEMUJA AVIARY EXPLORE
Sekolah: SMK Undang Jelebu

Saguhati:
i. SEMUJA SKY SEEKERS
SMK Undang Jelebu
ii.GEORGIAN A
SMK KING GEORGE V
iii. YTR A
SMKYam Tuan Radin
iv. DUHA BIRDIES
SMK Dato’ Undang Haji Musa
v. WINGSTERS
SMK Dato’ Sedia Raja







Selamat Datang pada semua peserta..
27/09/2024

Selamat Datang pada semua peserta..

Jumpa esok di Taman Eko Rimba Ulu Bendul..
27/09/2024

Jumpa esok di Taman Eko Rimba Ulu Bendul..







PASUKAN TEKNIKAL DAH TURUN PADANG MEMBUAT PERSEDIAAN Ape lagi moh la daftar untuk KATEGORI TERBUKA ANGSI BIRD RACE 2024....
17/09/2024

PASUKAN TEKNIKAL DAH TURUN PADANG MEMBUAT PERSEDIAAN

Ape lagi moh la daftar untuk KATEGORI TERBUKA ANGSI BIRD RACE 2024..

JOM TEGHOJAH NISMILAN GUYS!!








30/08/2024

Assalammualaikum & Salam sejahtera
Salam Bersih Muafakat Sejahtera dari Negeri Sembilan

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) buat pertama kalinya akan menganjurkan Pertandingan Angsi Bird Race 2024 pada ketetapan di bawah:

Tarikh : 28 hingga 29 September 2024 (Sabtu dan Ahad)
Lokasi : Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah

Sebanyak 2 kategori akan dipertanding bagi acara pada kali ini.
1.Kategori Terbuka (Jabatan/Agensi/Jemputan dan Orang Awam)
2.Kategori Pelajar Sekolah Menengah (13 -17 tahun) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Penyertaan hanya dihadkan pada 30 kumpulan terawal mendaftar sahaja bagi setiap kategori.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 September 2024.

Berikut merupakan link pendaftaran penyertaan:
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

https://docs.google.com/forms/d/1C-j6ktulr9X1sAAtCmtPCDIwSxhHNHDzflPgWIMjyoE/prefill

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:
Pn. Norhayati 067659849
En.Sulaiman - 019-6099096









Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ANGSI BIRD RACE 2024 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share