07/09/2026
Wah, amboi, indahnya dunia dalam kepala dia. Bangun pagi, celik mata terus terbayang suami ni sejenis mesin ATM bergerak yang tak pernah rosak slot kadnya.
Dengar sini ya cik kak, perkahwinan tu akad nikah, bukan peraduan Client and Sugar Daddy. Kalau mentaliti nak duduk menadah tangan tunggu lelaki tanggung seratus peratus tanpa pegang walau sesen duit sendiri, itu bukan nak berkahwin, itu nak cari penaja korporat. Nanti bila suami tengah pening kepala kira duit sewa rumah, bil api air, dengan harga beras, dia p**a sibuk nak tukar beg tangan ganti musim.
Zaman sekarang ni, ekonomi bukan setakat mencabar, silap hari bulan boleh buat kita merangkak. Kalau isteri pun ada saving sendiri, sekurang-kurangnya kalau suami hilang kerja atau ada kecemasan, tak adalah rumah tangga tu jadi 'drama swasta' episod pertama terus bercerai-berai sebab tak mampu bayar bil wifi. Duit simpanan tu bukan untuk menandingi suami, tapi pelampung keselamatan untuk perahu yang kalian naiki sama-sama.
Jadi, sebelum letak syarat nak tumpang hidup orang bulat-bulat, cuba tanya diri sendiri dulu: kau ni nak jadi isteri mithali, atau parasit berdaftar yang bertukar status lepas kahwin?