Jorankl

Directions Contact the business

Jorankl Jelajah Pancing Kuala Lumpur Menganjurkan Pertandingan Memancing, Larian, Xplorace, Basikal, Karnival selain bertindak sebagai media

ATUK DAH FAMOUS, MEMANCING PUN KENA BERGAYA! Sejak-sejak Atuk dah glamour ni, selera Atuk pun makin bertambah nampaknya…...
03/09/2026

ATUK DAH FAMOUS, MEMANCING PUN KENA BERGAYA!
Sejak-sejak Atuk dah glamour ni, selera Atuk pun makin bertambah nampaknya…
Pagi-pagi dah pening nak pilih… nasi lemak ke roti canai? Alahai, susah betul jadi orang famous ni. 🤣 Tak apa… teh dulu la! ☕😆
Sambil pekena teh, mata Atuk sibuk tengok-tengok kawasan Tasik Pandan Perdana. Nak survey zon memancing mana yang cantik untuk Atuk pacak nanti. 🎣😎
Korang jangan buat-buat lupa pulak… 13 September ni jangan tak datang! Kita meriahkan sama-sama. 🥳🎣
Seminggu ni telefon Atuk asyik berbunyi je… 📱
Ting tong… ting tong… ada saja yang mencari. Aduhaiii… malas la Atuk nak layan. Hehehehe…
Baik Atuk rileks dulu, buka Netflix sambil tengok gusti. 🤼‍♂️😆
Untuk 13 September nanti, Atuk tengah fikir nak turun mengail siap berbaju Melayu dan bersampin sekali. Barulah ada gaya! 🤣🎣
Iyalahhh… Atuk kan dah famous sekarang! 😎😂
Kalau nanti ada yang nak bergambar dengan Atuk, jangan berebut tau… seorang-seorang! 🤭🤣
Jumpa 13 September nanti geng!
Bawa joran, bawa semangat dan paling penting… bawa senyuman. Kita santai, mengail dan bergembira sama-sama! Pacakkk🎣🥰

Wowww, hebat betul Team Longkang! 😂👏 Aktif sungguh mengutip sampul… memang terbaeekkk! 🧧🤣Mereka ni sentiasa pandai cari ...
03/09/2026

Wowww, hebat betul Team Longkang! 😂👏 Aktif sungguh mengutip sampul… memang terbaeekkk! 🧧🤣

Mereka ni sentiasa pandai cari peluang, tak kira di mana-mana pun… yang penting jangan balik dengan tangan kosong! 😆💪

Betul kan, Siew? 😜
“Tak laaa… main-main je…” katanya sambil tersenyum manis 😁😂

Hahaha… gurau-gurau pagi, janji semua happy! 🌞🥳

Lokasi yang betul-betul menguji jiwa kaki pancing…Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya.Bukan setiap balingan terus disambut...
01/09/2026

Lokasi yang betul-betul menguji jiwa kaki pancing…Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya.

Bukan setiap balingan terus disambut, kadang-kadang kena sabar dan usaha lebih sikit. Yang penting hati kena kental… sebab rezeki tak pernah salah alamat.

Bila sampai waktunya… pacakkk!
Alhamdulillah, ada juga penghuni tasik yang sudi menyapa.

Insyallah.

ATUK TURUN PADANG — PANDAN PERDANA, KITA PACAKKK!13 September nanti, Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya bakal menjadi med...
31/08/2026

ATUK TURUN PADANG — PANDAN PERDANA, KITA PACAKKK!
13 September nanti, Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya bakal menjadi medan pertemuan kaki pancing yang datang dengan satu semangat — turun, lawan dan PACAKKK! Tak kira otai yang sudah puluhan tahun mengenal lubuk ataupun pemancing muda yang baru mahu mencipta nama, inilah masanya menguji kesabaran, strategi dan sentuhan masing-masing. Sekali umpan dilabuhkan, siapa tahu rezeki sang juara sedang menunggu di dasar tasik.

Jangan pandang usia, jangan pandang joran. Dalam dunia memancing, pengalaman, kesabaran dan keberanian melayan ikan sampai ke tebing yang menentukan siapa lebih berbisa. Seperti atuk otai kita—wajah tenang, tangan masih kuat dan semangat langsung tidak dimamah usia. Bila hujung joran mula melentur dan drag menjerit, jangan bagi peluang… layan sampai habis, bawa naik dan PACAKKK!

Jadi kosongkan jadual Ahad, 13 September 2026 dan turun beramai-ramai ke Tasik Pandan Perdana. Bawa keluarga, ajak sahabat dan kumpulkan geng pancing kerana hari itu bukan sekadar mencari ikan—kita mencari kenangan, persahabatan dan siapa yang layak bergelar Raja Tasik Selangor 2026! Jumpa di tebing nanti… SIAPA KENA, DIA PACAKKK!!!

MERDEKA MERDEKA MERDEKA...pergerakan team kaki pancing pun berbaris juga...Pacakkkk...segak dan bergaya..Pacakkk!!!
31/08/2026

MERDEKA MERDEKA MERDEKA...pergerakan team kaki pancing pun berbaris juga...Pacakkkk...segak dan bergaya..Pacakkk!!!

RIADAH MEMANCING, ERATKAN KELUARGA Memancing bersama keluarga bukan sekadar menunggu ikan menyambar umpan, tetapi menjad...
31/08/2026

RIADAH MEMANCING, ERATKAN KELUARGA

Memancing bersama keluarga bukan sekadar menunggu ikan menyambar umpan, tetapi menjadi ruang untuk meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang. Sambil menikmati suasana tasik yang nyaman, dapatlah berbual, bergurau dan berkongsi pengalaman tanpa kesibukan rutin harian.

Lebih menyeronokkan apabila anak-anak turut sama belajar memegang joran, memasang umpan dan merasai debaran apabila pelampung mula bergerak. Setiap sentapan pasti mencetuskan sorakan, dan ikan kecil sekalipun boleh menjadi kenangan besar buat seisi keluarga.

Jadikan Raja Tasik Selangor 2026 sebagai peluang untuk beriadah sambil mengeratkan keakraban. Menang atau kalah bukan perkara utama — yang penting memancing, bergembira dan mencipta kenangan bersama keluarga!

Tasik Pandan Perdana merupakan salah satu lokasi rekreasi menarik di Ampang Jaya yang menawarkan suasana tenang dan land...
31/08/2026

Tasik Pandan Perdana merupakan salah satu lokasi rekreasi menarik di Ampang Jaya yang menawarkan suasana tenang dan landskap semula jadi yang indah. Dilengkapi dengan laluan pejalan kaki, kawasan riadah serta pemandangan tasik yang mendamaikan, kawasan ini sesuai untuk aktiviti santai, senaman dan masa berkualiti bersama keluarga. Keindahan persekitarannya menjadikan Tasik Pandan Perdana destinasi pilihan komuniti setempat dan pengunjung untuk berehat serta menikmati keharmonian alam dalam persekitaran bandar.....Pacakkkkk jangan tak Pacakkk!!

RIADAH BERSAMA KELUARGALuangkan hujung minggu dengan aktiviti memancing sambil mengeratkan keakraban bersama keluarga da...
31/08/2026

RIADAH BERSAMA KELUARGA

Luangkan hujung minggu dengan aktiviti memancing sambil mengeratkan keakraban bersama keluarga dan sahabat di Raja Tasik Selangor 2026.

📍 Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya
📅 13 September 2026 (Ahad)

Bukan sekadar memburu gelaran juara, tetapi peluang berkumpul, berkongsi minat dan mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.

Santai, memancing dan eratkan silaturahim. Pacakkk

31/08/2026

Tahun 2025 ikan yang berjaya dinaikkan patin, haruan, lekoh, puyu, raja, tilapia, ikan bandaraya, ketutu, lampam dan peacock bass.

Address

Kuala Lumpur
55300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jorankl posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jorankl:

Shortcuts

Share