17/07/2013
Salam Ramadhan pada semua sahabat. Seperti tahun tahun yang lepas, sekali lagi tahun ini saya berhajat mengutip derma untuk rumah WAKE sempena mengejar pahala amal jariah bulan yang mulia ini untuk kita semua.
Rumah WAKE adalah rumah perlindungan bagi pesakit pesakit kritikal seperti Cancer, HIV, Diabitis, OKU / insan istimewa - buta, bisu dan penghidap serangan system tunjang (central nervous system) & mereka yang tersahih dari masyarakat yang telah sembuh sambil menerima rawatan.
Jikalau anda yang ingin menderma sebagai niat zakat, sila nyatakan NAMA, NO TELEFON, AMAUN DERMA & EMAIL anda supaya saya akan menghantar laporan kutipan derma setelah selesai aktiviti kutipan ini. Nama anda TIDAK akan dipaparkan didalam laporan.
Jika anda ingin meninjau laporan kutipan derma tahun lepas (2012), sila sms kan email anda dan saya akan hantarkan laporan kutipan dana Ramadhan tahun lepas sebagai bukti kutipan. Jika anda ingin mengetahui lebih tentang Rumah kebajikan WAKE, sila google ‘Rumah WAKE’ untuk keterangan lanjut tentang rumah kebajikan ini di laman web. Ada beberapa laporan dan artikel tentang rumah perlindungan ini di internet.
Anda boleh menderma sebanyak mana yang anda mampu walaupun sedikit. Yang penting adalah keikhlasan anda.
Sumbangan dalam bentuk wang tunai TIDAK akan diberikan secara langsung kepada Rumah WAKE tersebut. Sebaliknya, sumbangan dalam bentuk keperluan asa seperti beras, gula & barangan keperluan harian akan dibeli dengan dana kutipan anda, sepertimana yang telah di lakukan pada tahun tahun yang lepas.
Bagi yang berminat membuat amal jariah sempena bulan yang mulia ini, sila hantarkan dermaan anda secara on-line atau bank-in (dimana-mana mesin deposit tunai Maybank), ke akaun saya seperti berikut:
AHMAD FAIZ ALHABSHI
MAYBANK A/C no: 1627-5909-1065
Tarikh tutup untuk kutipan derma adalah pada hari Isnin , 29hb July 2013 (21 Ramadhan 1434)
Tarikh & masa ziarah Rumah WAKE adalah (InsyAllah) pada hari Sabtu, 1 pm pada 3hb Ogos 2013 (26 Ramadhan 1434)
Sama samalah kita mencari pahala yang berganda sempena bulan yang mulia ini sambil menghulurkan pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Hulurkanlah bantuan dan doa agar mereka sembuh dengan sempurna dan kembali ke jalan yang diberkati Allah. Dengan pertolongan anda, moga mereka akan pulang ke masyarakat dengan hidup yang normal sambil menyumbang kepada ekonomi sebagai insan yang berguna kepada masyarakat, seperti kita semua. AMIN...
Sedangkan Allah SWT yang maha pengampun lagi maha mengasihani boleh mengampunkan kesalahan silam mahlukNya, siapalah kita sebagai manusia berhak menghakimi mereka.
Sebarkanlah SMS ini kepada semua kenalan anda. Moga ALLAH SWT akan membalas jasa baik anda sekelian.
Terima Kasih
Vic Alhabshi / Ahmad Faiz Alhabshi
012 332 5011
[email protected]