Anok Ayoh Food & Beverage Services

Anok Ayoh Food & Beverage Services Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anok Ayoh Food & Beverage Services, Wangsamaju, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum kami dari Anok Ayoh Food & Beverages Services membuka peluang infaq ramadan kepada anda semua. Infaq and...
13/03/2022

Assalamualaikum kami dari Anok Ayoh Food & Beverages Services membuka peluang infaq ramadan kepada anda semua. Infaq anda akan kami salurkan kepada Masjid-Masjid, Rumah anak yatim, asnaf dan tahfiz juga barisan Frontliner. Sebungkus makanan hanya berharga RM8.50 tiada minimum order.

Bermula dari 1 Ramadan sehingga 30 Ramadan kami akan mengagihkan-agihkan sebanyak 500 bungkusan makanan kepada Masjid, Tahfiz, Rumah Anak yatim dan Frontliner mengikut slot yang telah diberikan kepada kami.

Bagi yang berniat untuk turut serta dalam infaq ramadan tahun ini. Boleh hubungi kami di www.wasap.my/60163402908/infaqramadan

24/12/2021

Assalamualaikum, kami terima beberapa permintaan individu untuk meringankan beban mangsa banjir yang melanda rakyat malaysia baru-baru ini.

Kita semua amat bersimpati dengan keadaan saudara-saudara kita ketika ini ditambah p**a dengan pembukaan sekolah yang bakal tiba pada 10hb January 2022 nanti.

Dengan ini dari Anok Ayoh Food & Beverages Services dengan ini membuka peluang infaq bagi meringankan mangsa-mangsa banjir. Infaq tuan puan akan kami hulurkan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Hulu Langat dan InsyaAllah jika mendapat kerjasama dari kenalan kami di p**au indah, klang dan shah alam kami akan hulurkan juga bantuan itu kesana.

Antara barangan yang kami cadangkan untuk membantu meringankan mangsa-mangsa ini ialah seperti.

1. Barangan dapur
2. Perkakas membersihkan rumah seperti getah paip, sabun pencuci, berus lantai, penyapu dan lain-lain.
3. Lampin pakai buang dan susu tepung bayi dan warga emas.
4. Baju seragam, beg, peralatan menulis, kasut juga stoking sekolah.
5. Sejadah, telekung dan kain pelikat.

Bagi yang berniat untuk turut menyumbang boleh la salurkan ke akuan kami.

Nama : Anok Ayoh Food & Beverage Services
Bank : CIMB
Acct no : 8603 7073 23

Seperti biasa, kami akan postkan segala bukti pembelian barangan dan penghantaran di page kami.

Moga dengan bantuan kita semua dapat memberi sedikit senyuman kepada mereka yang memerlukan.

Assalamualaikum, alhamdulillah telah selesai tugasan kami bagi melaksanakan Infaq tuan/puan kepada anak-anak di UIAM. Se...
23/07/2021

Assalamualaikum, alhamdulillah telah selesai tugasan kami bagi melaksanakan Infaq tuan/puan kepada anak-anak di UIAM.

Sedikit pencerahan, daging Qurban kami terima dari UIAM sebanyak 50kg pada 21hb July 2021 dan bungkusan makanan yang telah dimasak telah kami serahkan kepada pelajar UIAM untuk diagihkan kepada pelajar yang terkandas di dalam Universiti.

Alhamdulillah walaupun dengan waktu yang agak suntuk kami berjaya mengumpul dana bagi menjayakan program ini dengan bantuan dari Infaq tuan/puan.

Kami dengan rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pemberi infaq kerana sudi percayakan kami dalam menjalankan amanah yang diberi.

InsyaAllah jika diberi kepercayaan kami akan membuka peluang Infaq kepada umum lagi. Sekali lagi kami dari warga Anok Ayoh mengucapkan ribuan terima kasih.

Assalamualaikum, Infaq IPTA masih kami buka untuk yang berniat untuk turut serta boleh WA kami di www.wasap.my/601634029...
15/07/2021

Assalamualaikum, Infaq IPTA masih kami buka untuk yang berniat untuk turut serta boleh WA kami di www.wasap.my/60163402908 atau www.wasap.my/60163490709

Anda juga boleh terus transfer infaq anda kepada account number yang telah diberi. Infaq tuan/puan semua amat kami hargai dan moga Allah limpah kurniakan sebaik-baik ganjaran kepada semua.

Assalamualaikum kami dari Anok Ayoh Food & Beverages Services mewakili para pelajar UIAM (Gombak) memohon Infaq tuan/pua...
14/07/2021

Assalamualaikum kami dari Anok Ayoh Food & Beverages Services mewakili para pelajar UIAM (Gombak) memohon Infaq tuan/puan.

InsyaAllah semperna Ibadah Qurban yang bakal menjelang minggu hadapan, kami akan menerima sumbangan 2 ekor daging lembu (anggaran 50kg) untuk diberi makan kepada para pelajar kita yang berada di UIAM ketika ini (InsyaAllah 520 bungkusan makanan sedia dimakan akan diagihkan kepada mereka nanti).

Tugasan kami adalah untuk memasak daging qurban tersebut dan bungkus (individual packaging) untuk diagihkan kepada para pelajar kita nanti.

Oleh yang demikian kami dengan ini membuka peluang Infaq IPTA untuk anda semua. Infaq anda akan kami gunakan untuk membeli bahan-bahan untuk memasak daging, beras, sayur, air dan juga bahan bungkusan.

Kami dijangkakan untuk menerima daging tersebut pada 21hb July 2021 dan bungkusan makanan akan diagihkan kepada para pelajar paa 22hb July 2021. Oleh yang demikian kami akan menutup Infaq IPTA pada 18hb July 2021 bagi memudahkan urusan pembelian bahan-bahan nanti atau setelah dana yang kami perlukan mencukupi (mana lebih awal).

Seperti biasa tiada minimum infaq kami hadkan. Pada yang berniat untuk turut serta boleh online transfer kepada

Name : Anok Ayoh Food & Beverage Services
Bank : CIMB
Acct no : 8603 7073 23

Semoga Allah murahkan lebih lagi rezeki untuk tuan/puan sekeluarga. Kami akan hantar gambar sebagai bukti delivery setelah selesai tugasan kami nanti.

Assalamualaikum, antara gambar-gambar program infaq ramadan pada tahun ini. Program masih berjalan sehingga 30 ramadan, ...
03/05/2021

Assalamualaikum, antara gambar-gambar program infaq ramadan pada tahun ini. Program masih berjalan sehingga 30 ramadan, bagi yang berniat untuk turut serta boleh WhatsApp kami di www.wasap.my/60163402908




Assalamualaikum, slot Infaq Ramadan masih lagi terbuka untuk semua. Bagi yang berniat untuk turut serta boleh WhatsApp k...
07/04/2021

Assalamualaikum, slot Infaq Ramadan masih lagi terbuka untuk semua. Bagi yang berniat untuk turut serta boleh WhatsApp kami www.wasap.my/60163402908

Assalamualaikum hanya berbaki lagi 16 hari sahaja lagi. Dengan ini kami dari Anok Ayoh membuka ruangan Infaq ramadan kep...
28/03/2021

Assalamualaikum hanya berbaki lagi 16 hari sahaja lagi. Dengan ini kami dari Anok Ayoh membuka ruangan Infaq ramadan kepada umum.

Infaq anda akan kami salurkan ke rumah-rumah anak yatim asnaf, tahfiz, masjid-masjid, surau-surau dan juga frontliner.

Bagi yang berniat untuk turut serta boleh hubungi kami di www.wasap.my/60163402908/infaqramadan

Alhamdulillah, berita yang sangat kita tunggu-tunggu. Moga Ramadan kali ini membawa lebih barokah kepada kita semua. Ins...
16/03/2021

Alhamdulillah, berita yang sangat kita tunggu-tunggu. Moga Ramadan kali ini membawa lebih barokah kepada kita semua.

InsyaAllah kami akan usahakan untuk dapatkan slot infaq Ramadan jika dibenarkan. Setelah mendapat kelulusan kami akan maklumkan kepada semua.

Assalamualaikum, menu hari ini Nasi putih Teh o ais(RM 5 pilih 1)Ayam goreng rempahAyam kariAyam masak merahAyam rendang...
17/02/2021

Assalamualaikum, menu hari ini

Nasi putih
Teh o ais

(RM 5 pilih 1)

Ayam goreng rempah
Ayam kari
Ayam masak merah
Ayam rendang

(RM5.50 pilih 1)

Ikan sambal
Ikan tauchu

Menu special hari ini

RM8.50
Nasi hujan panas
(Pilih 1)
Ayam masak merah
Ayam black pepper
Ayam goreng rempah
Ayam rendang
Daging rendang
Daging black pepper
Daging berlado

Untuk tempahan boleh WhatsApp kami www.wasap.my/60173177884

Caj delivery mengikut kawasan.

Menu lunch hari ini Nasi Kandar Melayu. RM8.50SetNasi putihAyam goreng rempah Sayur gorengTelur rebusBendi rebusKari kan...
25/01/2021

Menu lunch hari ini Nasi Kandar Melayu.

RM8.50

Set
Nasi putih
Ayam goreng rempah
Sayur goreng
Telur rebus
Bendi rebus
Kari kandar.

Delivery by lalamove. www.wasap.my/60173177884

Perutusan Perdana Menteri sebentar tadi. Ada yang mula hubungi kami, bertanya status hubungan kami dengan pihak-pihak ho...
11/01/2021

Perutusan Perdana Menteri sebentar tadi.

Ada yang mula hubungi kami, bertanya status hubungan kami dengan pihak-pihak hospital terutamanya yang berkaitan dengan wad-wad Covid-19. Adakah akan dibuka kembali slot Infaq untuk para barisan hadapan kita nanti.

Untuk makluman semua, InsyaAllah jika mendapat permintaan kami akan buka sekali lagi slot Infaq frontliner kepada umum, ini sebagai sedikit tanda sokongan kita kepada mereka yang sentiasa bertungkus lumus dalam merawat dan mengawal pandemik Covid-19 di negara kita.

Bagi yang berniat untuk turut serta, boleh WA kami di www.wasap.my/60163402908

Address

Wangsamaju
Kuala Lumpur
53000

Telephone

+60163402908

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anok Ayoh Food & Beverage Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share