JomSayang

JomSayang JOM "SAYANG" KITA BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK Mula ditubuhkan pada 1 April 2008.

Pilihan Bahasa: Melayu

Motto: Great Person For Great Community

Misi:
Berkenalan dengan rakan yang baru tanpa mengira agama, bangsa dan negara seseorang. Saling berkongsi pendapat dan pandangan mengenai isu kehidupan (secara am) tanpa menyentuh hati dan perasaan sesiapa (orang lain). Visi:
Ingin mengajak semua rakan-rakan untuk mengenal betapa indahnya kehidupan ini jika dikongsi bersama dengan

orang lain tanpa ada permusuhan dan iri hati sesama manusia. Jika ada sebarang pertanyaan sila email ke:
[email protected]

Ikhlas,
Admin JomSayang

19/09/2025

AIRMATA DALAM SOLAT

Selepas membaca niat di awal solat kita akan lafazkan takbir "Allahu Akbar", namun hati tetap kosong. Lidah berkata Allah Maha Besar tanda keagungan bahawa Allah lebih besar dari apa yang ada di dunia dan di langit, tetapi fikiran kita masih sibuk dengan dunia yang fana. Betapa mudah bibir mengucapkannya, tetapi hati belum benar-benar mengakui tentang kebesaran Allah.

Hakikatnya, andai kita benar-benar memahami setiap bacaan dalam solat, nescaya hati ini akan hancur luluh dan air mata akan mengalir tanpa mampu ditahan. Tidakkah kita tahu, ketika kita membaca Al-Fatihah, itu adalah dialog perbualan antara kita dengam Allah?

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis Qudsi:
"Aku membahagi solat antara Aku dan hamba-Ku separuh-separuh. Bila hamba berkata: Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin, Allah menjawab: Hamba-Ku memuji-Ku…"
(HR. Muslim)

SubhanAllah… setiap ayat yang kita baca, Allah menjawabnya. Bayangkan, kita sedang bercakap dengan Allah, Tuhan yang Maha Agung, tetapi betapa sering kita tidak sedar, tidak faham, dan tidak merasa apa-apa nikmat ketika mendirikan solat.

Andai kita benar-benar faham makna bacaan dalam solat, mustahil hati ini tidak tersentuh. Saat menyebut "Maliki yaumiddin", kita akan teringat hari akhirat yang pasti tiba. Saat berdoa "Ihdinas siratal mustaqim", kita akan menangis merayu agar Allah tetapkan kita di jalan yang lurus, agar tidak tergelincir ke neraka.

Namun sayang, kita membaca tanpa memahami. Lalu solat terasa kosong, kering, dan sekadar gerakan tubuh.

Wahai diri, jangan tunggu sampai ajal tiba baru menyesal. Fahamilah setiap kalimah dalam solatmu, agar setiap rukuk dan sujudmu dipenuhi air mata cinta dan kerinduan kepada Allah.

Kerana pada akhirnya, yang akan menyelamatkan kita bukanlah harta, pangkat atau manusia, tetapi SOLAT yang penuh jiwa dan rintihan di hadapan Allah.

Address

Kuala Lumpur
56100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JomSayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JomSayang:

Share

Category